Kais sebulan makan sebulan

Kais sebulan makan sebulan merupakan pepatah yang berevolusi daripada pepatah klasik, kais pagi makan pagi. Maksudnya, pendapatan hanya cukup atau memadai dalam tempoh yang terhad.

Ia menggambarkan keadaan di mana tiada lebihan, bahkan cenderung kepada kekurangan. Silap hari bulan, duit pendapatan tidak sampai ke hujung bulan.

Walau apapun alasan, jika berada dalam keadaan sedemikian, tahap kewangan kita masih belum selamat. Bagaikan telur di hujung tanduk; seperti kata orang sekarang, insecure financial.

Kais sebulan makan sebulan

Kais sebulan makan sebulan

 

Benar, hidup adalah perjuangan dan kehidupan ini keras. Sudah tentu tidak semua berada dalam keadaan ini; ada yang lebih selesa dan rezekinya mencukupi untuk tujuh generasi. Mereka adalah golongan old money, yakni kekayaan hasil warisan. Namun, itu bukan topik yang ingin saya bicarakan.

WAJIB BACA :   Amalan tarik duit dengan minda

Persoalannya kini, bagaimana mahu keluar daripada kitaran kais sebulan makan sebulan?

Ketika saya balik dari solat di masjid, saya terdengar satu tazkirah di Radio Klasik  yang membicarakan hidup sederhana dan berjimat cermat. Saya kaitkan dengan satu perkongsian di TikTok tentang pengurusan kewangan.

Kata beliau, tahap kewangan yang kita miliki sekarang adalah kesan daripada tindakan kita 10 atau 5 tahun yang lepas. Jika dahulu kita boros, tentunya sekarang habuk pun tarak. Sebaliknya, jika kita suka menabung dan berhemah berbelanja, simpanan tunai, emas, atau aset kita akan bertambah baik.

Namun, jangan susah hati jika masih kais sebulan makan sebulan. Pilihan untuk bebas dan lepas daripada kitaran ini masih terbuka selagi nyawa dikandung badan.

WAJIB BACA :   Menjadi Kaya: Impian dan kebaikan

Mulakan hari ini dengan memperelokkan pengurusan kewangan, menambah pendapatan melalui kerjaya sampingan, atau menukar gaya hidup kepada yang lebih berpatutan.

Berusahalah dan berikhtiar dengan akal fikiran, seperti AI. Tambah ilmu dan bertindak tanpa bertangguh dalam urusan tersebut.

Boleh tonton juga video dalam link di bawah:

https://vm.tiktok.com/ZS6hpQc4d/

Semoga kita semua hidup dengan kewangan yang lebih baik selepas ini. Ingat, harapan dan impian juga umpama doa. Doa yang baik-baik, hasilnya pasti lebih baik.

Insha Allah.

18 thoughts on “Kais sebulan makan sebulan”

  1. Hidup sekarang keras, kdg dah sehabis jimat tp tetap terasa bebannya. Apapun semoga dipermudahkan urusan kita semua 🤲🏻

    Reply
  2. Betul tu Mr Hanafi ibu setuju. Kadang orang kata tabiat boros ni salah 1 sifat orang yang ada Bipolar. Ibu pun tak pasti itu fakta atau auta yg hanya direka oleh mereka yg memang hobinya shopping ni terutama shopping online. 😉

    Reply
  3. Pepatah yg sesuai utk hidup di zaman tok… sik dinafikan mmg rami jak kais sebulan mkn sebulan… sesuai gilak bila nemua sidak agen public gold tok.. terus diaimnya kita menabung emas dr PG.. haha

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge