Dalam zaman teknologi berevolusi ini, ChatGPT sudah menjadi seperti sahabat paling akrab untuk membantu kita dalam hampir semua urusan seperti analisis data, penulisan artikel, penghasilan imej danย penciptaan video.
Namun, tahukah anda bahawa di sebalik kemudahan ini, tersembunyi satu kesan yang mungkin tidak kita sangka-sangka.
Atau ramai yang sudah menjangka tetapi masih berpegang kepada prinsip..’saya peduli apa’
Kajian terbaru dari MIT Media Lab telah membongkar sesuatu yang menarik tentang bagaimana otak kita bertindak balas apabila terlalu bergantung kepada AI seperti ChatGPT.
Mereka ingin melihat, benarkah AI ini memberi kesan kepada cara kita berfikir?
Untuk mencari jawapannya, para penyelidik telah menjalankan eksperimen yang melibatkan 54 orang peserta.
Mereka diminta menulis esei dalam tiga keadaan yang berbeza: menulis sendiri tanpa bantuan, menggunakan enjin carian seperti Google, dan menggunakan ChatGPT.
Sepanjang proses penulisan ini, aktiviti otak para peserta dipantau dengan menggunakan teknologi electroencephalography (EEG).
Kaedah ini membolehkan mereka melihat secara langsung bagaimana otak berfungsi dalam setiap situasi.
Apa yang mereka temui agak mengejutkan. Penggunaan ChatGPT didapati secara langsung mengurangkan aktiviti neural dalam otak.
Ini berita buruk kerana ia memberi kesan negatif kepada beberapa aspek penting dalam kognitif kita, seperti memori kerja, kreativiti, dan tahap penglibatan otak secara keseluruhan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan ChatGPT mencatatkan bacaan EEG yang paling rendah, menandakan otak mereka kurang aktif semasa menulis.
Lebih membimbangkan, teks yang dihasilkan oleh AI juga didapati lebih generik dan kurang menunjukkan pemikiran yang mendalam dan kritikal.
Selain itu, para peserta juga dilaporkan kurang merasakan “karya itu milik mereka” apabila ia dihasilkan oleh AI berbanding jika mereka menulisnya sendiri.
Selepas menggunakan AI, mereka juga memerlukan masa yang lebih lama untuk mengaktifkan semula pemikiran kreatif mereka.
Penyelidik menggunakan istilah “metacognitive laziness” untuk menggambarkan kemalasan mental yang timbul akibat terlalu bergantung kepada AI.
Malah, ada peserta yang mengalami “kebocoran memori” di mana mereka tidak ingat apa yang telah ditulis kerana hanya mengedit hasil AI tanpa benar-benar memahami kandungannya.
Kajian ini mengukuhkan lagi teori “cognitive offloading,” di mana kita menyerahkan beban pemikiran kepada alat luar seperti AI.
Walaupun ia nampak membantu dalam meningkatkan kecekapan, dalam jangka masa panjang, ia boleh membawa kepada “atrofi kognitif,” iaitu kelemahan fungsi otak akibat kurang digunakan.
Jadi, jika kita terlalu bergantung kepada AI untuk tugasan harian seperti menulis emel atau menyelesaikan masalah, kita sebenarnya sedang “mematikan” senaman otak yang penting.
“Bila otak tidak aktif, keupayaannya untuk mencipta dan mengingati akan merosot.” โ MIT, 2024
Kesannya mungkin tidak terasa sekarang, tetapi dalam jangka panjang, ia boleh mengurangkan keupayaan kita untuk berfikir dengan cekap, membuat refleksi diri, dan menyelesaikan masalah yang kompleks.
Itulah realiti masa kini dan masa akan datang, termasuklah saya sudah terasa bahangnya.
Saya semakin kurang rajin berfikir, membaca dan menulis.
Peliknya saya semakin rajin berkhayal dan berimaginasi yang tak masuk akal ala-la Albert Einstein.
Konon saja.
Bagaimana pula dengan kawan-kawan semua. Jangan tiru macam saya ye !
benar.. bila terlalu senang nk mtk bantuan chatgpt jadi mcm xda thrill… kmk belum selesa mengharapkan sepenuhnya chatgpt, setakat idea pasya olah agik dirik pun masih ok
baguslah..
jangan biarkan otak kita kurang berfungsi terutama dalam bab penulisan dan pemikiran
kalau edit-edit untuk touch-up cam ya…kira ok lagik
anak-anak generasi skrg mmg lebih suka guna chatGpt dlm byk hal sbb lebih mudah & malas nak fikir.. hurmmm ๐
Bahaya menanti mereka…
saya risau juga
Saya pernah minta bantuan chatGPT untuk draf post blog. Tapi, deep down, saya rasa kurang suka. Walau pun ia menepati ciriยฒ SEO, takde sentuhan peribadi. Saya sudah uninstall chatGPT di handphone. Kalau perlu bantuan mengenai istilah atau sesuatu, saya google je. Baik saya karang sendiri. Takpe la kalau thin content ke, asalkan saya tulis sendiri guna kepala otak saya. Sekian pendapat saya. ๐
wajar kurang suka dengan post hasil AI.
tulisan atau konten jadi terlalu sempurna
rasa pemilikan itu tiada
Wah ternyata ada akibat buruk juga bila menggunakan ChatGPT ya Mas.
Kajian dari MIT itu membuat saya berfikir juga tentang bagaimana pengaruh ChatGPT tersebut.
Salam,
wsalam…memang betul
tak perlu kajian pun kita boleh fikir secara logik
apa-apa perkara jika kurang diguna maka fungsikan akan berkurangan
Bukan setakat lemah… lama2 otak boleh lumpuh… hehehe
setuju..
sebab itu Allah suruh kita sentiasa berfikir tentang kekuasaannya agar otak terus hidup
Aqil Naim ckp ChatGPT ni menghakis kreativiti manusia. ๐
Bijak Aqil.
sebab kreativiti sudah disuruh kepada AI yang buat.
cuba kita hafal 10 no. HP.
pasti ramai tak mampu sebab no HP dah simpan dalam gajet
Ada benarnya juga sebab nampak contoh yang berlaku di pejabat ini. Kadang-kadang boleh nampak bahasa ChatGPT ni kurang daripada aspek ‘hati dan rasa’ begitu.
memang benar dan sukar untuk dinafikan
Pertama kali letak ayat bertanya sesuatu pada ChakGPT, terkejut semua kata-katanya Etuza amati betul dan ada keterujaan nak teruskan. Cuma Etuza ambil langkah berjaga-jaga diri agar tak terleka dek ChatGPT yang begitu bijak memberikan pendapat yang kita pun setuju. Agak sentuju dengan entry ini.akan ada insan yang kemaruk minta semua pada ChatGPT
Saya harap tuan jangan terpedaya atau obses dengan AI..
benda ini macam bijak kerana banyak info
cuba kalau tiada internet…AI pun tak berfungsi hehehe
thanks for sharing ๐
semoga ada manfaat buat kita semua..
utk blog atau tulisan apapun, saya memang tak pernah pakai AI. bagi saya tulisan mereka kaku. tp utk sekedar brainstorming, tak masalah.
tak ingin juga kan kemampuan menulis JD turun hanya Krn tergantung pada AI
Saran dan pesan saya..teruskan menulis dengan cara fikir asli
tidak perlu risau dengan kemerosotan prestasi otak