Cara Buat Bisnes Online Yang Menguntungkan

Bisnes online bukan perkara baru lagi.Sudah ramai yang terlibat terutama untuk mencari pendapatan sampingan.Tidak dinafikan bisnes online boleh menguntungkan.

Perniagaan dari rumah ada pelbagai kategori dan jenis.

  • Produk
  • Perkhidmatan

Dalam artikel ini anda akan didedahkan cara buat bisnes online yang menguntungkan.Ada banyak cara.

Untuk tidak mengelirukan anda,saya cuma memfokus kepada dua cara sahaja iaitu :

1.Medium Blog

2.Media sosial

Saya tidak berani kata ada perniagaan online paling laris.Begitu juga bisnes dari rumah tanpa modal.

Nak bisnes apa-apa sekali pun modal wajib ada.Saya setuju kalau dikatakan bisnes modal kecil.

Apa itu Bisnes Online

bisnes online
dozemode / Pixabay

Secara ringkas sama seperti bisnes offline.Istilah online cuma untuk membezakan medium pemasaran,penjenamaan dan dan penghantaran [ perisian,ebook atau tool aplikasi ] secara digital.

Bisnes online dari rumah lebih mudah difahami.Penjualan dan urusan hampir 100 peratus online.

Dalam dunia online pengguna lebih cerewet.Mereka hanya membeli sekiranya cukup informasi dan yakin dengan testimoni.

Tetapi.

Perkara asas perniagaan tetap sama.Ada penjual dan ada pembeli.Ada penawaran dan ada permintaan.

Saya berharap anda akan dapat idea perniagaan dari rumah selepas membaca artikel ini.

Jom teruskan bacaan.

Sebab-sebab orang memilih bisnes online

tips bisnes online
coffeebeanworks / Pixabay

Dunia hari ini sangat rancak berubah.Keperluan pengguna dulu dengan sekarang amat ketara.

Berikut ialah kenapa orang suka untuk memilih jenis perniagaan online.

1.Modal yang kecil

Berniaga kecil kecilan tak pakai modal besar.Ia sama juga dengan bisnes di rumah.Tak perlu pejabat atau premis yang tertentu.

Pekerja tidak diperlukan selagi belum ada bisnes berskala besar.Kos untuk pekerja boleh dilaburkan untuk perkara lain.

Stok pun cukup setakat yang mampu.Tak perlu tinggi menggunung banyaknya.Lagipun tidak menggunakan orang tengah.

2.Pasaran tidak terbatas.

Anda boleh jual di mana-mana sahaja di pelosok dunia ini.Tidak terjangkau betapa besarnya pasaran yang boleh dicapai.

Pasaran secara tidak terbatas ini berpotensi selagi produk anda menjadi keperluan ramai.

3.Boleh dilakukan secara sambilan atau sepeuh masa.

Keputusan ditangan anda sendiri.Jika yakin dan berani cuba buat sepenuh masa.Jika tidak berani buatlah secara sambilan.

Ini keistimewaan bisnes dari rumah yang menguntungkan anda.

Untung bukan wang ringgit semata-mata tetapi untung peluang untuk mencuba bisnes online terkini.

Cara untuk  perniagaan dari rumah yang menguntungkan

bisnes online paling laris
StartupStockPhotos / Pixabay

Dalam perenggan awal tadi saya sudah menyentuh dua cara untuk menguntungkan perniagaan modal kecil.

1.Medium blog

Mengapa pilih blog ?

Sebab blog adalah platform pelbagai guna yang murah kosnya.Pengiklanan dan penjenamaan boleh dilakukan dari blog.

Artikel yang mempromosi perniagaan anda boleh berharga serendah RM50.Kesannya pula kekal di carian Google.

Begitu juga dengan pengisian maklumat boleh anda sendiri tulis dalam blog.

Tulis la seberapa banyak maklumat yang anda nak.Lagi banyak lagi bagus kerana trend pembeli secara online berdasarkan perkara berikut:

  • Mengetahui [ informasi mesti lengkap]
  • Menyukai [ ada tarikan tersendiri ]
  • Mempercayai [ tiada keraguan untuk membeli ]

Anda boleh membaca tulisan saya sebelum ini bertajuk Rahsia Buat Duit Online Guna Blog Terbongkar

2.Media sosial

Kalau dulu  sangat mencabar untuk buat bisnes online.Ramai usahawan bergantung harap dengan email.

Kini sudah ada pilihan.Usahawan boleh memilih media sosial sebagai platform untuk menjalankan urusan bisnes.

Ada pelbagai saluran media sosial yang ada.Pilih jangan tak pilih.

Saya nak ceritakan berkenaan Facebook.Ada dua cara untuk menjalankan perniagaan online di Facebook

  • Berbayar
  • Percuma

Memandangkan kita baru nak bermula,saya sarankan fahami dulu teori dalam  artikel ini Mulakan Branding Dan Bisnes Anda Di Facebook Tanpa Kos!

media sosial
FirmBee / Pixabay

Kesimpulannya

Soal untung atau rugi tiada jaminan dalam bisnes.Itu kerja Tuhan dan kita tak perlu risau sangat.

Perkara asas untuk memastikan bisnes anda untung boleh melalui kos pemasaran yang rendah.Selain itu bisnes anda berada dalam zon pasaran yang luas.

Ia menjadi realiti dengan menggunakan medium blog dan media sosial.

Jangan lupa.

Kita hanya berusaha dan mencuba sedaya upaya yang ada.

Baiklah.

Seandainya ada pembaca nak buat bisnes online jemput baca >> 7 Kerja Sambilan Di rumah Yang Popular.

Akhir kata mulakan kejayaan hidup dengan bisnes online 

(Visited 174 times, 1 visits today)

35 thoughts on “Cara Buat Bisnes Online Yang Menguntungkan

  1. Setakat ni banyak guna medium fb utk iklan.. Blog dan insta sy handle tapi tak terkejar.. Jadi, maintain dgn page di Facebook… Suami sy punya bisnes sy marketing manager aje…

Leave a Comment

CommentLuv badge