Selamat datang September 2023

Kini kita sudah berada dalam bulan September 2023. Ada tiga bulan lagi bermula Oktober ini kita akan melangkah tahun 2024. Tahun seperti biasa, pergi dan terus pergi. Kita pula semakin hari semakin berusia. Bak kata pepatah lama, kubur kata mari dan rumah kata pergi. Fahamkan dan mendalam sungguh pepatah tersebut. Baiklah. Dalam bulan September ini, … Read more

Tasbih digital dikebas budak…ini kisah pengajaran penting

tasbih digital

Tasbih digital  saya telah dikebas budak. Namun harganya tidaklah mahal mana. Ketika itu saya beli RM5 satu set. Tidak pasti sama ada beli di Shopee. Yang pasti saya bukan buat  BisnesLazada.com Namun kegunaan barang tersebut  tidak sebanding harganya. Tasbih digital ini saya gunakan untuk berselawat setiap hari ketika ada kesempatan masa dan peluang. Biar saya … Read more

Makanan sihat untuk diet sempena Ramadan

Makanan sihat untuk diet bukan perkara baharu. Malah ramai yang sudah tahu. Tambahan pula semasa bulan Ramadan, inilah  kesempatan  terbaik untuk kita semua untuk bermula. Kalau bukan sekarang bila lagi ? Semoga lepas ini saya dan juga pembaca ada kesedaran tinggi untuk mengamalkan secara konsisten dan istiqamah sepanjang hayat. Ketika saya menulis artikel ini, umat Islam … Read more

Pengalaman pertama di tempat swab test Kuching

keputusan swab test

Saya tidak menyangka merasai pengalaman di tempat swab test Kuching. Bukan sesuatu yang menarik tetapi wajar juga dinikmati. Pada pagi ini saya turun bekerja seperti biasa. Lebih kurang jam 9 pagi saya terbaca dalam Grup Whatsapp. Alamak… Seorang penghuni di tempat saya ada tinggal memberitahu dia disahkan positif Covid-19. Pada ketika itu, beliau rasa kurang … Read more

Pengalaman solat Jumaat semasa PKPP

Sudah sekian lama saya tidak solat Jumaat. Jika dihitung minggu tentulah bermula dari PKP fasa 1 sehingga pada semasa PKPP ini. Rasanya seperti tiga bulan. Mungkin kurang atau lebih. Seperti kebanyakan orang, peluang solat Jumaat bukannya mudah untuk diperolehi. Tempat sangat terhad. Mengikut prosedur operasi standard hanya diperuntukan 40 orang jemaah. Namun pada minggu berikutnya … Read more

Pengalaman gunting rambut semasa PKPP

Sudah hampir tiga bulan saya tidak gunting rambut sejak PKP dan PKPB. Cuma ketika PKPP sahaja dibenarkan kedai gunting rambut beroperasi. Itupun wajib melalui beberapa SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Tindakan ini wajar dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19. Pada mulanya rasa kurang yakin untuk bergunting rambut semasa fasa ini. Ikutkan hati mahu sahaja … Read more