Kelahiran satu kejutan, kematian satu kepastian

Beberapa hari yang lalu saya menyambut hari jadi. Majlis diraihkan bersama ahli keluarga dengan ‘makan besar’ di sebuah restoran yang popular tidak jauh dari tempat kediaman.

Dengan usia sebegini saya amat bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki berupa kesihatan yang baik, ketenangan dan kebahagiaan.

Moga saya dan keluarga serta pembaca semua terus menikmati rezeki sedemikian hingga akhir hayat.

Aamiin.

Belum makan pun sudah happy

Mungkin kepada kebanyakan orang, menyambut hari kelahiran jadi satu kegembiraan. Tidak salah dan tiada sesiapa pun boleh melarang berbuat demikian.

Sekurang-kurang setahun sekali kita dititipkan dengan ucapan doa dan diberi hadiah tanda ingatan mesra.

Hari kelahiran memang satu kejutan yang menyebabkan kita semua cukup gembira dan teruja.

WAJIB BACA :   Nota, ungkapan dan pesanan terakhir 2024

Namun bagi saya yang sudah berusia begini, tidaklah segembira zaman muda-muda dulu.

Pada hari kelahiran mengingatkan saya jarak dan tempoh kematian semakin dekat.(dalam hati mahu saja hidup selama yang mampu dengan amal sebanyak yang boleh).

Kematian satu kepastian. Tiada sesiapa pun boleh elak dan pasti merasai saat kematian tersebut.

Perjalanan menuju kehidupan abadi 

Cuma masa, di mana dan bagaimana cara kematian tetap menjadi rahsia dalam rahsia.

Kita disaran untuk sentiasa mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk kematian.

Namun kita dilarang berdoa untuk cepat mati kerana nyawa yang kita rasai ketika ini merupakan satu amanah Allah.

Hargai amanah nyawa kerana sekali sudah melayang mana mungkin ada peluang kedua lagi.

WAJIB BACA :   5 Senarai Kereta Sedan Pilihan Hati [edisi kemas kini]

Yang pasti kita akan berada di alam sana sama ada rela, reda atau bersedia ataupun sebaliknya.

Itulah hakikat kehidupan buat kita semua dan hargai nyawa yang ada sama ada diri sendiri atau orang lain.

Insha Allah.

#justiceforzara

12 thoughts on “Kelahiran satu kejutan, kematian satu kepastian”

  1. Selamat hari lahir tuan. Semoga diberkati umur berbaki, happy sokmo dan dikurniakan kesihatan terbaik.

    Bila baca tuan cakap semakin meningkat umur semakin dekat dengan kematian, teringat saya pada satu ayat oleh Hamka Kereta Mayat di dalam blognya.

    “Setiap hari kita semakin dekat dengan lubang kubur” katanya.

    Itulah hakikatnya.

    Reply
      • happy birthday abaaaang 🎉🎉🎉. semoga di usia yg semakin meningkat, selalu dikaruniakan kesehatan, rezeki yg berkah dan kebahagiaan bersama keluarga.

        ituuu yg jadi alasan kenapa saya tak lagi merayakan birthday ketika usia masuk 35. sebab saya sadar umur makin berkurang, kematian semakin dekat. JD tak nak merayakan samasekali. teman2 yg dekat pasti tahu birthday saya. mereka masih mengucapkan , tp bagi yg baru2, saya memang biasanya tak nak bagi tahu kapan birthday 🤣.

        Reply
        • Terima kasih Fanny atas doanya yang baik dan bagus

          sambut birthday amat cocok buat anak-anak saja..

          mereka perlu rasa happy dan dihargai pada hari yang penuh makna

          Reply
  2. Anak-anak zaman kini, suka bila tiba hari lahir, sama juga saya pun tak sangat nak hari lahir kerana dah berusia. Cuma kita bagi anak sokongan..bagitau mereka hari lahir tu kena ingat IBU yang ,melahirkan pada detik tarikh dilahirkan..so mak kena dahulu dipeluk dan ucap teriam kasih lahirkan saya pada sekian sekian..

    Reply
  3. Sangat menyentuh hati, Tuan. Terima kasih kerana berkongsi pandangan yang begitu jujur dan mendalam. Sememangnya kelahiran membawa kegembiraan, tetapi kematian mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan yang sementara. Moga kita semua sentiasa diberi kekuatan untuk menghargai masa dan mempersiapkan diri dengan amalan yang terbaik. Aamiin.
    ASHRAITTC recently posted…(NHRDF) এর অর্থায়নে আশ্রয় টেকনিক্যাল ট্রেনিং সেন্টার এ ভর্তি চলছেMy Profile

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge