Kedai Gunting Rambut Di Samarahan

Kedai Gunting Rambut Di Samarahan…Mrhanafi lama tak kemaskini blog.Otak dah rasa beku.Idea pulak susah nak mai.Tak tahu sebab apa.Merajuk kot.Alhamdulillah baru-baru ada timbul satu idea.Pada kali ini mrhanafi nak sembang tentang gunting rambut pula.

Mrhanafi berkesempatan untuk gunting rambut macam anak muda.Ada stail gitu.Memang cun.Mrhanafi puas hati walaupun muka tak la hensem seperti pelakon Izzue Islam tu.Saja tak nak show off muka takut ada anak anak gadis yang jatuh hati pulak nanti.he..he..he..

Lokasi kedai gunting ini tak jauh.Dekat sahaja dari rumah.Kalau berjalan kaki tak sampai 5  minit.Apatah lagi jika guna motosikal maupun kereta.Lagi la cepat nak sampai.

Kedai ini bertentangan dengan restoren J & J dan berdekatan dengan stesen minyak Petronas Desa Ilmu.Tak susah.Malah sama tempat dengan kedai dobi.

Mrhanafi pilih Buwang Barbershop Samarahan .Ketika mrhanafi masuk kedai memang ada seorang dua pelanggan.Kebetulan pada masa itu ada ada juru gunting yang tengah menunggu pelanggan.Jadi mrhanafi terus duduk di kerusi untuk digunting rambut.

Proses menggunting rambut tak lama.Lagipun fesyen mrhanafi tak rumit.Rambut pun sejemput.Bertambah mudahlah prosesnya.Senang hati jadinya walaupun tak de gambar yang nak disiarkan.

{sekilas pandang}

Kepada anak-anak muda yang nak mencari kedai gunting rambut di Samarahan jomlah pergi ke Buwang Barbershop Samarahan.Puas hati.Bayaran sama seperti kedai lain dalam RM10 di kawasan sekitarnya.

kedai gunting rambut

Mrhanafi amat galakkan kepada anda yang nak mencuba terutama anak lelaki muda yang hensem dan mementing gaya rambut yang verstail.

Mana tahu lepas itu menjadi tarikan kepada wanita yang inginkan jodoh buat mereka.Syaratnya mereka jenis yang ada pendapat pasif

Terima kasih kerana sudi membaca.

(Visited 87 times, 1 visits today)

28 thoughts on “Kedai Gunting Rambut Di Samarahan”

  1. saya ni pandai potong rambut..ada skill lajuga sebab dulu masa di kampung kawan2 kampung saya lah yang gunting..tapi tulah perlukan komitment untuk buka bisnes ni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge