Mrhanafi dah buat keputusan untuk Letak Jawatan Kerja Makan Gaji.Sekarang bermula zaman menjadi usahawan.Tak de gaji.Yang ada komisyen yang sifatnya tidak tetap seperti kerja makan gaji.Bagi mereka yang bukan berjiwa usahawan keputusan tersebut kurang bijak.
Keputusan yang bijak ialah letak jawatan ketika ada pendapatan dari komisyen tetap 5 angka sebulan atau simpanan sudah ada 24 bulan.Wow itulah senario paling sempurna bagi seseorang makan gaji sebelum menceburi dunia keusahawanan.
Kenyataan ini tidak semestinya tepat kerana soal rezeki yang selamat dan terjamin bukan terletak kepada berapa banyak simpanan duit yang kita ada.Semuanya dalam Qadak dan Qadar Allah SWT.
Tool promosi cari duit ialah Aplikasi Duit.
Sekarang mrhanafi berada dalam zon tidak selesa.Dulu makan gaji berada dalam zon hampir selesa.Hujung bulan ada gaji.Tak banyak namun mencukupi untuk keperluan dua minggu.Baki dua minggu terpaksa seperti mereka yang berada dalam kategori keluarga kurang kaya yang tegar.
Keadaan yang seperti ini akan memaksa mrhanafi berdoa lebih banyak,berusaha berkali ganda dan bersedekah apa sahaja untuk memastikan kecukupan rezeki.Biasanya bersedekah ketika masih kekurangan lebih nikmat dan mengegarkan ulu hati.hehehe
Namun mrhanafi sangat percaya dengan meletakkan Allah SWT pada tempat yang paling tinggi In shaa Allah rezeki pasti mencukupi.Soalnya lambat atau cepat.Itu terpulang kerana mrhanafi cuma ada kudrat berikhtiar dan bertawakal.Allah SWT sahaja yang meluaskan atau menyempit rezeki seseorang ikut aturanNYA.
Mrhanafi sudah memaklumkan perkara letak jawatan dari makan gaji kepada orang rumah.Alhamdullilah disokong dan diberi cabaran untuk memastikan pekerjaan yang berbentuk komisyen boleh mendatangkan pendapatan.
Ketika inilah mrhanafi terpaksa menelan segala kata-kata agar pekerjaan baru ini boleh mendatangkan rezeki yang mencukupi.Sebelum ini asyik berkurangan.Namun rasa bersyukur tetap ada biarpun dalam serba kekurangan.
Bayangkan dengan pekerjaan yang pendapatannya tidak mencukupi dan memilih pula dengan pekerjaan yang berbentuk komisyen.Jika difikirkan dengan prasangka baik maka akan ada rezeki yang jauh lebih baik.
Sekiranya difikirkan logik didapati dua senario.Boleh jadi dapat dan boleh jadi tidak dapat.Bermain risiko begini boleh mendebarkan jantung dan mengocakkan emosi.
[nota mrhanafi]
Setelah puas bekerja selama lebih 20 tahun,mrhanafi betul-betul nekad.Dah tak nak makan gaji demi memenuhi aspirasi hati untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang takaful.
Apapun terjadi selepas ini mrhanafi redha sahaja kerana mrhanafi menjadi Perunding Takaful bukan untuk suka-suka atau cuba-cuba.
Mrhanafi melakukan semua ini kerana niat kepada Allah SWT untuk membantu orang lain mendapat ketenangan fikiran jika dilanda musibah dikemudian hari atau membantu merancang kewangan mereka supaya lebih baik pada masa yang akan datang.
Semoga perjalanan mrhanafi sebagai Perunding Takaful mendapat redha,rahmat dan pertolongan Allah SWT agar usaha yang kerdil ini memberi manfaat kepada insan yang memerlukan.
Paling tidakpun sebagai amal ibadah dalam menegak syiar Islam dalam mu’amalah dan ekonomi masyarakat serta negara tercinta.
Aamiin.
Sumber rujukan:
1.Panduan Jana Pendapatan Pasif
2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah
4.Cara Meroketkan Jualan Di Facebook
5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki
6.Software Terbaru Untuk Peniaga Instagram
Saya doakan tuan Hanafi berjaya menjadi usahawan, kalau ada barang baik. Rojer kmek jak hehe..
Elih Japahar recently posted…4 Kelebihan Bekerja Di Singapura
in shaa Allah..no hal bro..
nanti kita kongsi-kongsi perkara yang best dan baik punya
Semoga berjaya. Pasaran kat tempat Mrhanafi masih terbuka luas kan 😀
sabree hussin recently posted…Durian Perangin Waterfall Langkawi – Apa yang menarik disini?
sangat luas bro…
dan sangat mencabar juga hehehe
good luck mr.hanafi. tindakan yang sangat berani!
siti hazreen recently posted…Makanan Tambahan Untuk Sakit Lutut
sebab kerja yang saya buat..biasa-biasa sahaja..
bukan jawatan tinggi atau kareer profesional..
Semoga sukses dengan bisnes takaful yang dijalankan
MeqZa Abdul Rahman recently posted…Perlahankan Proses Penuaan? Mudah Aje Caranya…
aamiin dan terima kasih atas doa yang diberikan…
Selamat Maju Jaya! Syabas sebab akhirnya berhenti makan gaji. Doakan saya menyusul jejak Tuan juga. hihi…. In sha Allah, sentiasa bersangka baik pada Pencipta pasti kejayaan milik kita. aminn
jika hati berani boleh cuba..dan yakinlah bahawa rezeki ada dimana-mana puan
best lah nak jadi usahawan
secara ringkasnya memang best jadi ushawan..
secara praktikalnya sangat memcabar kerana menuntut disiplin yang tinggi..
lama juga 20 tahun tu makan gaji…
sangat lama bagi mereka yang berjiwa usahawan…
namun ini lah masa terbaik ..kalau nak tunggu lagi mungkin umur dah tua bangka
tahniah..
semoga berjaya…
terima kasih atas sokongan dan doa..
Keputusan yang sangat berani.
Dengan matlamat yang betul, usaha yang berterusan ditambah sokongan ahli keluarga dan rakan. Saya percaya mrhanafi boleh buat.
Saya doakan kejayaan anda.
dedauncomel.com recently posted…Senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di Rumah
In shaa Allah saya boleh melaluinya sebab rezeki ada kat mana-mana..
yang penting pergantungan kepada Allah SWT 100% jangan berkurangan
Good luck .Cabarannya besar tapi kalau tak mudah putus asa insyaallah pasti berjaya.
saya terpaksa menukar fikiran untuk suka cabaran…
memang susah utk buat keputusan mcm ni.. apatah lagi kalau dah berkeluarga
nikkhazami recently posted…Harga dan Spesifikasi Nokia 3310 Baru
itu tidak dinafikan..
jika dah mendapat kesepakatan …
in shaa Allah semuanya akan menjadi mudah
satu langkah yang berani dan memberi inspirasi kepada semua. all the best bro!
ya betul tu bro…
mula -mula takut dan lama-lama semakin berani jika yakin bahawa sumber rezeki bukan pekerjaan tetapi Allah SWT..
kerja cumalah As sebab sahaja
semoga berjaya…
Wan Syahida recently posted…Detik Pengenalan Saya dengan Kalsium yang Halal dan Berkesan
terima kasih atas doa dan sokongan yang hebat…
Semoga berjaya Mr Hanafi. Jalan ni susah. Semoga Mr Hanafi sedia dengan sebarang ombak badai melanda
Mazni Azmi recently posted…Vivix Shaklee Harga & Review Terbaik 2017
sebelum mengambil keputusan berhenti kerja makan gaji..saya sudah berfikir berbanyak kali bertahun tahun lamanya sehingga saya menjumpai kerjaya sebagai perunding takaful..
saya sudah sedia maklum bahawa kerjaya ini sangat mencabar dan itulah cabaran yang saya cari selama ini..
kena kira semua aspek sebelum betul2 berhenti kerja makan gaji
RAIHANAH AHMAD recently posted…Cara Beli Vivix Dengan Lebih Murah
sebetulnya saya pernah dua kali berhenti kerja semata-mata untuk berbisnes..
tidak pernah serik namun mengambil iktibar bahawa kesilapan yang terdahulu jangan diikuti lagi..
alhamdulillah keadaan sekarang tidak berapa kritikal kerana pelbagai hutang wajib setiap bulan hampir ‘tiada’
Good luck Mr. Hanafi..
Selagi kita tak berputus asa daripada berusaha dan berdoa, In Shaa Allah ada rezeki kita..
anuar recently posted…Real Case Study : List Kecil Income Besar
terima kasih tuan…
rezeki hanya dari Allah dan kita hanya berusaha sedaya upaya untuk mendapatknnya…
in shaa Allah saya akan jauhkan sifat berputus asa..