Bermain Dengan Driver Bukan Disengnajakan Untuk Suka-suka

Bermain dengan driver boleh memberi konotasi makna yang lain.Admin harap pembaca jangan salah faham pulak.Untuk itu boleh baca sehingga habis agar memahami apa yang ingin admin kongsikan ini.

Baru-baru ini admin ada menempah perkhidmatan Grab untuk ke suatu lokasi.Boleh dikatakan tidak begitu jauh.

Memandangkan cuaca panas serta admin ingin cepat maka Grab adalah pilihan terbaik untuk digunakan berbanding  bas atau van.

Ini antara sebab mengapa admin terpaksa menggunakan pengangkutan awam.

Admin tidak memilki apa-apa harta waima basikal sekalipun sekarang ini.

Yang ada cuma dua pasang selipar.

Satu untuk jalan-jalan cari makan dikedai yang berhampiran,Satu lagi sebagai alas kaki jika nak ke tandas dan mandi.

WAJIB BACA :   Bagaimana jadi pemimpin yang baik dan disukai ramai ?

Selain itu admin ada sepasang kasut kulit yang sudah tertanggal tapaknya.Itupun beli ketika ada diskaun 70 peratus suatu ketika dahulu.

Baiklah.

Kita sambung semula cerita .

Pada hari kejadian,admin rushing untuk ke bank.Janji dengan adik untuk menghantar duit menggunakan mesin deposit wang pada jam 11 pagi.

Bermain dengan driver

Bermain dengan Driver

Jam ketika itu 11.30 pagi.Maknanya admin sudah terlambat 30 minit.

Admin ambil keputusan untuk menempah Grab.Kebetulan pula pada masa itu jalan sesak.Biasalah hujung minggu,

Berdasarkan signal dari telefon,driver Grab dalam perjalanan.Apa yang peliknya driver Grab tersebut hantar mesej  dia sudah sampai.Tidak lama selepas itu dia menghantar mesej lagi mengatakan dia sudah lama tunggu.

WAJIB BACA :   Pembayaran BR1M 2018 Masih Dalam Proses

Admin pula dah naik stress.Biasalah kalau orang dah rushing ditambah dan ditolak dengan cuaca panas, sudah tentu darah muda boleh mengelegak.

Admin terus menghubungi driver Grab tersebut.Malangnya dia tidak mengangkat telefon.Admin cuba menghubungi lebih dari 3 atau 4 kali.

Tak juga angkat-angkat.

Admin sudah semakin gelisah tak tentu pasal.

Pada ketika itu admin rasa seperti bermain dengan driver.Dia pula menghantar mesej nak cancell ke ?.Admin kata cancell sahajalah kerana tidak mahu menyusahkan dia.

Tidak lama selepas itu driver Grab menghantar mesej lagi untuk menyalahkan admin kerana menunggu ditempat yang tidak sepatutnya.Oleh kerana malas nak bermain dengan driver Grab sebegitu,admin hantar mesej minta maaf dan terus tekan cancell.

WAJIB BACA :   Nikmat sebenar syiling 20 sen yang tidak disedari

Akhirnya admin menumpang van sapu  yang kebetulan  ada lalu ketika itu.

Cerita tamat.

Penutup

Admin memang tidak berniat untuk bermain dengan driver Grab.Harap dia juga begitu.Masalahnya pada masa itu admin betul-betul rushing dan tidak mahu membuang masa walaupun seminit.

Memandangkan kami miscomunication, admin harap driver Grab tersebut saling memaafkan kesilapan kami dua.

Comments 20

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge