Cik Serba Tahu-Novel Oleh SyamNuriezmil

Cik Serba Tahu– Petikan Novel Oleh Syam Nuriezmil.Entah mengapa  mrhanafi seolah olah tertarik dengan novel Cik Serba Tahu.Dalam TV pernah hot juga drama tersebut.

Cik Serba Tahu

Ramai peminat drama ini.Mrhanafi pun terminat juga kerana dulu suka baca novel.Sekarang dah bertukar selera baca bahan yang lebih illmiah.

[ Dah baca ke : Ulasan Buku : 2 Jiwa Satu Cinta ]

Kalau begitu kita layan dulu petikan novel cik Serba Tahu seperti dibawah :

“Kalau nak, semua boleh buat.”

“Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?”

“Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu.

Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!

“Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan… awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri.

Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya?

Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

“Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat…”

“Nak!”

“16 saat dah… Dah lewat!”

“Abang! Na cakap nak la…”

Cerita selanjutnya boleh baca di Sumber Asal

WAJIB BACA :   7 petua hilangkan influenza yang awesome

{Nota blogger}

Sebagai blogger mrhanafi cuba nak tahu sahaja drama dan novel ini.

Nak tahu mengapa ramai yang suka dan minat sangat.

Pembaca ada komen tak ?

 

 

Comments 8

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge