Category «UMUM»

Ibarat mentol yang terbakar….

Ketika membelek grup wasap saya tertarik dengan coretan ini. Saya ambil keputusan untuk arkibkan dalam blog saya. Terlebih dahulu saya beri kredit dengan doa kepada penulis asalnya. Moga beliau terus sihat dan dikurniakan rezeki yang baik-baik. Aamiin. Jom kita layan cerita tersebut….. Seorang pengarah kanan kerajaan telah bersara dan berpindah dari kediaman rasminya ke kawasan …

9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 8)

Ketika saya memasuki supermarket hari ini, saya tertarik dengan gelagat sepasang suami isteri. Sambil memilih barang, mereka bersembang mesra. Jelas terasa kebahagiaan mereka. Dari kejauhan juga saya doakan pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke syurga. Bersama di dunia dan bersama juga di akhirat kelak. Wajarkan pasangan begitu. Ada kesepakatan, keserasian dan keindahan dalam hidup …

Rahsia 3S yang bikin rezeki melimpah-ruah

Saya ajak sahabat minum. Ada respon. Pantas dan cepat. Alhamdulillah. Saya memang ingin berjumpa dengannya. Ya, untuk bersembang tentang bahagia, kasih-sayang, cinta, rezeki, ilmu dan sebagainya. Ketika bersembang, saya ditanya sahabat apakah cara untuk dapatkan rezeki terutama duit agar terus mengalir masuk ke poket mahupun dompet. Kaget juga untuk menjawabnya. Sebab saya faham sahabat saya …

9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 7)

Satu restoran kecoh. Saya ketika itu sedang enak menjamu selera. Saya tidak tahu apa cerita. Tidak tahu hujung pangkal cerits. Saya hanya mendengar suara nyaring dan kasar pelanggan lelaki memarahi pekerja restoran di situ. “Cakap-cakap baik dengan emak saya” katanya penuh emosi marah. “Saya boleh bayar la. Cakap sahaja berapa” tambahnya lagi. Pekerja restoran tersebut …

8 tanda jodoh dah dekat, bersedialah untuk melaluinya

Artikel tentang tanda jodoh ini cocok dibaca oleh mereka masih bujang atau belum lagi berpunya. Mereka yang sudah berkeluarga boleh juga membaca tetapi sekadar untuk informasi semata-mata. Bukan untuk dihayati atau dipercayai hehehe. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah. Tiada sesiapa yang boleh mengetahui dengan tepat selagi mana ia belum lagi berlaku. Antara kedatangan …

Pilih antara dua atau pilih kedua-duanya

Cerita petang tadi. Saya habis kerja pukul 3 petang. Hujan rintis-rintis. Hujan gerimis membasahi bumi. Cuaca cukup sejuk. Ditambah lagi bilik pejabat ada penghawa dingin. Memang layan seperti berada di negara empat musim. Mata mengantuk. Semangat menghilang. Nasib baik jiwa masih kental untuk berjuang menawan perasaan sendiri. Pada masa itulah saya dalam dilema. Apa patut …