Insiden lembu menyondol semasa korban

Alhamdulillah pada tahun ini, saya berkesempatan untuk menjadi peserta korban dengan satu bahagian sebagai pembuktian amal sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah swt.

Satu bahagian korban lembu sekitar RM1300 pada tahun 2025. Namun saya dapat pakej RM1200 untuk satu bahagian kerana abang ipar saya perolehi lembu dari kawan sendiri. Harga kawan-kawan memang ‘mur-mur.’kan

Ketika coretan ini ditulis, harga daging lembu segar di Sarawak dikatakan mencecah RM95 sekilo dan itu betul-betul menguji keinginan untuk mereka merasai nikmat makan daging segar.

Sejujurnya sudah lama saya tidak menyertai upacara korban haiwan kerana tuntutan kerja.

Apabila ada kesempatan memang teruja melibat lembu yang nampak gagah perkasa ditumbangkan oleh manusia.

WAJIB BACA :   Mengapa Saya Peluk Agama Islam ?

Sebelum menumbangkan lembu jantan tersebut ada berlaku sedikit kekecohan yang mendebarkan.

Haiwan tersebut tiba-tiba mengamuk dan terus menyondol abang ipar saya sehingga beliau jatuh terduduk walaupun ia masih terikat dengan tali.

Melihat situasi begitu, kami segera mendapatkan beliau namun lembu tadi terus membelit abang ipar di sebatang pokok.

Dengan keadaan kelam kabut, kami segera membelit kaki lembu tadi dengan tali dan menarik keluar.

Dalam keadaan yang genting begitu, lembu tersebut sempat menanduk muka anak buah abang ipar saya. Nasib baik tidak kena mata. Tetapi bawah mata lebam kena tanduk haiwan tadi.

Saya tidak sempat untuk meragam adegan tersebut kerana dalam situasi menyelamatkan abang ipar saya yang ketika itu sudah jatuh dan kemudian terlilit di sebatang pokok.

WAJIB BACA :   Panduan Terbaik Guna Grup Whatsapp

Gayanya seperti main tarik tali. Lembu seekor lawan dengan enam orang lelaki. Akhirnya setelah semua kaki lembu tersebut terikat, kami terus menarik untuk segera disembelih.

Alhamdulillah, haiwan korban berjaya disembelih.

Proses melapah dan membahagikan daging korban boleh tahan juga rasanya. Itu belum termasuk keletihan, risiko dan pelbagai lagi yang bercampur-baur.

Kesimpulan

Dapat saya perhatikan lembu sebelum disembelih akan menganas dan cuba menyelamatkan diri. Ia sedaya upaya meyukarkan proses penyembelihannya.

Namun hikmah dan iktibar disebalik kejadian tersebut membawa satu makna.

Pengorbanan bukan sesuatu yang mudah.

16 thoughts on “Insiden lembu menyondol semasa korban”

  1. saya takut dengan lembu. biasanya bila ada lembu korban terlepas memang awal awal lagi dah menjauh. alhamdulillah tahun ni dapat korban sesama adik beradik dengan lembu seekor rm5k saja. biasanya join di masjid 800+ satu bahagian.rezeki…

    dagingnya saja lebih 100kg. cuma jadi tukang timbang saja tahun ni tak bantu lapah dan bungkus. semoga ibadah kita semua diterima olehNya

    aamiin

    Reply
  2. allahuakbar risau juga membaca satu persatu hingga habis.. syukur abg ipar & anak buahnya baik-baik saja ya… tinggi juga harga di sana kan.. kami di semenanjung harga satu bahagian antara 700 – 800 mcm tu lebih kurang..

    Reply
  3. Alhamdulillah, selesai ibadah korban tahun tok.. mst jd kenangan kan insiden tok..

    Murah rm50 bahagian ktk, kmk org thn tok dgn thn lepas sama rm1250… alhamdulillah sapi mek org tahun tok behave sikit, sapi mek org thn 2023 jak ada bengkeng sikit.. hihi… sikmok trn dr lori lamak berpujuk.. lepas ya alu x polah di rumah agik dh, korban di ladang terus
    Kakmim recently posted…Kenapa? Kenapa? Jangan KecamMy Profile

    Reply
    • aok dah setel….prepare untuk taun depan gik.

      standard satu bahagian kinek RM1300 tapi tahun depan harapnya ada turun

      biasanya…dah nama berkorban pasti ada macam-macam cerita yg keluar

      Reply
    • betul tu..

      mereka jumpa orang lain selain tuannya…rasa terkejut itu memang tinggi

      lain kali perlu hati-hati dan tenangkan lembu dulu sebelum dikorban

      Reply
  4. Alhamdulillah.. dapat buat korban ya tahun ni….

    aduhhh bimbang pula nanti anak buah tu jadi fobia dengan lembu…

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge