Bungkusan kegembiraan
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Itulah yang selayak dan sewajarnya untuk mentakrifkan bungkusan kegembiraan yang disampaikan Pos Malaysia kepada saya.
Bungkusan kegembiraan ini dikirimkan oleh sahabat blogger saya di Perak.
Terima kasih blogger Nur yang menjadi pemilik blog Kait dan Lari
Tanpa perlu segan silu sudah tentu saya sangat seronok, gembira dan bahagia tanpa kata-kata lagi.
Bak kata orang putih “speechless“
Alhamdulillah.
Ini semua rezeki sebagai Top Commentators 2023 dalam blog tersebut.
Bungkusan kegembiraan tersebut telah sampai ke tangan pada 9 Januari 2024.
Dalam bungkusan tersebut terselit nota tulisan tangan yang sangat cantik, bantal bersarung benang kait yang sangat kemas kaitnya dan kupiah yang dikait cermat.
Bagaikan sudah diukur, kupiah tersebut ngam pulak dengan kepala jemalang saya ini.
Inshaa Allah tiap kali solat ke rumah Allah, saya guna dan niatkan pahala sampai kepada pemberinya.
Mudah-mudahan memberi keberkatan kepada si pemberi dan si penerima.
Selain itu saya juga menerima kalender dan pelekat magnet peti ais Pulau Pangkor.
Cenderamata dari Pangkor itu cukup bermakna sehingga mengimbas kenangan 30 tahun lampau ketika saya menjejak kaki pertama kali ke pulau tersebut.
Akhir kata, jutaan terima kasih kerana sudi memberi dan saya senagai penerima sangat menghargainya.
Semoga Puan Nur sekelurga dilimpahi rezeki berupa kesihatan, kesenangan,kebahagiaan dan keredaan dari Allah SWT.
Aamiin Ya Rabbil Aalamin.
Kepada geng blogger yang lain jom kita berjemaah terjah blog Kait dan Lari agar ukhuwah kita terjalin selama mungkin.
Alhamdulillah tahniah tuan, rezeki tahun baru.
Bagus Pn Nur bagi kopiah ye…
Alhamdulillah…saya bersyukur atas erzeki tersebut
waah ada extra gift kupiah yang dikait juga…Tahniah moga ukhwah antara kita menjadi asbab kita ke syurga
Aamiin dan Ya Rabbil aalamiin
Oo yeah Mr Hanafipun dapat.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah…saya bersyukur dengan rezeki dan terima kasih kepada si pemberi
Amin, yarabbalAlaminn… atas doanya.
Alhamdulillah, selamat sampai. Koyak koyak juga bungkusan. Lain kali saya ingat, perlu guna kotak kot, jika pos ke Sabah atau Sarawak, mesti lebih selamat.
Sukanya saya, Encik Hanafi selamat terima barang. Terima kasih. ^_^
Perjalanan yang jauh tu…
syukur semuanya dalam keadaan baik
dan terima kasih sekali lagi ye
alhamdulillah! cantik betul seni kaitnya! congrats mr hanafi!
sangat cantik hasil kerjanya….kalau jual di shoppee boleh laku juga tu
Wah…Alhamdulillah, Tahniah!
Istimewa sungguh hadiahnya, hasil kait sendiri.
itulah yang sangat istimewa…sendiri buat dan bagi cendera mata buat orang lain…
Fuyoooo
Dah dapat dah kopiah raya tuuu… eh lupa kopiah solat tarawih dulu 😉
Tahniah tahniah!
alhamdulillah….kopiah untuk tarawih dan solat di masjid
congrats! lepas ni lena lah tidur dengan bantal kait baru
Anak bongsu saya sudah mintak dan dia kata sangat suka hehehehe
Alhamdulillah dapat kiriman hadiah dari Mbak Nur.
Bagus ya Mas hasil rajutan Mbak Nur, seperti saya lihat pada foto diatas.
Indahnya persahabatan…
Salam,
Wsalam…itulah kelebihan persahabatan sesama blogger
waahhhhh dapat kopiah! seronoknya dpt hadiah kawan blogger 🙂
sejujurnya memang sanget seromok…ini pasal hadiah…semua oprang suka
Alhamdulillah tahniah 🙂
alhamdulillah …terima kasih