Cara buat copywriting santai tetapi mencengkam emosi

Bagaimana cara buat copywriting santai tetapi boleh mencengkam emosi prospek?

Apa itu copywriting ?

Mengapa emosi penting dalam copywriting ?

Kalau itu yang anda nak tahu, maka teruskan bacaan artikel ini sampai habis.

Saya akui artikel ini bukan yang terbaik dan lengkap.

Jika ingin mendalami dan memperhalusi ilmu ini wajib masuk kelas Najib Assadok

Saya cuma belajar dari seorang pengasas Siber Sukses.

Beliau yang pernah berguru dengan Sifu Najib Assadok dalam kursus ARB iaitu Advance Roket Bisnes.

Berita baiknya, beliau reda dan ikhlas berkongsi ilmu tersebut untuk pembaca semua.

Ilmu dalam kursus ini bukan kaleng-kaleng. Ilmunya kaw-kaw.

Sebab itu pakej asasnya sahaja sudah berharga RM800. Apalagi kalau pakej premium.

Bergigil kepala lutut untuk dapatkan modal dan belajar ilmu sebegini.

Kalau tak diamal dan diguna memang rasa rugi dan tidak berbaloi.

Kita teruskan.

Cuma saya jelaskan cara buat copywriting santai ini secara ringkas dan bukan mendalam.

Copywriting dalam bahasa mudahnya ayat power.

Ayat yang boleh membeli jiwa dan mempengaruhi emosi prospek untuk ditukar jadi pelanggan.

Proses menulis copywriting memerlukan seni dan kemahiran yang tinggi.

Bukan hari ini belajar maka esok hari terus jadi pandai dan pakar.

Tak akan jadi begitu sekali…logik la.

Proses belajar mengambil masa dan latihan berterusan.

Dalam penulisan copywriting wajib ada unsur emosi. Fakta dan angka cuma penambah rasa.

Pelanggan membeli kerana emosi dan bukan kerana fakta semata-mata.

Jadi alangkah baiknya kalau copywriting ada unsur emosi dan fakta.

Baharulah kaw-kaw untuk diiktiraf sebagai ayat power.

Kita lihat dulu lapan jenis emosi prospek atau pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

1.Jaminan

Pelanggan suka kalau produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan boleh memberi jaminan seperti sembuh, sihat dan untung serta berbaloi.

Apakah jaminan yang boleh diberikan kepada pelanggan?

Perkara ini perlu ditekan dan difokus besar-besar.

2.Pilihan

Macam biasa otak manusia suka kepada pilihan. Lagi banyak pilihan lagi bagus la jawapnya.

Dalam penulisan copywriting wajar diletakkan pilihan yang banyak.

Pilihan dari yang lebih murah hingga pilihan yang lebih mahal.

3.Terbaik

Ini perkara biasa bagi mereka yang prihatin dengan nilai.

Penulisan copywriting wajar meletakkan perkataan yang menunjukkan sesuatu yang terbaik.

Pilihan terbaik, bermutu tinggi, premium dan kelas tersendiri merupakan contoh perkataan yang boleh mempengaruhi emosi prospek.

Perlu juga diingatkan, barang dan perkhidmatan hendak dibisnes tersebut mesti selaras apa yang canangkan.

Jika tidak, akan berlaku rasa tertipu dan ini mempunyai kesan yang amat negatif kepada penjual dan syarikat itu sendiri.

Elakkan overclaim kerana akan menyebabkan cakap tidak serupa bikin.

4.Dihargai

Sifat semulajadi manusia suka dihargai. Kalau tidak dihargai perasaan suka akan menjadi benci.

Ini bahayanya.

Bagaimana menulis ayat copywriting yang boleh menghargai pembaca ?

Jangan kritik. Jangan persenda.

Sebaliknya bagi perhargaan dengan terima kasih atau harapan terhadap produk yang ingin kita tawarkan.

5.Pencapaian

Setiap copywriting yang ditulis wajar untuk meletakkan percapaian.

Contoh mudahnya, ada testimoni. Ada bukti kejayaan.

Ia merupakan bukti yang melaris dan menjentik emosi para pelanggan untuk lebih yakin.

6.Kasih sayang

Kasih sayang adalah elemen yang terkuat dalam emosi manusia.

Semua orang memerlukan kasih sayang.

Dengan menyelitkan unsur kasih sayang dalam penulisan copywriting bisa menyebabkan orang menangis, gembira atau teruja.

Dinasihatkan jangan melampau atau berlebih-lebihan pulak.

7.Peningkatan

Ia adalah perubahan dari kurang baik menjadi semakin baik.

Pelanggan memang mencari produk atau perkhidmatan yang boleh menambah baik kehidupan mereka.

Jika kita dapat memberi penekanan kepada aspek peningkatan dalam ayat copywriting berkemungkinan urusan bisnes lebih mudah dan lancar.

8.Sumbangan

Point ini tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi emosi manusia.

Manusia yang hatinya baik suka menyumbang sama ada wang, tenaga atau idea.

Jadi bayangkan dalam penulisan copywriting kita sudah menyediakan apa sumbangan produk tersebut kepada bakal pembeli dan masyarakat.

Kesimpulan

Penulisan ayat copywriting yang benar-benar berkesan hanya dapat dilihat pada kejayaan untuk menukar prospek menjadi pelanggan.

Jika belum berjaya, wajib berlatih dan terus berlatih sehingga mencapai tahap mempengaruhi tanpa ragu dan tanpa was-was.

Lapan elemen emosi pelanggan yang telah saya terangkan dengan ringkas tersebut tidak semestinya boleh digunakan semua.

Memadai kalau ada tiga atau lebih sudah dikira mencukupi.

Ia menepati cara buat copywriting santai namun ada kesan emosi yang mendalam kepada pembaca.

Akhir kata, semoga ianya bermanfaat.

Teruskan pula bacaan untuk artikel ini :

Cara mudah bisnes online yang ramai orang tak sabar nak tahu

6 thoughts on “Cara buat copywriting santai tetapi mencengkam emosi”

Leave a Reply to Snapbackpacker Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: