Hujan Batu Di Negeri Sendiri Yang Mengemparkan

Ada dua kejadian hujan batu berlaku baru-baru ini.Sebelumnya di Kuala Lipis.Tidak lama selepas itu pula di Kota Samarahan dan Kuching.Kejadian hujan batu tersebut agak mengemparkan kerana amat jarang berlaku.

Hujan batu terjadi melalui proses pembentukannya kondensasi wap air dingin di atmosfera pada lapisan di atas takat beku.Puncanya dari awan petir.

Dalam bahasa mudahnya, air yang berada dalam awan yang membeku menjadi ais lalu jatuh ke permukaan bumi.Ada saiz besar dan ada saiz yang kecil.

Mengikut teori sains,fenomena begini adalah hukum alam yang semulajadi sifatnya.Namun sebagai orang yang beriman hujan batu adalah bukti kekuasan Allah Yang Maha Kuasa.

Hujan batu yang turun dengan saiz yang besar memang bahaya,Boleh membawa mudarat dan kecederaan jika terkena pada manusia dan harta benda.

Dalam ada itu kita beranggapan bala dan musibah akan melanda.Memang betul sekiranya kemungkaran berleluasa tanpa ada pihak yang menjalankan tugas Nahi dan Mungkar.

Bala tidak mengenal siapa.Pakejnya adalah  semua tanpa ada pengecualian.

48 Comments

Leave a Reply to Himawan Sant Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge