Cabar Mencabar dalam Cabaran SEO WCB

Cabar mencabar secara positif memang bagus.Apalah maknanya blogger kalau tiada cabaran.Susah atau mudah saya redha.Dah adat cabar mencabar dalam dunia blogger.

Saya telah dicabar untuk menaikkan satu artikel dengan keyword bawah ini.

Kerja Sambilan Dari Rumah

[ kerja sambilan di rumah]

Artikel tersebut hendaklah berada pada kedudukan terbaik di carian Google.

Susah tak keyword ini?

Jawapannya memang susah.Kalau tak susah bukan cabarannya.

Artikel saya bertajuk  7 Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular sudah saya siapkan.

Secara rasminya.

Saya telah diset sebagai pemula cabaran dan saya mencabar blog https://heronewbie.com untuk teruskan cabaran SEO WCB.

Baiklah untuk makluman anda.

Inilah Cabaran SEO WCB adalah anjuran  Blog Pakar SEO Tempatan 

Paling menarik hadiah untuk cabaran ini bernilai >> RM13K.

cabar mencabar
Alexas_Fotos / Pixabay

Terbeliak juga biji mata.

Sejuta terima kasih kepada para penganjur dan para penaja.Mereka bermurah hati  dan sudi menyumbang hadiah yang sangat lumayan.Semoga pihak penganjur dan penaja terus murah rezeki.

Aamiin.

Jom kenali pihak penaja di http://klmu.info/sponsors

Izinkan saya kongsi pengalaman best saya dalam dunia blog.

Ok.

Saya berjinak-jinak dalam dunia blog sekitar tahun 2009.Pada ketika itu saya suka dan banyak membaca blog orang lain Saya belum aktif menulis artikel dalam blog sendiri.

Percubaan pertama buat blog dalam blogspot.

Alhamadulillah.

Jadi.

Selepas itu mencuba dalam WordPress.

Alamak.

Tak Jadi.

Susah la pulak.

Saya lupakan WordPress dan fokus Blogspot.

Saya aktif menulis blog pada tahun 2013.Saya guna blog domain sendiri yang berakhir dengan com.

Namun pada tahun 2014 saya tertarik pula dengan blog WordPress kerana ada plugin CommentLuv.Dalam masa yang sama saya kekalkan blog di Blogspot.

cabar mencabar
gounder / Pixabay

Kiranya saya seperti berpoligami dengan blog.Saya sayang dua-duanya.Saya bahagi masa dengan adil dan saksama.

Cuma.

Ahh..sebaknya hati ini.

Pada awal pertengahan tahun 2016 saya lepaskan satu blog berdomain sendiri .Saya merancang untuk menumpu perhatian kepada satu blog sahaja.

Susah tentu blog yang anda baca ini.

Sebagai blogger saya hadapi satu cabaran.Ini cabaran betul-betul.Bukan cabaran SEO WCB.

Cabaran SEO WCB

Saya menghadapi cabaran untuk mendapatkan trafik yang tinggi.Dalam masa yang sama untuk memperolehi pendapatan lumayan dari blog.

Alhamdulillah saya terjumpa satu peluang terbaik.Peluang yang saya anggap boleh dijadikan turning point untuk berjaya dalam kerjaya blogger.

Ini penting.

Harapan terbesar.

Saya mahu untuk menguasai ilmu SEO dari Cabaran SEO WCB.

Paling tidak pun, blog saya boleh menjana pendapatan yang sewajarnya.

Kesimpulan.

Cabar mencabar cuma dalam adat pertandingan.Sudah pasti saya mahu melihat rakan blogger yang lain turut berjaya.

Jika mereka berjaya alhamdulilah.

Saya bersyukur kerana kejayaan orang lain adalah nikmat rezeki bahagia.

Ya.Bahagia yang tidak mungkin boleh diukur dengan kebendaan dunia.

Sejujurnya saya kagum dengan cabaran SEO kali ini.Kami dilatih dan dibimbing untuk mahir SEO oleh tuan sifu Azham Zainal.

Dalam sudut yang lain kami  seolah-olah melupakan siapa yang bakal menjadi pemenang nanti.

Jika rasa tercabar untuk belajar SEO.Apa kata sertai Cabaran SEO WCB hari ini juga.

p/s : Alhamdulillah saya selesai tugasan kedua. Saya berjaya terbitkan artikel Cabar Mencabar. 

(Visited 117 times, 1 visits today)

26 thoughts on “Cabar Mencabar dalam Cabaran SEO WCB

    • hahahaha..

      terima kasih kerana sudi memperbetulkan kesilapan penggunaan ayat poligami pada blog..

      kalau pada isteri akan datang la kot [gurau]

      sekurang-kurang saya tahu juga ada orang membaca artikel yang saya dengan teliti.

  1. tapi menurut saya lebih mudah wordpress mas, soalnya banyak plugin plugin yang membantu. contohnya dalam hal seo kita bisa gunakan yoast, all in one dan lain lainnya

Leave a Comment

CommentLuv badge