Kenangan jejak kaki di 0.00 KM Pan Borneo

Saya bersyukur kerana berkesempatan untuk jejak kaki di 0.00 KM Pan Borneo, Telok Melano di Sematan beberapa hari yang lepas. Bukan mudah untuk saya keluar kerana saya lebih suka duduk dan terperap di rumah.

Tempat tersebut dibuka secara rasmi pada 19 Januari 2019. Jaraknya 33 kilometer dari Pekan Sematan dan 140 kilometer dari Bandaraya Kuching.

0.00 KM Telok Melano adalah titik permulaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak, terletak di sebuah kampung nelayan yang kini terkenal dengan pantai agak indah, suasana aman damai, dan nilai simboliknya yang tersendiri.

Ada banyak juga inap desa yang didirikan betul-betul tidak jauh daripada pantai. Saya tidak sertakan maklumat tersebut kerana kami pergi ke 0.00 KM Pan Borneo pulang hari ( tidak bermalam).

WAJIB BACA :   Memandu seorang diri jam 1 pagi

Saya tiba bersama keluarga lebih kurang 12.30 tengah hari pada hari Sabtu.ย Tidak begitu ramai pengunjung kerana waktu masih awal.

Sejujurnya tempat tersebut belum ada apa-apa kemudahan yang lengkap.

Surau, tempat makan dan tempat berehat masih belum boleh digunakan biarpun jarak masa pembukaan tempat ini sudah mencecah enam tahun.

Namun kelihatan beberapa penjual jajan yang terdiri daripada penduduk setempat. Lebih baik daripada langsung tiada aktiviti perniagaan.

Cuma sayang, saya tidak begitu teruja untuk ambil gambar menggunakan telefon. Lain la kalau ada kamera SLRD yang harga ribu-ribu mungkin ada motivasi untuk snap sana-sini pemandangan yang menarik.. (alasan untuk tidak ambik gambar).

Sebagai kenangan saya tempekkan beberapa keping gambar untuk tatapan masa hadapan.

WAJIB BACA :   Shopping Hari-Hari

Sekian saja.

0.00 KM Pan Borneo
Gambar solo….jarang-jarangย  saya posing sebab tahu rupa saya bukan molek macam Fatah Amin atau Uncle Gedek

 

0.00 KM Pan Borneo
Gambar mereka adik-beradik sebelum ada kehidupan sendiri nanti..

 

0.00 KM Pan Borneo
Isteri bagi penghormatan untuk saya bergambar solo sebab saya pertama kali ke sini katanya. Hakikatnya saya kurang gemar sudah berfoto ketika usia sudah tua.

 

0.00 KM Pan Borneo
Gambar keluarga berlatar belakangkan pal. Bila ditampal sticker macam berserabut dan comot la pulak pal tersebut.

 

0.00 KM Pan Borneo
Pal atau papan tanda waktu suci lagi. Saya ambil di Google.

 

0.00 KM Pan Borneo
Pemandangan dari atas dan saya pinjam gambar di media sosial pada awal pembukaan tempat tersebut.

28 thoughts on “Kenangan jejak kaki di 0.00 KM Pan Borneo”

  1. Maknanya Lebuhraya Pan Borneo ni sudah dibuka ya? Sy ingat masih dlm pembinaan.
    Menarik mercu tanda 0.00km tu…

    Reply
  2. Kamek belum berkesempatan sampai ke Teluk Melano tok, walaupun dari dolok dah pasang niat mok ke sitok. Baru tauk 0km pan borneo bermula dari Teluk Melano.

    Reply
  3. sebelum komen, saya langsung buka peta dulu, nak tahu teluk melano ini. ternyata memang kota terujung ya ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. biasanya suami saya yg sukaaa sangat berfoto di tempat2 begini bang, titik 0 KM kota Sabang, titik 0 km kota Merauke, atau saat ke pontianak dia cari tugu khatulistiwa utk berfoto.

    saya yakin ini kalo kami jadi ke Sabah Sarawak tahun depan, pasti suami nak foto di Titik 0 km teluk melano ini ๐Ÿ˜

    Reply
    • “Betul tu, Teluk Melano memang jadi titik hujung paling menarik ๐Ÿ˜. Wahhh seronoknya suami akak suka kumpul memori di tempatยฒ bersejarah macam tu. Confirm kalau ke Sabah Sarawak nanti, Titik 0 KM Teluk Melano ni pun masuk list wajib bergambar ๐Ÿ‘๐Ÿ“ธ.”

      Reply
  4. Lawa juga tempatnya, boleh piknik la ya, Encik Hanafi, bawa tikar, sebab tepi pantai. Besar-besar dah anak Encik Hanafi. Saya boleh sampai ke km 0 Lumut saja la. ๐Ÿ˜ Lebuhraya Pan Borneo tu, panjang, kan.

    Reply

Leave a Reply to Mazni Cancel reply

CommentLuv badge