Cerita benar orang miskin menjadi orang kaya

Langit pagi ini mendung. Cuaca agak muram. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Saya berfikir panjang untuk ke satu tempat untuk makan. Nak pergi. Tak nak pergi.

Namun saya gagahkan diri juga kerana perut sudah mula berirama keroncong.

Barulah saya faham, bila sudah kelaparan orang terdesak akan sanggup meredah hutan mahupun lautan demi mencari rezeki.

Tiada tujuan lain selain terus berjuang mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup. Mengisi perut yang kosong menyambung nyawa.

Maka..

Inilah cerita orang susah, orang miskin dan orang melarat berubah kehidupannya jauh lebih baik daripada sebelumnya.

Jujur…

Saya tertarik untuk berkongsi cerita benar seorang miskin berubah menjadi orang kaya.

Cerita ini saya perolehi dari satu siaran Youtube yang dikelolakan oleh Ustaz Yusuf Mansur.

Menurut kisah tersebut, ada seorang yang hidupnya cukup susah. Makanannya cuma ubi kayu. Pernah bangkrap dan hidup berada pada titik paling bawah.

WAJIB BACA :   Menu sarapan pagi simple dan latihan kecergasan

Namun keajaiban berlaku.

Kini beliau sudah menjadi pengusaha yang berjaya di Indonesia.

Oh ya..

Kita ringkaskan jalan kejayaan tersebut.

Di sebalik kesusahan tersebut beliau ada sistem pemikiran yang boleh mengubahnya dari hidup susah menjadi senang.

Apakah sistem pemikiran yang dia ada ?

Bagaimana sistem pemikiran ini boleh mengubah hidupnya ?

Mari kita belajar dan hadami perlahan-lahan sistem pemikiran tersebut.

Menurut perkongsian tersebut saya senaraikan tiga perkara asas yang sangat bagus sebagai wacana perubahan diri.

Berubah dari hidup susah menjadi senang.

Berubah dari hidup miskin menjadi kaya.

Berubah dari titik bawah ke titik atas kehidupan.

Sudah bersedia. Kalau sudah bersedia, jom kita teruskan lagi.

1.Sentiasa optimis

Dalam pemikiran beliau cuma terfikir peluang. Satu peluang tertutup akan terbuka sepuluh peluang yang lainnya pula.

WAJIB BACA :   Ko-Fi boleh jadi alternatif jana pendapatan dalam USD Dollar

Beliau melihat hidup ini penuh dengan peluang. Terpulang dengan diri untuk merebut dan bertindak dengan kemampuan diri.

2.Pemikiran positif

Ada orang biasa dengan istilah bersangka baik atau husnuzon. Boleh jadi berfikiran positif dengan keadaan, orang dan Tuhan.

Kesan pemikiran positif jiwa jadi tenang dan damai.

Hanya ketenangan dan kedamaian itu dalam diri akan menjernih minda agar berfikir lebih baik, kritis dan kreatif.

Semua elemen asas ini akan memaju kejayaan demi kejayaan.

Biar perlahan tetapi ada perubahan. Semakin baik dan semakin elok.

3.Banyak bersedekah

Orang kaya yang diceritakan dalam Youtube tersebut banyak bersedekah. Malah sedekah yang paling digemarinya pada waktu Jumaat.

Memang tidak dinafikan sedekah mempunyai kesan luar biasa. Kesan paling dahsyat dan nyata tentulah orang yang banyak bersedekah akan jadi kaya.

WAJIB BACA :   Feri Triso buka cerita sedih tahun 2021

Kalau bukan kaya harta benda maka jadi kaya di hati dan jiwa.

Inilah sebaik-baiknya kekayaan kerana boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Selain tiga perkara asas tersebut, orang miskin yang telah menjadi orang kaya berpesan kepada kita semua.

Terima dengan hati yang reda, apa-apa ketentuan yang telah Allah berikan kepada kita. Pasti ada hikmah berupa seribu kebaikan yang tersurat dan tersirat.

Malah beliau turut berpesan agar hindari hutang. Jika berhutang usahakan untuk membayarnya.

Meminjam kata-kata hikmah beliau tentang hutang,

“Bayarnya pasti, dapatnya belum pasti”

Ia bermaksud wajib bayar hutang sama ada mampu atau tidak.

Cukuplah setakat ini. Jika rasa masih mahu lagi saya sarankan tontonlah sendiri video bawah ini:

https://www.youtube.com/watch?v=GUypUcGquWA

Comments 6

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge