Cara untuk melupakan bekas kekasih

Cara untuk melupakan bekas kekasih sebenarnya mudah sahaja.Saya cuba untuk menulis santai hari ini.Tak nak tulis yang berbunga-bunga.Saya nak tulis tepat pada sasaran.Dalam erti kata yang lain ringkas tetapi padat dengan saranan buat pembaca.

Sebelum tu saya nak ingatkan sekali lagi bahawa memutuskan silaturahim bukan perkara yang elok.Lebih-lebih lagi kepada dua insan bercinta yang diikat dalam pernikahan.Luar dari skop tersebut saya tidak berani untuk komen apa-apa.

Putus kasih.

Pedihnya terasa ke lubuk hati sehingga ada pepatah kata biar luka diluar jangan ada luka didalam.Lukanya sembuh tetapi parutnya kekal selamanya.

Boleh diterima.Boleh juga dibantah secara berhemah,Begitulah luahan kata oleh mereka yang putus cinta.

Ketika bercinta semuanya indah-indah.Tiada sesuatu pun yang nampak cacat celanya.Yang baik diperbesarkan.Yang buruk dikecilkan.Kalau tidak mana timbulnya istilah fatamorgana.Macam ada tetapi realitinya tiada.

WAJIB BACA :   Rahsia untuk pikat hati wanita.

Lantas orang bercinta terus terbuai buai dengan lambaian perasaan  yang tak sudah-sudah.Tatkala ujian cinta melanda maka akan terbongkarlah satu rahsia hati yakni keikhlasan.

Orang yang tak ikhlas akan mengkhianati cinta.Mereka bisa memutuskan hubungan cinta yang sedia ada untuk mendapatkan cinta yang baru. 

Saya luaskan skop pemikiran.Saya tak kata lelaki.Mungkin juga wanita.Lebih parah andainya terlibat kepada mereka yang terikat dengan perkahwinan.Minta dijauhkan sejauh-jauh yang mungkin.

Merananya orang yang putus cinta hanya Tuhan yang tahu.Emosi tak menentu.Fikiran berkecamuk.Perasaan memberontak.Pendek kata keseluruhan hidupnya boleh tak terurus.

Mereka bagaikan tidak mampu mengurus diri.Makan tak lalu.Minum sekadar perlu.Tidur tak terasa nikmatnya.Kalau boleh tak nak mandi.

Jika sudah pada peringkat ini memang parah dan kronik jadinya.

Ini cara untuk melupakan

Jadi cara  untuk melupakan bekas kekasih ialah maafkan dia.Tidak perlu untuk menyimpan perasaan lama-lama.Baik perasaan bersalah, tidak puas hati dan sebagainya.Maafkan dia dan jika masih sempat untuk menghubungi boleh minta maaf.Tidak timbul soal siapa yang salah atau yang betul. 

WAJIB BACA :   10 cara nak kuruskan badan bagi remaja menurut Khairil Azib

Selain itu perlu berlapang dada dan terima hakikatnya.Malah bersyukur kerana Tuhan telah memilih kita untuk diuji.Kita diuji bahawa putusnya cinta akan hadirnya cinta yang baru.Lebih baik.Lebih hebat dan lebih memahami kekurangan serta kelebihan yang kita miliki. 

Yang penting sekali orang baru itu nanti akan menerima dan memberi cinta yang ikhlas.Perkara yang sudah dan berlalu biarlah pergi.Lepaskan dia dengan hati yang tenang.

Doakan dia dapat kebahagiaan kerana kita mesti sedar kita tidak mampu beri dia kebahagiaan.Sebab itu dia telah terpesona dengan orang lain demi kebahagiaan.Hak dia untuk pergi dan hak kita untuk melepaskan.Malah hak masing-masing untuk  mendapatkan kebahagiaan.

Kehidupan terlalu singkat.Jangan bazirkan kehidupan yang singkat ini dengan melayan kedukaan,kekecewaan dan kerunsingan.Ayuh.Bangkitlah segera dengan senyuman paling manis.

WAJIB BACA :   Cabaran Terhebat Seorang Penulis Blog

Bangun dengan harapan yang terindah.Moga-moga ketemu dengan dengan insan yang hampir sempurna untuk kita yang bisa menemani hingga akhir hayat.

Secara teorinya cara untuk melupakan  bekas kekasih  iaitu gantikan yang baru.Namun praktikalnya tidak semudah yang disangka kerana soal perasaan tak boleh dipaksa biarpun orang yang berada didepan kita itu tampan yang tak terucap atau jelita tak terkata.

Boleh cuba mana tahu mujarab.

Mungkin kita suka tetapi dia belum tentu suka dengan kita.Begitulah sebaliknya sehingga kita bertemu dengan orang yang saling menyukai yang akhirnya akan menjadi saling menyintai.Itulah jodoh kot.

Saya tak berani nak kata gerenti.

Baiklah setakat ini dulu dan jom keep in touch dengan subsribe saya di Yotube  

*Kemaskini 9 Mei 2020

Comments 17

Leave a Reply to ira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge