Tabiat bangun pagi sebelum Subuh untuk insan hebat dunia

[Edisi kemaskini 7/11/2019]

Orang berjaya mempunyai tabiat hebat.Mereka bangun pagi sebelum orang kebanyakan bangun.Sudah terbukti dalam pelbagai testimoni menunjukkan tabiat bangun pagi menjadi faktor kejayaan dan kecemerlangan seseorang.

Steve Jobs, pengasas Apple yang terkenal dengan kebolehannya melakukan yang terbaik dalam dirinya. Beliau sering mengulangi kata-kata ini setiap pagi: “Jika ini adalah hari terakhir dalam hidup saya, mahukah saya lakukan apa yang bakal saya lakukan pada hari ini nanti?”

Begitu juga dengan Wintour seorang ketua editor majalah fesyen ternama Vogue. Anna memulakan harinya dengan bermain tenis selama sejam tanpa henti bermula dari pukul 5:45 pagi.

Ahli psikologi terkenal dan dermawan nombor satu di California, Amerika Syarikat iaitu Anthony Robbin juga mempunyai tabiat bangun pagi.Beliau terkenal dengan kata-kata motivasi sebagai pembakar semangat. Setelah bangun tidur, beliau akan membayangkan apa yang mahu dilakukan pada hari tersebut.Cara ini membantu memotivasikan dirinya untuk mencapai impian dan kecemerlangan hidup.

WAJIB BACA :   Cara tahan lama pakai bawang putih

tahun 2018

Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama melakukan perkara yang sama seperti kebanyakan orang lain selepas bangun pagi.Dia melakukan senaman ringan. Obama melakukan senaman untuk tujuan kesihatan dan menghindari tekanan kerja.

Begitu juga dengan David Karp yang berjaya dengan micro-blog Tumblr.Beliau melakukan tugasan penting dan segera.Ini termasuklah kerja-kerja rumah, atau kerja-kerja yang belum sempat dihabiskan semalam.

Presiden Starbucks Michelle Gaas selama 15 tahun telah set alarm jam seawal 4.30 pagi untuk mulakan larian jogging beliau.Berjogging adalah tabiat yang bagus untuk kesihatan.

Gretchen Ruben pula penulis buku bestseller “The Happines Project” bangun awal pagi untuk bekerja sekurang-kurangnya 1 jam sebelum ahli keluarganya yang lain bangun.

Mereka mendapat inspirasi dan motivasi dengan tabiat bangun pagi.

Tabiat bangun pagi juga sangat terkenal di Jepun.Dalam budaya Jepun, ada satu istilah yang dipanggil “Ikigai” – iaitu tujuan untuk bangun pagi.Ajaibnya orang-orang yang mengamalkan Ikigai ini mempunyai umur yang panjang.

WAJIB BACA :   5 amalan sebelum tidur untuk cipta kejayaan luar biasa 2020

Konsep Ikigai yang diamalkan oleh orang Jepun merangkumi keghairahan hidup, tujuan, pekerjaan dan penghargaan.Tidak hairan negara Jepun sangat maju dan rakyatnya amat produktif.Mereka bekerja penuh disiplin dan menepati masa tahap tertinggi.

Orang Kristian, Yahudi dan Ateis juga bangun pagi untuk kehidupan dunia.Hajat kemanusiaan ini mampu mendorong mereka untuk bangun pagi.

Orang Islam memang wajib bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh.Islam menggalakkan kita bangun pada awal pagi  kerana adanya faktor ketenteraman pada waktu itu.

Inilah masa terbaik untuk kita yakin dengan kehebatan waktu awal pagi sebelum cahaya matahari belum bersinar tetapi membawa rezeki dan harapan untuk manusia di muka bumi.Hikmah bangun pagi ialah bebas gangguan luar seperti bunyi bising.

WAJIB BACA :   Kisah Lawak Gila Pecah Perut

Malah oksigen yang kita hirup pada awal pagi terhindar dari segala pencemaran secara tidak langsung memberikan kesan positif pada kesihatan paru-paru.Selain itu juga udara pagi yang mengalir masuk kedalam tubuh anda akan memberikan kesegaran pada tubuh badan kita.

Kajian menunjukkan oksigen yang kita sedut dipagi hari dapat meningkatkan aktiviti otak yang lebih efektif serta melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita.

Dari huraian ini sudah terbukti tabiat bangun pagi amat wajar untuk kita semua amalkan.

Terpulang untuk anda.Jika hendak berjaya dalam hidup ini mari amalkan tabiat bangun pagi seawal yang mungkin.Tak nak berjaya tinggalkan sahaja tabiat hebat ini.Boleh sahaja bangun setelah mentari tegak atas kepala.

Mudah, antara nak atau tak nak.

p/s: Artikel tersebut adalah untuk penulisan akhbar.Oleh sebab tidak lulus untuk penerbitan saya keluarkan untuk blog pulak.Bijak tak saya hahahaha

Comments 13

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge