Gelombang Alam Remaja Kali Kedua

Gelombang Alam Remaja Kali Kedua…Tiada kajian yang saintifik.Apa yang pasti memang ada.Fitrah manusia yang bergelar lelaki akan mencapai kemuncak kematangan bermula dari umur 40 tahun.

Sebelum menjadi dewasa yang sempurna maka seseorang yang lelaki yang memasuki umur tersebut akan mengalami proses peralihan emosi yang sangat hebat.Emosi kurang stabil.Jiwa seperti anak muda.Yang pasti keinginan untuk seperti remaja kembali menggila.

alam remaja

Maka tidak hairan lelaki yang baru mencecah umur 40 tahun akan seperti anak remaja.Lebih tepat lagi untuk mereka mengalami zaman remaja kali kedua.Pelik tetapi itu ada kebenarannya.

Ketika ini si lelaki akan mula ‘mengatal’ sebagaimana anak remaja.Maaf bukan semua remaja seperti demikian.Begitu juga kepada lelaki yang baru nak masuk alam dewasa.Tidak semua bersifat demikian.Ternyata ada juga yang redha dan faham dengan keadaan diri masing-masing.

WAJIB BACA :   Netizen Kecam Kerja Blogger Sebagai Old Timer?

Bersandarkan kepada  pendapat mrhanafi secara peribadi, naluri lelaki dalam mood remaja kedua sangat sensitif.Mereka mudah tersentuh hati dan merajuk.Mereka nak minta perhatian dari pasangan hidup sekiranya sudah berkahwin.Seandainya ada berlaku pengabaian emosi dan perhatian dari isteri mereka maka tidak hairan ada yang cuba mengintai pucuk muda.

Senario ini sangat berisiko kepada keutuhan rumahtangga yang sedia ada.Si suami yang terabai oleh dek isteri maka hadirnya dalam hati mereka untuk mendapat cinta yang baru.Satu cinta yang bisa mengubah alam perkahwinan.

Seandainya berlaku pada insan terpilih maka selamat sejahtera jawabnya.Jika berlaku kepada insan kebanyakkan hendaknya berhati-hati.Mereka bertindak bukan pada fikiran yang waras.Mereka bersandarkan emosi yang bergelora sebagaimana anak remaja.

WAJIB BACA :   Sarawak Kini Dilanda Musim Landas

Apa yang istimewanya insan terpilih ialah mereka yang sudah berada dalam kestabilan iman dan pengukuhan kewangan.Wang bukan cabaran.Wang sudah berasa di atas keperluan.Bagi golongan ini wang boleh memenuhi kehendak berbanding keperluan.

Nak jadi seperti mereka boleh belajar jana pendapatan hebat dari pautan >>>>>>KLIK SINI.

{sekilas pandang}

Apa yang mrhanafi kongsikan diatas berasaskan pandangan bukan ilmiah.Jangan panik atau risau secara keterlaluan.

Jika betul baguslah.Ada garis panduan untuk langkah berjaga-jaga.

Jika tak betul bolehlah pembaca selidiki sendiri sumber yang lebih sahih dan berwibawa.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments 12

Leave a Reply to Afif Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge