Ko-Fi boleh jadi alternatif jana pendapatan dalam USD Dollar

Ko-Fi boleh jadi alternatif jana pendapatan

Betul ke Ko-Fi boleh jadi alternatif jana pendapatan?  Jawapannya ada dalam artikel ini. Ko-Fi agak janggal kedengaran bagi mereka yang baharu pertama kali mengetahuinya.

Namun ia adalah satu platform yang unik dan menarik berbanding media sosial arus perdana.

Menurut sejarah, Ko-Fi diasaskan oleh insan bernama Nigel pada tahun 2015 lagi dan mula diusahakan secara serius pada tahun 2016.

Kisah lengkap boleh dibaca dalam aritkel Ko-fi.com the Story So Far

Objektif penubuhan Ko-Fi untuk membantu para content creator menjana pendapatan.

Sumber pendapatan dari sumbangan peminat atau penyokong dalam komuniti Ko-Fi itu sendiri dan sumbangan daripada orang ramai.

Setakat ini sudah USD200 juta telah diterima daripada penderma kepada komuniti Ko-Fi yang sudah mencecah 1 juta orang.

Ko-Fi boleh jadi alternatif jana pendapatan

Selain itu ahli Ko-Fi menyediakan membership dan komisyen dalam menjana pendapatan kepada follower mereka.

Jangan pulak dianggap minta sedekah kerana ahli Ko-Fi sudah menyajikan content kepada audien.

Ia seperti super big thank, star dan sebagainya di media sosial yang lain.

Ko-Fi boleh jadi alternatif jana pendapatan

Kalau susah juga nak faham, cuba lihat persembahan buskers jalanan.

Di depan mereka ada tabung sumbangan duit.

Begitulah juga dengan konsep Ko-Fi.

Hasil karya mereka berupa artikel, grafik, gambar, lukisan dan video oleh kalian akan dihargai dengan wang yang diberi seikhlas hati.

Tiada paksaan dan tiada tekanan.

Nak bagi sumbangan boleh atau nak nikmati percuma sahaja pun boleh.

Ko-Fi boleh jadi alternatif jana pendapatan

Bagaimana untuk bermula di Ko-Fi ?

Untuk mendaftar sebagai komuniti Ko-Fi sangat mudah.

Ada dua pilihan iaitu percuma dan berbayar.

Pakej Gold adalah berbayar dengan yuran USD8 sebulan atau USD72 setahun.

Pakej percuma sudah memadai buat permulaan dan boleh dinaik taraf ke Gold setelah mendapat pendapatan dari sumbangan komuniti Ko-Fi.

Apa yang menarik sekali adalah sumbangan dana terus masuk akaun bank atau akaun Paypal.

Jadi apa tunggu lagi, jomlah daftar sebagai komuniti Ko-Fi sebagai cara alternatif untuk jana pendapatan dalam USD.

Kalian boleh mendaftar di SINI

Artikel berkaitan

18 thoughts on “Ko-Fi boleh jadi alternatif jana pendapatan dalam USD Dollar

  1. first time dengar pasal ni. zaty might try to do more research about this with my older brother. thank u for this sharing!

  2. Saya baru tahu tentang Ko-Fi. Tapi saya ada pernah tengok orang yang share video, minta sumbangan di website mereka, sebab saya biasa cari video tutorial mengait atau jahit. Tak pasti pula mereka guna Ko-Fi atau kaedah lain.
    Nur recently posted…Wifi hilangMy Profile

    1. Ko-Fi memang bertujuan minta sumbangan atas hasil kerja yang mereka sendiri sediakan…kalau ada lambang cawan dan love…memang sah la Ko-Fi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge