Gaya hidup sihat yang terbaik

Gaya hidup sihat jadi tuntutan wajib. Tak ikut maknanya tidak mensyukuri nikmat sihat yang kita dapat. Bukan maksud saya mengecam mereka yang suka mengabaikan gaya hidup sihat.

Tidak sama sekali. Apa yang bakal yang saya kongsikan ini untuk peringatan kepada diri sendiri. Manalah tahu boleh menjadi manfaat kepada orang lain juga.

Ada apa dengan gaya hidup sihat ?

Oh..tidak susah untuk faham. Cara memahaminya teruskan bacaan hingga ke noktah terakhir penulisan ini.

Gaya Hidup Sihat

1.Jaga pemakanan

Orang yang mengutamakan gaya hidup sihat amat mengambil berat bab pemakanan. Makanan yang perlu dijauhi atau dikurangi tentulah terlalu manis, terlalu masin, terlalu berminyak dan terlalu berlemak.

WAJIB BACA :   Tugas Rutin Sang Blogger Pemula

Secara khususnya tidak mengambil makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula.

Selain itu mengelakkan makanan yang diperbuat dari tepung. Makanan ini tinggi karbohidrat yang boleh menimbunkan lemak dalam badan.

Bukan itu sahaja kurangi tabiat untuk makan makanan segera. Walaupun restoran segera selalu berkempen menyajikan makanan yang sedap dan lazat tidak terkata.

Rata-rata makanan segera ini tinggi lemak, kalori dan berminyak Minumannya pula terlalu tinggi kandungan gula.

2.Konsisten bersenam

Senaman boleh dilakukan secara bersendirian di rumah atau secara berjemaah dengan kawan-kawan. Terpulang dengan kesesuaian dan keperluan masing-masing.

Ada yang suka bersenam dengan berjogging atau berjalan kaki. Aktiviti ini cukup menyihatkan kerana boleh membakar kalori dengan banyak. Selain itu boleh mengeluarkan peluh.

WAJIB BACA :   5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin

Mereka yang ingin bentuk badan yang menarik boleh mencuba dengan latihan intensif di gymnasium. Cuma perlu konsisten kerana perut sixpack bagi lelaki atau tubuh langsing bagi wanita ada pengerasnya.

Sudah tentunya tentang kos, masa dan komitmen. Namun dalam bab kesihatan tidak boleh berkompromi kerana jika sakit baru tahu sihat itu terlalu tinggi nilainya.

3.Tidur mencukupi

Pernah dengar tak pendapat, “cubalah tidur seperti bayi dan bangunlah tidur seperti juara”. Tidur mencukupi adalah bukti kualiti tidur seseorang. Ada yang boleh tidur empat jam sahaja.

Rata-rata orang yang mengamalkan gaya hidup sihat tidur tujuh atau lapan jam sehari. Mereka tidur awal dan bangun awal.

WAJIB BACA :   Cara Nak Dapat Pendapatan Pasif

Sebaiknya tidur sebelum jam 11 malam. Tidur selepas pukul 12 malam boleh memberi kesan kepada hormon badan kita sendiri.

Kesimpulan

Gaya hidup sihat adalah syarat wajib untuk mendapat tahap kesihatan optimum. Mengabaikan gaya hidup sihat seperti mengundang penyakit untuk segera bertandang.

Percayalah pembaca belum terlambat dan jika belum ada gaya hidup sihat boleh bermula sekarang.

Semoga bermanfaat dan selamat menjalani gaya hidup sihat.

Jangan lupa share, subsribe dan komen artikel ini.

Comments 20

Leave a Reply to diana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge