Kelebihan bangun awal pagi hanya dapat dirasai oleh diri sendiri.Jika hanya dibaca atau mendengar cerita orang lain tidak akan merasai kelebihan tersebut.
Pengalaman ini amat berharga.Hanya mereka yang bangun awal pagi sahaja dapat merasai betul atau salah apa yang saya kongsikan ini.
Jadi artikel ini saya kupas berdasarkan pengalaman sendiri.Tak juga rasa bangga tetapi rasa bersyukur tetap ada.Maaf kalau tercakap.Dengan bangun pagi saya alami banyak perubahan dalam hidup kebelakangan ini.
kelebihan bangun awal pagi
Perubahan emosi.Perubahan mental.
Perubahan yang perlahan tetapi puas hati.
Mana tidaknya.
Rupa lebih bergaya.Fikiran lebih bijaksana.Kalau bukan diri sendiri siapa lagi yang nak puji kitakan.
Tak perlu bukti kerana artikel ini tidak menjual produk sebagai testimoni.Lainlah kalau ada online seller yang sudah menempah website Sitegiant.
Kisah sebelum kejadian:
Sekitar jam 4 pagi saya sudah bersedia untuk dibangkitkan dari kematian kecil.Selama 10 sehingga 20 minit saya berperang melawan perasaan dan keinginan untuk menyambung tidur.
Kebiasaannya saya berjaya.Kadang-kadang saya tewas juga kerana level mengantuk pada tahap tertinggi.Ditambah lagi will power untuk sambung tidur tidak boleh bawa bincang dah.
Saya akui bangun awal pagi adalah perkara yang amat sukar dan amat mencabar.Mungkin ada yang bertuah kerana tidak diuji dengan apa yang saya alami.
Untuk saya, memang ya.Sebab saya spesies yang awal tidur malam tetapi lambat bangkit pagi.
Jangan pula salah sanggap.Saya buat kadang-kadang sahaja.Kebiasaanya tidur lewat tetapi mampu bangun awal pagi dengan perjuangan melawan nafsu tahap tinggi.
Saya berperang dengan perasaan.Yalah perasaan nak sambung tidur atau nak terus bangkit. Sebab inilah kenapa susah bangun pagi bagi mereka yang kuat tidur.
Sebab itu sebaik-baiknnya jangan lupa untuk doa bangun subuh seperti berikut :
Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur
Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan.”
Percayalah bahawa doa tersebut adalah amalan bangun pagi yang paling dianjurkan dalam ajaran Islam.
Bangun tidur sahaja sel-sel otak saya bercepat berhubung.Terdengar dua bisikan dalam hati.
Pertama : “Tidur la lagi.Sekali sekala apa salahnya.”
Kedua: “ Bangkit sahaja kerana banyak kerja nak buat tue”
Bila teringat sahaja perkataan kerja secara automatis peperangan emosi lebih hebat dan lebih dahsyat bermula.
Pada masa itulah dendangan syahdu, “ Tidur lebih nikmat dan bangunlah selewatnya mungkin.
Sebab itu tidak mustahil ada insan-insan terpilih sanggup bangun ketika cahaya matahari tegak di atas kepala dan dipakejkan dengan muzik dalam perut mulai keroncong barulah mencelikkan mata.
Orang lain sudah berada di tempat kerja tetapi mereka masih melingkar bawah selimut yang harum mewangi.
Tetapi sayang.
Saya tidak dapat berbuat demikian kerana saya tahu saya wajib bangun untuk solat Subuh, bekerja dan menjalani kehidupan sebagaimana prinsip orang berjaya bangun awal
Adakah saya rasa menyesal kerana tidak dapat nikmat bangun kesiangan ?
Jawapannya tidak sama sekali kerana saya tahu bangun awal pagi terlalu banyak kelebihan berbanding bangun lewat.
Apakah kelebihan bangun awal yang saya dapat nikmati semenjak dua menjak ini ?
Kisah selepas kejadian..
Masa yang saya rasakan lebih panjang.Ini rasionalnya.Selepas buat apa yang patut, saya akan bersiap untuk ke satu tempat.
Demi keselamatan dunia dan akhirat saya terpaksa merahsiakan ke mana saya pergi pada awal pagi.hehehe
Balik dari tempat tersebut saya sudah merasakan kejayaan yang sebenar.
Sepanjang hari saya sempat melakukan banyak perkara kerana saya rasa masa seolah-olah cukup.
Saya tidak rasa kelam kabut.Urusan pula lancar dan serba-serbi dalam kawalan.Untungkan siapa yang berjaya bangun awal pagi.
Selain itu saya turut menikmati suasana waktu pagi yang hening.Sayup-sayup terdengar bunyi orang berdengkur.
Saya tidak peduli. Saya sudah hanyut dalam mood gembira yang sukar diterjemahkan melalui kata-kata.Malah saat tersebut tidak dapat dilukis atas kanvas putih atau dirakam video menggunakan kamera.
Segala-galanya indah.Tidak keterlaluan untuk mengatakan jauh nikmat dari terus tidur sehingga kesiangan.
Kesimpulan
Jika kita sudah tahu betapa indahnya hidup dengan kelebihan bangun awal pagi mengapa kita lepas peluang tersebut.
Sebelum mengakhiri penulisan ini saya kongsikan tips bangun pagi secara ringkas.Boleh cuba mana tahu serasi dengan kemahuan pembaca semua.
Usahakan untuk tidur awal.Tidur sebelum 11 malam.Jika dapat tidur selepas Isyak lagi baik dan mantap.Tidur awal boleh bangun awal.
Selain itu jangan berfikir masalah kerana masalah itu membebankan minda sebelum kita tidur.Tukar kepada impian dan harapan yang positif.Pasti esok tidak sabar nak bangun pagi kerana hendak capai impian tersebut
Jangan lupa doa agar dapat bangun pagi.Sekadar doa tidur seperti berikut pun boleh juga:
Bismikallaahuma Ahyaa wa Bismika Amuutu
Maksudnya: “Dengan menyebut nama-Mu, Ya Allah, aku hidup dan dengan menyebut Nama-Mu aku mati.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Selain itu berniat dan pasang alarm.Dengan niat yang kuat dan bantuan alarm in shaa Allah boleh bangkit tepat pada waktunya.Lama-kelamaan boleh biasa juga bangun tanpa alarm.
Saya juga percaya petua anak mudah bangun pagi dapat dilakukan dengan cara tersebut.
Sekian.Jangan lupa follow blog ini melalui saluran media sosial di bawah blog ini.
Bacaan tambahan:
sebagai seorang muslim memang kena bangun pagi kan
jalan dan makan recently posted…KEPITING (Rajungan) SAUS PADANG
ya ..
sudah semestinya mas.
amalan wajib
memang banyak kelebihannya bangun awal, idok lah terlewat sampai di pejabat bila hari hujan macam pagi ni. saya tak suka hadap jem teruk setiap pagi jadi saya akan bangun kul 5 pagi untuk bersiap, kalau rajin saya masak sarapan untuk suami dan anak, kalau tidak kita buatla apa yang patut… baca yassin ke solat sunat ke kan.
alhamdulillah..
satu tabiat yang amat digalakkan.
moga istiqamah hingga ke akhir hayat
para billionaire dunia, antara tabiat mereka adalah bangun di awal pagi. thats why, bagi muslim yg nak berjaya, tahajud merupakan salah satu kuncinya…
sebab itulah kita tidak patut bangun lewat..
waktu pagi ada kelebihan tersendiri yang sukar untuk diperkatakan
Alhamdulillah dan tahniah untuk bro berjaya konsisten bangun awal pagi
terima kasih bro.
itupun selepas paksaan ke atas diri sendiri..
kalau diberi pilihan mahu sahaja bangun lewat selewat yang mungkin..
persoalannya tiada pilihan kerana bangun awal pagi itu wajib
Teman dah biasa bangun 4.30 pagi… tiada masalah… betul kata tuan admin, banyak perkara boleh di selesaikan di awal pagi. Sebaik-baiknya dahulukan kepada yang berhak sebelum kita membuat perkara-perkara lain. Doakan ya, semoga teman istiqomah untuk bangun di awal pagi nie…
alhamdulillah..
moga kita terus istiqamah untuk terus bangun pagi
Saya suka bangun awal pagi. Rasa segar, dan cergas. Saya suka sampai awal kat pejabat, jadi boleh mula kerja awal sebelum orang lain datang. Kalau lambat sikit je mulakan hari, jadi tak best. 😂 Rasa slow
tahu tak pe.
jadikan bangun awal pagi sebagai tabiat yang hebat
Bila bangun pagi ni bukan je dapat solat subuh awal tapi banyak benda yang boleh dibuat. Badan pun rasa lebih segar mandi air sejuk waktu pagi tu. Banyak faedahnya.
hanya mereka yang bangun awal pagi sahaja dapat pengalaman tersebut..
caiyok !
saya masih mencuba bangun awal pagi. selalu gak dapat bangun tp masa tgk phone la pula. ada buku 5am club versi indonesia yg siap translate. ramai tgknya yg membaca. tgk org smbg phd semua bangun awal
Bangun lebih awal juga membuat urusan lebih teratur karena punya space waktu untuk urusan lain. Tidak terburu2 pergi ke tempat kerja
itulah kelebihan kalau dapat bangun awal