Mengapa Telur Ayam Bebas Antibiotik Menjadi Pujaan Hati

Telur ayam kegemaran admin. Dulu dan selamanya. Namun sejak kebelakangan ini, admin hanya mahu memilih telur ayam bebas antibiotik 

Telur ayam bebas antibiotik atau juga dikenali sabagai telu ayam organik.

Mungkin ada yang nak tahu apa manfaatnya telur ayam yang bebas antibiotik ?

Sebelum tu, nak tahu juga..

Yang mana keluar dulu ?

Ayam ke ?

Telur ke ?

Rasanya tidak perlu jawab soalan tersebut.

Telur ayam dihasilkan ayam yang khas mengeluarkan telur sahaja. Oleh kerana ayam ini hidup dalam keadaan yang sempit dan tidak selesa maka berpotensi untuk mendapat penyakit adalah tinggi.

Para pengusaha ayam akan menyuntik antibiotik kepada ternakan mereka agar tidak mengalami kerugian jika ayam mati sebelum menghasilkan pulangan.

WAJIB BACA :   Akhirnya G Shock hitam berjaya dimiliki

Dos antibiotik yang tinggi memberi kesan buruk kepada pengguna.

Tentunya pengguna boleh akan mendapat kesan tersebut dalam jangka masa panjang. Terutama kepada mereka yang menjadikan telur ayam sebagai menu wajib dalam setiap hidangan.

Itu baru telur ayam. Bagaimana pula dengan ayam itu sendiri.

Admin akui ramai yang suka makan ayam. Nasib baik admin kurang gemar makan ayam sejak dari dulu lagi. Jika nak makan sekali pun, cuma seketul  dua sahaja.

Selepas itu dah rasa mual bagaikan isteri mengandung anak pertama. hehehehe..

Telur Ayam Bebas Antibiotik

Telur bebas antibiotik

Buat makluman semua telur ayam bebas antibiotik agak mahal. Admin beli 10 biji dengan harga RM4.80. Saiznya pula adalah gred D.

WAJIB BACA :   Blog Buku Best Kini Dilancarkan

Oleh kerana hajat untuk menikmati  telur yang bebas antibiotik terpaksa pejam sebelah mata dengan harga  tersebut.

Sekiranya admin makan dua biji sehari, maknanya stok telur tersebut cuma bertahan lima hari. Bagaimana kalau 10 biji sehari.

Itupun masih murah juga berbanding bajet untuk makan dekat luar.

Untuk kesihatan, jangan kompromi  sekiranya mampu.Tak mampu mungkin dengan cara yang lain.

Penutup

Telur ayam bebas antibiotik bukan keperluan mendesak juga. Terpulang kepada kita untuk memilih jenis yang lebih sihat atau tidak.

Sejujurnya rasa telur biasa dengan telur antibiotik seakan-akan sama. Tiada beza sangat kecuali kepada warna telur kuningnya.

Telur bebas antibiotik lebih cantik dan oren warnanya.

WAJIB BACA :   Akaun Whatsapp Tak Dapat Buka

Telur biasa. Macam biasa juga. Warna kuning yang pucat lesi.

Itu sahaja perkongsian kali ini.

  • Kemas kini 19/12/22

Comments 42

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge