Bercerita Dengan Cinta

Bercerita dengan cinta adalah tagline blog saya yang baharu. Tagline ini saya kutip dari pesanan sifu saya tuan Zuhairi Nopiah.

Kata beliau, “manusia bisa berubah dengan cerita.Namun cerita  perlu ditulis dengan cinta. Cerita dan cinta harus ada unsur emosi yang amat dekat pada pembaca”.

Menarik juga bab cinta ini. Ibarat lirik lagu lama. Mana mungkin aur boleh berpisah dengan tebing. Begitu juga laut dan pantai. Andai terpisah musnahlah ia.

Itu mukadimah sahaja tau ! hehehe

Kebelakangan ini saya sukar menulis. Idea putus-putus. Kesukaran menyusun kata untuk membentuk ayat sangat terasa.

Saya muhasabah diri. Lihat ke dalam diri. ‘oh masih hensem

Lihat ke luar diri. ‘ alamak orang lain lebih hensem

Hahaha….saya bercanda.

Ada perkara yang sebenarnya berlaku. Saya terjumpa puncanya.

WAJIB BACA :   Pekena mi kampua sebagai sarapan pagi

Ya saya akui. Saya sudah letih menulis. Keghairahan menulis tidak sehangat dulu.

Ada banyak sebab. Antaranya kemahuan dan kehendak menulis sering diganggu. Saya jadi tidak fokus. Selain kurang berjaya mengurus masa dengan baik.

Moral of story, jangan jadi macam saya.

Ini juga penyebabnya..

Saya berada di Facebook cukup lama. Posting, komen dan like status rakan-rakan.

Bukan itu sahaja, saya juga menonton konten di Youtube tentang fitness, ceramah agama dan pelbagai yang berilmiah. Sesekali layan juga lagu wali band hehehe. Lagu cinta best juga dilayan penuh perasaan.

Namun saya tidak mahu buang masa lagi. Lantas saya siapkan satu motto,

“ Focus + Commitment = SUCCESS ”

Saya terus tulis di kalendar tempat kerja. Hari-hari terpandang motto tersebut. 

Saya terus bermuhasabah diri. Cari dan terus cari. Itu dinamakan post mortem mengapa mood menulis saya -semakin hari, semakin ke laut. Nasib baik tak jadi nelayan. Boleh juga dapat makan ikan segar-segar.

WAJIB BACA :   Asas Perkahwinan Dalam Islam Yang Ramai Nak Tahu Sebelum Nikah

Saya pelupa juga sejak akhir-akhirnya ini. Adakah ini tanda-tanda saya menopause ..hehehehe…saya bercanda lagi.

Dengan penuh tekad saya mengambil keputusan untuk tukar tagline blog yang baharu. Tagline blog yang lama iaitu Digital Media Writer  seperti sangat skema. Tidak selari dengan jiwa saya yang mahukan konsep minimalist dan simple

Ini dia:

Bercerita Dengan Cinta.

Saya berusaha menulis blog ini dengan cara lebih santai lagi. Kupas segala isu. Bincang  segala persoalan. Baik topik semasa atau topik lama. Yang penting menarik dan disukai. Perkara pokoknya membongkar persoalan cinta kepada Allah, Rasullullah, manusia dan alam itu sendiri.

Paling tidakpun bongkar kisah sendiri yang mungkin ada nilai manfaat kepada pembaca. Semoga saya istiqamah bercerita dalam blog ini untuk tahun baharu yang bakal menjelma tidak lama lagi.

WAJIB BACA :   Hilang rentak menulis akibat kesibukan

Oh ya, sekarang saya tengah buat LUA Dream Board 2021. Dalam kata lainnya, buat azam tahun baharu.

Antaranya jadi blogger terbaik 2021 untuk diri sendiri berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.

Untuk menulis dengan baik, saya wajib membaca sebanyak yang mungkin buku, rencana dan artikel baik di media cetak mahupun media elektronik termasuk UGC.

UGC merujuk kepada User Generated Content. Mereka ini golongan netizen yang suka posting di media sosial. Konten mereka banyak juga yang bermanfaat dan berkualiti. Jangan lupa saya juga UGC.

Akhir kata, itu sahaja…Jumpa lagi dalam cerita yang lain nanti.

Comments 4

Leave a Reply to sheayang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge