Saya bersyukur kerana berkesempatan untuk jejak kaki di 0.00 KM Pan Borneo, Telok Melano di Sematan beberapa hari yang lepas. Bukan mudah untuk saya keluar kerana saya lebih suka duduk dan terperap di rumah.
Tempat tersebut dibuka secara rasmi pada 19 Januari 2019. Jaraknya 33 kilometer dari Pekan Sematan dan 140 kilometer dari Bandaraya Kuching.
0.00 KM Telok Melano adalah titik permulaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak, terletak di sebuah kampung nelayan yang kini terkenal dengan pantai agak indah, suasana aman damai, dan nilai simboliknya yang tersendiri.
Ada banyak juga inap desa yang didirikan betul-betul tidak jauh daripada pantai. Saya tidak sertakan maklumat tersebut kerana kami pergi ke 0.00 KM Pan Borneo pulang hari ( tidak bermalam).
Saya tiba bersama keluarga lebih kurang 12.30 tengah hari pada hari Sabtu.ย Tidak begitu ramai pengunjung kerana waktu masih awal.
Sejujurnya tempat tersebut belum ada apa-apa kemudahan yang lengkap.
Surau, tempat makan dan tempat berehat masih belum boleh digunakan biarpun jarak masa pembukaan tempat ini sudah mencecah enam tahun.
Namun kelihatan beberapa penjual jajan yang terdiri daripada penduduk setempat. Lebih baik daripada langsung tiada aktiviti perniagaan.
Cuma sayang, saya tidak begitu teruja untuk ambil gambar menggunakan telefon. Lain la kalau ada kamera SLRD yang harga ribu-ribu mungkin ada motivasi untuk snap sana-sini pemandangan yang menarik.. (alasan untuk tidak ambik gambar).
Sebagai kenangan saya tempekkan beberapa keping gambar untuk tatapan masa hadapan.
Sekian saja.






bestnya dapat sampai ke titik 0.0 km Borneo. Harap2 sy akan dpt sampai ke sana nanti..
abam kie recently posted…Tidak Mahu Anak Belajar di SBP Biar Pun Saya Produk SBP
In sha Allah.
moga impian bisa terlaksana Abam Kie
Maknanya Lebuhraya Pan Borneo ni sudah dibuka ya? Sy ingat masih dlm pembinaan.
Menarik mercu tanda 0.00km tu…
Sudah siap dan kini dalam proses mencantik sahaja lagi..
tapi lebuh raya ini tak la secantik lebuh raya seperti di Semenanjung..
menarik tempat ni ada 0 km pulak.. hehe
tulah…satu keunikan kerana ada permulaan.
saya harap dapat pergi hujungnya nanti
Kamek belum berkesempatan sampai ke Teluk Melano tok, walaupun dari dolok dah pasang niat mok ke sitok. Baru tauk 0km pan borneo bermula dari Teluk Melano.
Aok..Pan Borneo bermula dari sia
ada masa boleh la agak ke sia.
calit tanah kat dahi bak kata orang tua hehehehe
Beautiful photos and lovely smiles.
Thanks Linda.
menarik jugak tempat ni. 6 tahun dah dibuka, agak lama. tapi sayangnya takde apa kemudahan lagi
Mazni recently posted…Spring Raya : Tiananmen Square
masih dalam pembinaan.
tak tahu sebab apa belum dapat guna
Alamak! Uncle dah rasa tercabar lah tengok foto tu…!
hehehehe
hehehe..
saja nak buat Uncle tercabar supaya Uncle dapat selfie di sini suatu hari nanti.
mana tahu rezeki kan
peminat2 0KM mesti teruja nak ke sini…
tmpt ni dr kuching jauh ke?
orang yang suka run memang suka pulak dengan Okm.
boleh tahan juga jauhnya…140KM….mahu 2 hingga 3 jam perjalanan
Pemandangan yang indah ya
Saya kalau punya rezeki pengen beli kamera hape yang 200MP
Biar hasil photonya lebih mantap dan bisa zoom ๐
betul mas..
pemandangan yang indah
kalau dapat HP yg zoom MP tu memang power
Apa yang menarik di sini ya?
Haah nampak comot papan tanda letak macam-macam benda di atasnya.
Sejujurnya tiada la yang menarik sangat
Cuma yang unik ialah permulaan Pan Borneo dari Sarawak hingga Sabah
Ya, angka 0.00km
sebelum komen, saya langsung buka peta dulu, nak tahu teluk melano ini. ternyata memang kota terujung ya ๐๐. biasanya suami saya yg sukaaa sangat berfoto di tempat2 begini bang, titik 0 KM kota Sabang, titik 0 km kota Merauke, atau saat ke pontianak dia cari tugu khatulistiwa utk berfoto.
saya yakin ini kalo kami jadi ke Sabah Sarawak tahun depan, pasti suami nak foto di Titik 0 km teluk melano ini ๐
“Betul tu, Teluk Melano memang jadi titik hujung paling menarik ๐. Wahhh seronoknya suami akak suka kumpul memori di tempatยฒ bersejarah macam tu. Confirm kalau ke Sabah Sarawak nanti, Titik 0 KM Teluk Melano ni pun masuk list wajib bergambar ๐๐ธ.”
Alhamdulilah..syukur kan dapat hirup udara segar juga ..
Betul…dapat hirup udara segar di penghujung jalan hahaha
Cantik tempat ini.. Permulaan jajaran Pan Borneo.. 140 km dari Kuching.. agak jauh.. Alaa sekali sekala amik gmbr seorang diri kenapa tidak kan.. hihii..
Memang terasa jauh…tapi ada yang lebih jauh lagi
Lawa juga tempatnya, boleh piknik la ya, Encik Hanafi, bawa tikar, sebab tepi pantai. Besar-besar dah anak Encik Hanafi. Saya boleh sampai ke km 0 Lumut saja la. ๐ Lebuhraya Pan Borneo tu, panjang, kan.
ya…memang menarik dan cantik tempat ini
alhamdulillah…anak2 juga semakin membesar dan saya pula semakin menua.