Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah

Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah…Tuan Azlan dan Puan Anira baru mendirikan rumahtangga setahun yang lepas.Mereka sudah merancang awal untuk membeli rumah supaya memberi keselesaan kepada kehidupan mereka selepas kehadiran cahaya mata.Perancangan bijak oleh pasangan yang hebat.

pinjaman rumah

kredit : Group Whatsapp

Tuan Azlan seorang penulis blog yang berjaya manakala Puan Anira seorang perunding motivasi terkenal.Kehidupan mereka memang ‘high class’ namun masih mengekalkan cara hidup orang Malaysia yang berbudi bahasa.Pendek kata dalam golongan berpendapatan sederhana.

Kejayaan suami isteri ini memang bermula dari bawah.Melangkah satu persatu anak tangga kejayaan.Mereka ada prinsip hidup dan tabiat yang luarbiasa untuk kita contohi.

Tabiat mereka adalah membaca buku.

Baru-baru ini Tuan Azlan telah menemui satu buku hebat tulisan Azizi Ali.Buku yang bertajuk Langsaikan Pinjaman Perumahan Anda Dalam Tempoh 5 Tahun Atau Kurang.

hutang rumah

Tuan Azlan bersyukur sangat-sangat.Dengan rasa penuh gembira dia kongsikan beberapa topik menarik dalam buku tersebut kepada isterinya.Ada juga butir bicara Tuan Azlan yang terpaksa diungkapkan dengan berbisik-bisik ke telinga isterinya yang rupawan tersebut.

Kata Tuan Azlan,

“Menurut Azizi Ali, ada 9 cara untuk cepat menyelesaikan pinjaman dengan cepat.Jika tip ini diamalkan Tuan Azlan yakin rumah yang mereka sewa beli cepat habis bayar.

Lebih lebih lagi kalau rezeki banyak masuk.Puan Anira hanya tersenyum kerana dia tahu suaminya  orang kuat mempromosi program FI$H.

1.Bayar terus pinjaman

Sekiranya pinjaman sewa beli kita sudah diluluskan maka digalakkan terus bayaran ansuran tanpa menunggu tarik genap..Jangan rasa rugi membayar awal kerana cara ini dapat mengurangkan kadar faedah.Maksudnya di sini kita bayar advance sebulan.

2.Bayaran lebih setiap bulan

Cara ini sangat praktikal.Buat bayaran lebih walapun nampak remeh.Misalnya bayaran RM695 maka lebih elok kita bayar sahaja RM700.Jumlah yang terkumpul nanti akan mengurangkan kadar faedah dan kadar pinjaman pokok dalam dalam jangkamasa yang panjang.Biar susah dahulu dan  senang hati kemudian hari.

3.Bayar dua minggu sekali.

Teknik ini seperti banyak kerja.Misalnya bayaran pinjaman RM800 sebulan.Jumlah tersebut dibahagi dua supaya selang dua minggu cuma bayar RM400.Sekali imbas macam sama.Namun dengan cara ini pembayaran seperti ada penjimatan 2 hari dalam sebulan.Agak pening jugakan.

4.Bayar sebelum tarik matang

Sebaik sahaja kita menerima gaji apa tunggu lagi.Bayarlah segera hutang rumah tanpa menunggu tarik matang pada hujung bulan.Tujuannya supaya tidak dikenakan caj faedah dan untuk keuntungan jangka panjang.

5.Bayar pinjaman apabila ada wang lebih

Inilah tabiat yang paling berat untuk diamalkan.Ada duit lebih sahaja bayar untuk pinjaman.Tak ramai yang sanggup buat.Namun ramai yang tidak sedar bahawa cara tersebut sangat baik untuk jangkamasa panjang.

6.Kekal bayar yang sama walaupun kadar faedah diturunkan

Apa rasionalnya tindakan ini.Ia  akan memendek masa pembayaran pinjaman.Permainan pihak bank supaya kita mengurangkan pembayaran tetapi memanjang tempohnya.Lagi lama kita bayar maka lagi untung la pihak bank.

7.Menambahkan pembayaran jika gaji dah naik

Sewaktu memohon pinjaman dulu hanya mampu bayar RM500 sebulan.Setelah bekerja beberapa tahun kemudian gaji sudah naik.Bayar RM500 macam kacang sahaja.Jadi gandakan pembayaran menjadi RM1000.Barulah hutang pinjaman rumah cepat selesai.

8.Jual barang yang terpakai untuk bayar pinjaman

Cuba selongkar stor kalau ada barang yang tidak diperlukan lagi.Tin-tin kosong atau suratkhabar lama.Jual di pusat kitar semula.Wang hasil jualan nanti gunakan untuk membayar pinjaman.Mungkin orang akan kata terdesak.Jangan risau kerana kita tidak menyusahkan orang pun.

9.Membiayai semula pinjaman untuk mendapat kadar faedah terendah.

Cara ini perlu ada kajian dan perbandingan.Cari bank yang menawarkan kadar faedah yang rendah dan terbaik.Banyak penjimatan yang bakal diperolehi jika kena caranya.Misalnya pinjaman rumah yang sedia ada 8 peratus setahun apa kata cari bank yang boleh menawarkan pinjaman dengan kadar faedah 5.5 peratus.”

Apa dah jadi ?

Ahirnya selesai juga penerangan Tuan Azlan kepada isterinya berkaitan cara cepat selesaikan pinjaman rumah mereka.Sedar tak sedar Puan Anira terlena dipangkuan.

Romantik sungguh pasangan suami isteri yang masih muda.

Tak kisahlah getus hati Tuan Azlan.Yang penting isterinya memberi kerjasama dan ‘satu kepala’ dalam misinya membayar pinjaman rumah lebih cepat langsai.

Tuan Azlan menyambung kembali tugasnya mencari pendapatan pasif.In shaa  Allah dari pendapatan pasif itu Tuan Azlan akan memiliki pendapatan sampingan yang amat lumayan.

Niatnya kini mahu berkongsikan perkara baik biar seramai mungkin memiliki kehidupan yang sempurna.Ada pandapatan stabil,rumah yang selesa dan kenderaan yang baik.

BONUS 1:

Sejajar dengan itu Tuan Azlan giat mempromosi proram FI$H atau yang sangat popular sekarang ini Formula Income Seumur Hidup.Program yang direka khas untuk golongan Gen Y seperti dirinya.

Kejayaan dari program FI$H boleh mempercepatkan lagi proses pembayaran balik pinjaman rumah yang mereka.Tuan Azlan memang mengalukan-alukan penyertaan ramai lagi orang muda seperti dirinya supaya mampu membeli rumah dan mempunyai pendapatan pasif.

Jangan hairan,rumah juga boleh dibeli dengan mudah jika menguasai formula tersebut.Tak cuba maka tak tahu.Pelbagaikan pendapatan dalam dunia onlin adalah perkara biasa.

Bonus 2:

Tuan Azlan sudah membayangkan bagaimana indahnya hidup selepas pinjaman rumah lebih selesai awal.Dia akan menjadi bebas kewangan dan bebas masa.Nak kerja atau tidak kerja sudah menjadi satu pilihan.

Sebab itu Tuan Azlan memasang impian untuk membeli rumah lelong pula.Cara tersebut  sudah diakui pakar hartanah boleh menghasilkan duit secara pasif.Jika ada rezeki Tuan Azlan boleh jadi jutawan.Hebat juga angan-angan Tuan Azlan.Kalah kisah Mat Jenin

Kuasa tindakan..

Tuan Azlan faham.Secantik manapun cara,panduan atau tip tidak akan berhasil jika tiada tindakan.Dengan tindakanlah segala perancangan akan menjadi.

Kini Tuan Azlan nekad dan cekal untuk terus mendapat duit dari pendapatan pasif.Dapat RM100 sehari pun dah  sangat baik.

Lagipun misi dan komitmennya untuk mempercepatkan pinjaman rumah sudah diletakkan 100 peratus.Tuan Azlan percaya rancangannya sangat berpotensi untuk berjaya kali ini.

Tuan Azlan percaya keajaiban bisa berlaku kerana kesungguhan luarbiasa.

Lagi satu episod.

Tuan Azlan dan Puan Aniza merupakan pasangan ideal.Cara pemikiran mereka sangat cocok terutama dalan bab pengurusan kewangan.

Tambahan pula kata Puan Anira,

”kalau pinjaman rumah  selesai dan segala hutang piutang yang lain langsai apa yang kita dapat ketenangan fikiran”

“Betul sangat tu,bertuah abang dijodohkan dengan awak,Anira”.Kata Tuan Azlan sambil tersenyum mengoda kepada isterinya yang tercinta.

Keesokan hari.

Tuan Azlan dan Puan Anira sama-sama pergi ke pemaju perumahan dan bank yang terdekat.Misi mereka untuk membuat pinjaman rumah dan berniat dalam hati untuk membayar seperti yang dibincangkan di atas.

Begitulah tabiat orang berjaya.Setelah mendapat info mereka terus buat tanpa bertangguh.Kesungguhan mereka berada tahap optimum.

Penutup:

Tuan Azlan dan Puan Anira merupakan contoh perilaku yang baik.Sebelum membuat keputusan yang berat dan serius mereka berbincang dan mengkaji tindakan tersebut.

p/s : Watak Tuan Azlan dan Puan Aniza cuma contoh sahaja.Dalam kehidupan biasa memang  ada senario begini.

p/s/s : Peluang menjana pendapatan pasif kini dibuka dan boleh didapati dalam Formula Income Seumur Hidup

(Visited 156 times, 3 visits today)

16 thoughts on “Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge