Kes Studi 3 : Konten Blog Berkualiti

blog

Saya balik dari solat Jumaat.Terjumpa kawan.Maklumlah lama tak jumpa.

Kami bersembang ringkas.Lantas dia bagi pandangan ikhas.Saya dikatakan menulis blog tanpa memberi manfaat yang jelas untuk pembaca.Kalau la begitu lebih baik saya delete sahaja konten dan bercerita secara real di dunia sebenar.

Saya mengiya dan menyangkal  pendapat kawan saya dengan berseloroh.Sudah pasti saya berterima kasih kepada dia kerana teguran membina demi kerjaya saya sebagai seorang blogger.

Akhirnya saya dapat mesej jelas.

Blog konten berkualiti adalah dambaan pembaca.Kesukaan Google dan berbaloi untuk blogger itu sendiri.Jadi dalam penulisan ini saya akan menghuraikan sebab blog saya tidak layak ditakrifkan sebagai blog kesukaan ramai dan kes studi untuk mengubah keadaan tersebut.

Satu perkataan sudah cukup untuk menerangkan apa sebenarnya konten blog berkualiti.

Mencabar.

Tahap cabaran berbeza.

1.Mudah

2.Sukar

Secara jujur saya akui sukar.Saya menghadapi kesukaran untuk menulis blog konten berkualiti.Saya telah menulis lebih dari 1000 artikel.Blog ini sahaja sudah mencecah 400 artikel.Blog yang satu lagi (dipencenkan) ada 600 artikel.

Didapati belum ada konten blog yang berkualiti.

Trafik  masih statik.

Jumlah share kurang.

Ranking SEO jatuh tercorot.

Pembaca setia mungkin ada.Mungkin tidak.

Sebelum itu fahamkan dulu apa itu konten blog berkualiiti.

Takrifan konten.

Konten adalah gabungan artikel.imej,grafik,video dan audio.Gabungkan atau perkaitan satu sama lain sehingga menjadi satu konten yang disukai ramai oleh pembaca.

Konten blog berkualiti menurut tuan Wan Yusof ialah :

1.Relevan

2.Komprenhensif

Penerangan lanjut boleh baca blog beliau.

Ini realitinya.

Blog saya ada satu konten yang  sentiasa mendapat perhatian.Namun konten ini tidak memberi keuntungan material.Ia adalah artikel kebajikan utnuk membantu pembaca mencari solusi kepada masalah mereka.

Saya nak buat keputusan.

Saya nak rehat.

Bukan berhenti.

Saya nak mengubah suai konten blog yang terdahulu dengan ciri-ciri SEO,kemaskini fakta dan informasi serta paling penting disukai pembaca.

Menulis adalah tabiat saya yang sukar untuk diabaikan.Sayangnya penulisan saya belum mencapai piawaian konten blog berkualiti.

Saya muhasabah diri.

Menilai kembali kemampuan menulis kerana menulis adalah kemahiran yang boleh dilatih,diasah dan dipertajamkan.

Saya sudah menulis sejak tahun 2012 lagi.Tak pernah rasa otai,terer atau lejen.

Setiap hari bagaikan hari pertama saya menulis.Baca perlahan-lahan.Bukan MALAM PERTAMA.

Semua orang boleh menulis namun tidak semua menulis dengan hebat,cemerlang dan terbilang.

Kawan saya kata.Sebelum menulis dia buat imaginasi seperti penulis blog dalam Senarai Blogger Hebat

senarai blogger Malaysia

Selepas ini saya lebih memikirkan kualiti.Kuantiti ada tetapi kualiti tiada.Tak ada gunanya untuk saya.Orang lain saya tak tahu.

Itulah tujuan saya buat…

->Kes Studi 1 : Tukar Theme blog

->Kes Studi 2 : Mencari Niche Blog

Sekarang kes studi untuk “Blog Konten Berkualiti”.

Saya mesti ada konten yang berkualiti.Biar pembaca rasa teruja dan suka.

Google  dan Facebook pun suka.

Google suka——————->Halaman utama

Facebook suka—————–>Viral media sosial

Konten berkualiti adalah kepuasan seorang blogger.Bukan demi wang semata-mata.Kalau ada lagi bagus la.

Boleh beli >> Program Fi$H

Ada wang ada segalanya.Ada wang rasa terawang-awang bahagia.

Wang adalah keperluan utama  sebagai mana blog perlukan konten berkualiti.

Nak tanya pembaca ?

Mana lebih baik, konten copywritting atau storytelling dalam blog ini.

1.Copywritting >penulisan skema ( ilmiah )

2.Storytelling >>penulisan bercerita ( santai )

Saya menunggu jawapan dari anda semua.In shaa Allah kita berkongsi untuk kebaikan bersama.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini

Salam hormat dan jumpa lagi.

mrhanafi

 

(Visited 184 times, 1 visits today)

64 thoughts on “Kes Studi 3 : Konten Blog Berkualiti”

  1. blog ini sudah berada dalam kelas tersendiri…usah khuatir lagi…ikhlas dari saya blogger marhaen… 🙂

    sukar untuk menulis untuk orang lain suka berbanding diri sendiri suka dan tn berjaya dalam hal ini… 🙂

    In sha allah blog ini takkan pupus selagi penulis nya terus diberikan kesihatan yang baik..ameen

  2. Memang sukar nak tulis konten yang berkualiti penuh dengan gaya bahasa, ilmiah dan santai dalam setiap halaman yang mereka tulis.

    Banyak membaca salah satu untuk meningkatkan kualiti penyampaian sesuatu perkara di blog sendiri.

    Saya pun tak cukup berkualiti jika dibandingankan dengan yang dah otai.
    sensasi2020 recently posted…Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di BlogMy Profile

  3. selalu masuk blog seo tuan Wan Yusof…kata WY sekarang google bot dah bijak..ayat merapu dah tak boleh digunakan sbb bot lebih gemarkan content..content is king di mana mana dunia blog huhu…copywriting bulat2 memang tak patut tp style olahan balik dengan ayat sendiri elak dari plagiarism

  4. GV suka dua dua. Santai dan ilmiah. GV kurang gemar konten yang terlalu banyak ayat panjang berjela tanpa ada imej gambar. Tapi itu masing2x punya citarasa kan. huhu. Bagi GV, konten Mr Hanafi sangat banyak menarik. Paling GV suka yang artikel istigfar tu. Memang terbaik. 😀

    1. saya terpaksa pegang hidung dulu..

      takut ada rasa kembang atau tidak dengan pujian bro GV..

      alhamdulillah..

      saya suka tulis panjang tetapi tak suka baca yang ada artikel panjang kerana macam nak rushing hehehe

  5. Ni nak tanya ni, kenapa biarkan blog heroborneo terlepas gitu je? Artikel lama yang dirasakan tak cukup perisa, saya cadangkan cuma perlu tambah perisa, bukan buang semuanya.

    Semua artikel tu dah ada tempat di search engine. Cuma perlu sedikit booster untuk bagi naik ke atas sikit.

    Lagi satu, copywriting tak bermakna kena skema. Teknik copywriting yang baik dan convert kepada sales adalah apabila kita menulis mengikut gaya bahasa dan lenggok pembaca sasaran.

    Asalkan ia disesuaikan dengan target pembaca yang kita mahukan.

    Lagi satu tips, banyakkan baca majalah. Personally, saya berpendapat banyak benda kita boleh belajar dari penulis majalah berbanding dari penulis blog, surat khabar, penulis buku dan sebagainya.

    Cari majalah yang harga mahal-mahal la 🙂

    1. wow..terima kasih tuan.

      saya suka pandangan begini..

      input yang sangat berharga.

      berkenaan blog hero borneo…domain dah terlepas ke tangan orang lain.semua artikel dah masuk draf.

      Mungkin cadangan tuan bernas untuk saya booster kan balik artikel tersebut.

      Oh..ada betulnya juga.

      Penulis majalah lebih pro berbanding penulis blog kerana penulisan majalah ada editor yang mencantikkan penulisan.

      sekali lagi terima kasih tuan.

  6. saya main belasah je..tapi kengkadang terkeluar gak beberapa keyword kat first page. tapi bukan keyword permintaan tinggi lah..pasal blog content..emm memang susah…

  7. Storytelling dalam copywriting 🙂

    Banyak kaedah copywriting ni sebenarnya, antaranya adalah dengan storytelling.

    Tapi apa yang paling penting, tujuannya adalah untuk mengekalkan fokus pembaca dari awal hingga akhir.

    Bagi saya, penulisan yang baik adalah seperti matematik; ia perlulah logik dan teratur.

    Elemen-elemen yang harus hadir dalam penulisan kita adalah empati, jelas, dan menyelesai masalah pembaca.

    Hanya pandangan saya masih nubis dalam bidang ni.
    Harap dapat belajar lagi dari Mr. Hanafi 🙂

    1. benar tuan storytelling adalah pecahan dari copywriting.

      ternyata pandangan tuan cukup bernas untuk dihadam saya dan pembaca blog ini..

      rata-rata kami kehausan untuk mempelajari penulisan sehebat tuan..

      sekali lagi terima Inche Naim

  8. Assalamua’laykum.

    Bagaimana cara penulisan terpulang kepada invidu.

    Saya suka kedua-dua jenis penulisan. Serius atau santai pun okay.

    Yang penting ape yang kite nak sampaikan kepada audien kita.

    Sekarang nie pembaca lebih suka konten yang bermaklumat. Contohnya blog niche mengenai penyusuan, travel & kecantikan.
    Hidayah Azman recently posted…5 MAKANAN NAIKKAN HB KETIKA MENGANDUNGMy Profile

    1. betul tu..

      segmen audience berbeza.

      saya akui blog informasi mempunyai kadar trafik yang tinggi..

      mereka nak maklumat untuk solve keperluan mereka..

      jika kita dapat masuk dalam market tersebut..tidak mustahil trafik blog mencanak-canak

  9. Setiap orang ada gaye penyampaian tersendiri..dan akan ada peminat tersendiri..blog ni pun banyak peminat..ramai peminat bermakna juga ianya memberi manfaat..kalau tak memberi manfaat orang tak minat..hehe

    Buktinya, setiap kali entri baru, komen mesti banyak (berbanding blog saya), maksudnya blog ini memang dah ada pembaca setia 🙂

    Bab nak tingkatkan ilmu tu semua orang kena buat..saya apatah lagi..huhu
    thehaikal recently posted…Fuhh..Seminggu 3 Kali Buat Aduan..My Profile

    1. oh ye ..

      terima kasih banyak bro.

      satu cara untuk mendapat banyak komen…

      kita komen blog kawan-kawan dengan kerap..

      mereka lambat laun( biasanya cepat)

      akan datang menjenguk blog kita.

      cari blogger yang junior…mereka suka blogwalking

      blogger senior boleh juga tetapi jangan letakkan harapan terlalu tinggi takut bro kecewa hehehe.

  10. Setiap orang ada kesukaan masing2… Ada yang yang suka baca jenis copywriting dan ada juga yang suka baca jenis storytelling… So buat je dua2… Boleh tarik dua2 pembaca… Lagi ramai… Lagi bagus letak a few gambar… Kot… Baru seronok nak tengok… Kikiki… Bagi saya la… Saya suka baca jenis yang santai… Ada gambar2… Tulisan pun tak skema sangat… Baru tak boring…

  11. Keep writing. Penulis ada jenis dan kecenderungan tertentu, begitu juga dengan pembaca.

    Bagus sangat kita tambah ilmu, boleh asal skill dan tambah pengetahuan.

    Yang penting, be yourself jangan terlalu rigid. Akan ada kelompok pembaca yang sukakan style kita.

    Niat apa yang kita share sebagai sedekah. Sedekah ilmu, masa dan tenaga.

    Just my 2 cents.

      1. typo lah pulak “asah skill”.

        btw, awat HeroBorneo direhatkan? Kan banyak info menarik kat situ? Nak2 pasal otak, fikiran bawah sedar dll, best aper tu?

        1. saya masih frust kerana domain blog itu dah jadi milik orang di England..

          ada kesilapan kerana saya tak renew awal-awal.

          tunggu setahun lagi ..kalau la

  12. Pada saya boleh tulis kedua-dua gaya:ilmiah dan santai sebab 2 post ini mungkin post ilmiah kena kelihatan serius sedikit.

    Hehehe.

      1. Hmmmm, pada saya takde masalah, kita boleh lebihkan niche yang kita nak fokus.

        Tapi tengok juga tujuan blog serta kemampuan kita. Peringkat awal, bila dipelbagaikan sebab kita nak orang suka datang, nanti kalau kita dah stabil, fokuskan terus niche kita.

        Btw, kalau nak mulakan 100% niche yang kita nak pun tak salah. Yakin boleh, usaha, doa dan tawakkal.

        1. terima bagi pandangan yang bermanfaat sekali..

          bear your mind…komen begini bukan untuk saya sahaja..

          tetapi untuk panduan blogger yang lain juga.

  13. Saya juga antara peminat blog bro nafi semenjak first time masuk ini mungkin kali ke berapa puluh saya lawat… Kalau tidak silap saya first masuk blog tuan yang cerita pasal bazar ramadhan ( betul rasanya yang ni takpun silap blog 😛 ) …. saya pown masih belajar macam mana nak tulis artikel yang mana bila pembaca baca tidak bosan dan sentiasa menarik… susah betul nak tulis blog berkualiti sebenarnya kan tuan… #Cari kualiti bukan kuantiti (Y)

    1. terima kasih bro Khairul..

      tak sangka juga ada yang berminat dengan penulisan saya yang seberapa ini..

      namun secara peribadi blog bro pun apa kurangnya

    1. ayat..mencekik ->takut

      anyway terima kasih kerana meminati penulisan..

      baru ada semangat sikit nak menulis..

      kalau macam tu..

      saya tulis blog setiap hari jelah..

      hehehe

  14. bila bacattg entry nie sy muhasabah balik. adakah blog sy dapat memberikan manfaat kpd pembaca.. susah nak kekalkan penulisan yang berkualiti.. apapun sy lebih suka penulisan blog yg santai namun mesej yg d’inginkan oleh pembaca jelas & padat.. terima kasih atas perkongsian.. 🙂

  15. Konten yang berkualiti bergantung kepada pemahaman kita terhadap makna kualiti. Iaitu memberikan apa yang orang mahu.

    Jika apa yang kita berikan sama dengan apa yang orang mahu atau harapkan, berkualitilah jadinya. Jika kita berikan lebih sedikit daripada apa yang orang mahu, ia naik jadi konten cemerlang.

    Untuk tahu apa yang orang nak, lebih mudah jika kita fokus pada sasaran pembaca yang jelas. Sebab itu blog yang niche jauh lebih mudah dari blog yang caca merba tak ada niche.

    Sekadar pendapat dua sen saya sahaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge