Telur ayam kegemaran admin. Dulu dan selamanya. Namun sejak kebelakangan ini, admin hanya mahu memilih telur ayam bebas antibiotik
Telur ayam bebas antibiotik atau juga dikenali sabagai telu ayam organik.
Mungkin ada yang nak tahu apa manfaatnya telur ayam yang bebas antibiotik ?
Sebelum tu, nak tahu juga..
Yang mana keluar dulu ?
Ayam ke ?
Telur ke ?
Rasanya tidak perlu jawab soalan tersebut.
Telur ayam dihasilkan ayam yang khas mengeluarkan telur sahaja. Oleh kerana ayam ini hidup dalam keadaan yang sempit dan tidak selesa maka berpotensi untuk mendapat penyakit adalah tinggi.
Para pengusaha ayam akan menyuntik antibiotik kepada ternakan mereka agar tidak mengalami kerugian jika ayam mati sebelum menghasilkan pulangan.
Dos antibiotik yang tinggi memberi kesan buruk kepada pengguna.
Tentunya pengguna boleh akan mendapat kesan tersebut dalam jangka masa panjang. Terutama kepada mereka yang menjadikan telur ayam sebagai menu wajib dalam setiap hidangan.
Itu baru telur ayam. Bagaimana pula dengan ayam itu sendiri.
Admin akui ramai yang suka makan ayam. Nasib baik admin kurang gemar makan ayam sejak dari dulu lagi. Jika nak makan sekali pun, cuma seketul dua sahaja.
Selepas itu dah rasa mual bagaikan isteri mengandung anak pertama. hehehehe..
Telur Ayam Bebas Antibiotik
Buat makluman semua telur ayam bebas antibiotik agak mahal. Admin beli 10 biji dengan harga RM4.80. Saiznya pula adalah gred D.
Oleh kerana hajat untuk menikmati telur yang bebas antibiotik terpaksa pejam sebelah mata dengan harga tersebut.
Sekiranya admin makan dua biji sehari, maknanya stok telur tersebut cuma bertahan lima hari. Bagaimana kalau 10 biji sehari.
Itupun masih murah juga berbanding bajet untuk makan dekat luar.
Untuk kesihatan, jangan kompromi sekiranya mampu.Tak mampu mungkin dengan cara yang lain.
Penutup
Telur ayam bebas antibiotik bukan keperluan mendesak juga. Terpulang kepada kita untuk memilih jenis yang lebih sihat atau tidak.
Sejujurnya rasa telur biasa dengan telur antibiotik seakan-akan sama. Tiada beza sangat kecuali kepada warna telur kuningnya.
Telur bebas antibiotik lebih cantik dan oren warnanya.
Telur biasa. Macam biasa juga. Warna kuning yang pucat lesi.
Itu sahaja perkongsian kali ini.
- Kemas kini 19/12/22
Ohh ada ye telur ayam jenis macam ni. Hmm macam2 skarang ni.
hasrul hassan recently posted…Melihat Sendiri Proses Cetak Quran Mushaf Malaysia di Nasyrul Quran
telur ini memang bagus tuan…
selain rasa yang sedap..kesihatan pula terjaga
makanan jimat duit..nasi putih+telur+kicap…sedap ooo
hahahaha..
betul- betul menjimatkan la telur.
malah telur ayam boleh divariasikan supaya makan tak lekang dek panas
harga agak mahal tapi kalau suka bahan yg pure takde tambahan antibiotik apa dsalahnya
tidak dinafikan …harga agak mahal namun ia adalah pelaburan kesihatan yang berbaloi
Boleh ganti dengan telur itik. Itik biasa ternak bebas. Mungkin sesetangah orang tidak suka, tapi bagi saya hampir sama sahaja rasa.
Telur itik susah juga nak dapat..
oh ya..
saya baru ingat nak makan telur ayam kampung pula selepas ini..
satu biji berharga RM0.70
Nak pergi cari juga lah telur macam ni
Noriza Rahman recently posted…Sambutan Hari Malaysia 2018 | Karnival Bersama Shaklee
ya…
silakan .
boleh cari di kedai yang ternama atau cold storage
makanan kegemaran saya telur ni….
alhamdulllah..
ramai juga peminat telur nie
Bagi yg mementingkan pemakanan sihat mmg patut jadikan sbg pilihan asas sblum makanan yg lain2. Telur ada antibiotik ni klu makan selalu boleh jadi ibarat racun dlm badan juga kan.. pilihlah telur organik walaupun sedikit mahal utk kebaikan kesihatan kita juga.
Khir Khalid recently posted…Melahirkan Mahasiswa Pemikir Reformasi Celik Era Globalisasi
telur organik agak ekslusif juga namun ia adalah satu pelaburan kesihatan yang berbaloi..
go for it tuan hahahahaha
bagus telur ayam tanpa antibiotik ni..risau juga baca tentang terlebih dos antibiotik dan kesan pada pengguna..eloklah beli yang lebih baik macam ni..sebab dah terbiasa beli telur yg pek 10 biji macam ni. rasanya tak beza sgt harga telur ni dgn yg biasa beli 10 biji tu
zara recently posted…Atasi Masalah Hati Berlemak Atau Fatty Liver Secara Semulajadi
kes lebih antibiotik mungkin jarang tetapi tidak mustahil boleh berlaku.
elok juga kalau sentiassa berhati-hati
setiap kali beli telur, saya pasti akan teringat telur tiruan yg di hasilkan di china…aduhhh mmg bimbang sgt kalau kena tipu
kes telur tiruan semaakin lenyap sekarang ini..
namun perlu juga berhati-hati selalu agar tidak terkena telur tiruan ini
Sama la kita tuan.
Memang penting untuk buat sikit selection berkaitan makanan ni.
Kesihatan ni memang mahal, kena jaga dari awal
alhamdulillah kalau ada cara pemikiran begitu..
saya suka dan saya setuju
baru tau beza telur biasa dan telus antibiotik
perbezaan dia tak begitu ketara juga
Dulu ana selalu beli yg organic tp bau dan rasa kuning dia tak best. Skrg beli yg biasa je.
memang tidak dinafikan ada kelainan sedikit..
tapi untuk lebih selamat pilihlah yang organik hahahaha
Macam ni rupanya telur organik dan bebas suntikan antibiotik. Takpelah kena pejam mata sekalipun. Yang penting, betul kata MH. Jangan kompromi dengan kesihatan.
yalah kan…
sebab kalau kurang sihat..kosnya sangat tinggi nak recovery semula
Mahal kan harga barang organik ni. Kalau boleh hari2 nak beli buah-buahan tapi harga memang mencanak..terpaksa tanam sendiri kalau nak makan..
memang terbaik kalau dapat tanam sendiri…
lebih jimat dan lebih puas pulak untuk makan
Anak teman, Kalau boleh hari-hari nak makan nasi telur goreng kicap…
wow…
tak pe.
telur ayam memang diakui amat berkhasiat
Info yang sangat bagus terutma bagi peminat telur macam saya. Nanti mau cari juga telur bebas antibiotik ni
aryn fadz lee recently posted…VITAMIN UNTUK MATA KERING
hahahaha…
ada juga peminat telur rupanya.
telur antibiotik memang best tau !
tak pernah tahu pun pasal antibiotik ni. tapi telur ayam memang bagus, banyak protein terutama yg putih
nikkhazami recently posted…Sinopsis Cik Reen Encik Ngokngek di Astro Ria
ini dinamakan inovasi dalam makanan..
telur pun ada bebas antibiotik
menarik…tak tahu mana nak dapat telur mcm tu kat melaka ni..
cari sahaja dekat shopping mall yang femes.
mungkin ada jual kot
Ohh baru tau ada yg bebas antibiotik. Selama ni tau yg organik sj. Bgus kita jga kesihatan dgn produk organik selagi mana blh nk elakkan.
Kauthar mohd recently posted…Promo Vita C Sustained Release Bulan Oktober 2018
sekarang macam-macam dah ada.
kalau tak mahu yang organik begini boleh juga mencuba telur ayam kampung tapi susah nak dapat
beli jugak, tapi beli untuk baby je. kami makan yg biasa je. tak tau la kan ada rezeki lebih banyak nanti bolehla beli yang ni.
Raihanah recently posted…Youth Restoring Eye Treatment Selesaikan 5 Masalah Mata
baby makan telur juga ke.
bagus sangat..
telur membekal nutrien yang penuh
Sedap sungguh ayam kampung ni. Naik selera.
ayam kampung liat je tuan..tetapi rendah lemak dan kolestrol