Cara Menaikkan Energi Getaran Manusia

Semua benda ada energi getaran tersendiri.Energi getaran ini ada yang kuat.Ada yang lemah.Begitulah dengan manusia.

Semakin kita bahagia semakin kuat energi getaran yang kita ada.Semakin kita tenang semakin bertambah energi getaran tersebut.

Getaran yang tinggi yang dijanakan oleh rasa bahagia dan rasa tenang akan menarik kebaikan, rezeki, kekayaan dan kejayaan apa sahaja yang kita diingini.

Doa mudah terangkat.Semua perkara akan dipermudahkan.Kita akan lebih sukses dan banyak lagi kelebihan sekiranya kita memiliki energi getaran yang tinggi.

Dalam membincangkan persoalan energi getaran, kita tidak boleh lari dari mengaitkan Hukum Tarikan.Sebab Hukum Tarikan itu sendiri berasaskan getaran.

Energi getaran

Percayalah getaran positif memiliki energi tinggi akan menarik perkara positif dan begitulah sebaliknya.

Getaran negatif pula yang memiliki energi getaran yang rendah.Kita tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan getaran negatif ini.

Perasaan resah, gelisah marah, dendam dan banyak lagi sangat mudah diperolehi.Semua ini mempunyai energi getaran yang rendah dan lemah.

Sebagai contoh.Jika kita rasa miskin dan memang dalam masa yang sama kita juga miskin tentunya pelbagai keadaan kemiskinan datang menerpa dalam hidup ini.

WAJIB BACA :   Persoalan antara impian dan matlamat

Semuanya akan terhasil apabila hidup kita dipenuhi dengan rasa kecewa, mengeluh, dengki dan pelbagai yang negatif.

Atas sebab itu kita sewajarnya untuk sentiasa tenang, bahagia dan gembira selalu.Malah agama Islam sendiri mengajak umatnya untuk sentiasa bersabar dan reda dalam menghadapi musibah.

Hanya dengan sabar dan reda kita akan terbit rasa bersyukur.Dengan bersyukur itu sendiri akan mendatangi rasa bahagia dan gembira dengan menidakkan segala kekurangan yang dialami.

Dalam perkongsian ini saya cuba untuk membicarakan beberapa cara untuk meningkatkan energi getaran.Cara tersebut, saya akui mudah dan praktikal untuk diamalkan.

Cara tingkatkan energi getaran

1.Bernafas dengan bijak

Adakah sebelum ini kita bernafas dengan bijak.Jika belum bijak cuba perhatikan cara pernafasan kita sekarang ini.

Bernafas dengan bijak ialah cara bernafas dalam-dalam untuk menarik sebanyak mungkin oksigen ke dalam paru-paru.Praktikan bernafas cara begini setiap masa.

2.Sentiasa beri senyuman

Senyuman adalah sedekah yang paling mudah.Dengan senyuman itu sendiri boleh membahagiakan orang lain dan diri sendiri.

Ada ketikanya kita senyum dan senyuman kita tidak berbalas.Jangan rasa kecil hati kerana mereka dalam energi getaran rendah.Secara psikologinya kita berjaya kerana berada dalam keadaan energi getaran yang tinggi.

WAJIB BACA :   Siapa Cardock sebelum jadi Youtuber

3.Memerhati keindahan alam

Sebab dengan melihat keindahan alam yang berada di sekeliling kita akan menerbitkan rasa seronok dan damai.Lihatlah langit yang membiru, lautan yang terbentang luas dan gunung yang indah panorama.

Keindahan alam akan memberi energi getaran yang tinggi kepada pelakunya.Tentu beruntung kepada mereka yang masih tinggal di kawasan kampung atau desa yang nan permai.

4.Bersyukur setiap masa

Orang yang bersyukur tidak akan mengeluh.Jiwa mereka rasa lapang dan tenang.Perlu juga untuk sentiasa ingat bersyukur bukan semata-mata dapat nikmat.Bersyukur ketika dilanda musibah juga boleh dirasai.

Perasaan bersyukur akan membantu menaikkan energi getaran pada diri seseorang.Inilah perbezaan ketara orang kaya dengan orang miskin secara simbolik.Orang kaya rasa bersyukur dengan kelebihan yang diterima.Orang miskin rasa resah kerana menerima banyak kekurangan.Namun bukan semua bersifat demikian.

5.Berada di luar

Apa yang dimaksudkan dengan berada di luar ialah kita berekreasi di alam semula jadi.Pilih untuk berada di taman, tepi sungai, tasik atau pantai.

WAJIB BACA :   Cara Mengatasi Emosi Terganggu Pada Diri Sendiri

Sambil-sambil menghirup udara segar dan menikmati kehijauan alam sekeliling.Jiwa akan tenang dan fikiran lebih lapang.Semua kondisi begini akan menaikkan energi getaran dalam diri.

6.Sentiasa melakukan ritual

Sebagai orang Islam memang disarankan untuk membaca Al quran, solat dan zikir.Amalan begini sangat berkesan untuk memantapkan perasaan tenang dan damai.

Selain itu boleh juga melakukan ritual biasa seperti meditasi, yoga dan reiki.Kesannya pada emosi dan keseluruhan badan itu sendiri.

7.Hentikan perkara sia-sia

Pelbagai perkara sia-sia yang kita lakukan setiap hari.Sama ada sedar atau tidak kita memperuntukkan masa yang begitu banyak untuk perkara tersebut.

Antaranya mengeluh, merungut, mengumpat dan susah hati.Perkara ini merendahkan energi getaran pada diri.Ada juga kemaskini status sia-sia di media sosial.Orang yang membaca turut rasa sedih dan marah.Lagi ramai yang terjebak lagi rendah energi yang kita sebarkan.

Kesimpulan

Energi getaran yang tinggi hanya terhasil dalam keadaan kita tenang, bahagia, seronok dan berfikiran positif.

Pembaca boleh menonton video berikut untuk memahami kaitan energi getaran sebagaimana yang saya telah kongsikan tadi.

Comments 12

Leave a Reply to encikhafiz.my Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge