Kedey Kamek

Meratah ayam penyek Kedey Kamek Metrocity

Kedey Kamek Metrocity sudah berkali-kali saya pergi. Cuma kali ini saya datang tanpa berfikir panjang. Entah macam mana hati tergerak untuk meratah ayam penyek.

Dah tu makan sorang-sorang. Sengaja saya tak ajak orang rumah sebab nak dapat feel me time with food.

Eh terlupa la pulak…sayakan masih solo hahaha

Sebelum ke Kedey Kamek Metrocity saya sudah setkan menu dalam minda awal-awal.

Saya nak order nasi briani dan air mineral. Pengalaman yang lepas-lepas, nasi briani Kedey Kamek tidak mengecewakan.

Sampai sahaja ke restoran, fikiran saya berubah pulak. Perubahan minit terakhir memang mengejutkan. Tidak terlintas di hati dan tidak terjangka di minda.

Sedap mulut jer untuk order ayam penyek dan kopi tarik panas.

Mungkin kerana perut sudah lapar. Fikiran kurang pertimbangan. Nafsu pula menguasai akal. Saya tersungkur dan terliur dengan kelazatan ayam penyek Kedey Kamek.

Adakah saya menyesal ? Sudah tentu tidak.

Sebab apa-apa menu yang kita order di Kedey Kamek memang terbaik dan puas hati. Ohsem giler kata orang sekarang

Oh ya, saya akui jujur. Saya tulis artikel ini tanpa bayaran…Jadi artikel promosi ini secara bebas dan tulus.

Yang baik saya tulis. Yang tak baik sendiri simpan la. Adilkan…

Kedey kamek memiliki banyak cawangan seperti berikut :

Kedey Kamek Bangi
Kedey Kamek TTDI
Kedey Kamek Metrocity
Kedey Kamek Satok
Kedey Kamek Jalan Mendu

Untuk pengetahuan, istilah “Kedey Kamek” dalam bahasa Melayu Sarawak. Ia merujuk maksud kedai saya.

Apa yang saya suka dengan Kedey Kamek Metrocity tentulah suasana kedainya.Meja dan kerusi unik dan tersendiri.

Kedudukan meja dan kerusi ikut SOP. Persekitaran yang selesa dan aman. Tempat luas dan kelihatan cukup bersih.

Layanlah kalau bawa soulmate makan bersama. Baharulah menikmati hidup penuh sempurna. Makan bertentang mata dan berbalas senyuman ada makna.

Ok cukup..merapu pulak.

Layanan staff juga cepat dan pantas. Tempoh menunggu tidak lama dan ia juga bergantung keadaan semasa. Kalau ramai pelangggan dan order menu yang sama faham-faham sahajalah.

Perkara ini subjektif dan saya faham kerana pernah kerja di restoran sebelum ini. Bukan sebulan dua tetapi bertahun-tahun lamanya.

Ringkasnya masa menunggu tak perlu komplen. Saya bagi lima bintang.

Baiklah saya ceritakan detik-detik cemas saya meratah ayam penyek di Kedey Kamek Metrocity.

Belum sempat punggung saya panaskan kerusi, kopi tarik panas sudah datang.

Kopi tarik …lari dari diet sekali sekala

Fuh ! Rasa kopi serasi dengan krimer. Manisnya sahaja yang saya kurang berkenan.

Bukan silap mereka. Silap saya yang tidak remind awal-awal untuk minta kopi tarik kurang manis.

Sementara menunggu pesanan ayam penyek sampai, sempat juga mata saya melilau ke sana dan ke sini. Memerhati gelagat manusia sebagai pelakon realiti pentas dunia.

Kelihatan beberapa pelanggan makan berpasangan. So sweet la mereka.

Ada juga yang datang lone ranger macam saya. Kesian la dia.

Belum pun sempat minda saya melayang-layang, ayam penyek sudah terhidang di depan mata.

Kedey Kamek Metrocity
Gabungan mantap tu

Nah ! Apa lagi..

Masa meratah ayam penyek sudah bermula. Masa untuk beraksi dengan gagah bak arjuna pujaan ramai wanita ..hehehe..ayat jer lebih

Saya bermukadimah dengan pekena tempe dulu, timun dan daun yang dicelur. Entah daun apa saya tidak tahu,

Saya tidak sempat nak tanya dengan staff Kedey Kamek Metrocity yang comel-comel.

Gabungan bahan ini memang padu bila dicolek dengan sambal yang disediakan. Sambal tidak pedas dan saya memang suka jenis yang kurang pedas. Ada pulak jodoh selera kat situ.

Peha ayam saya raba dengan keterujaan. Nasi pula saya ramas dengan kemanjaan. Lupa akhirat buat sementara. Tenggelam dalam nikmat dunia tak terkata. Pergh,,,cakap pun tak guna..

Sesekali saya menghirup sup yang cukup ramuan. Terasa nikmat empat rasa di lidah tidak bertulang. Tidak masin dan tidak tawar. Pendek kata, serasi sehidup semati dengan tekak saya hahaha

saya belanja gambar close up…

Setengah sejam kemudian…

Nasi ayam penyek habis licin diratah. Secawan kopi tarik juga turut licin dihirup hingga titisan manisan terakhir. Alhamdulillah, perut kekenyangan tak boleh bawa bincang. Ular sawa melintas pun tabik spring sudah.

Sebelum mengakhiri cerita meratah ayam penyek Kedey Kamek Metrocity saya bagi pengakuan berani jujur. Saya berpuas hati tahap gaban.

Lebih menariknya saya bayar untuk rasa sedap, rasa selesa dan rasa santai cuma RM11.30. Berbaloi untuk duit dan masa pelanggan.

Semoga saya boleh datang kembali bersama soulmate pulak hehehe…(doa jangan putus)

Pembaca bila lagi ?

Maklumat lanjut boleh terjah di Page Official Kedey Kamek 

20 thoughts on “Meratah ayam penyek Kedey Kamek Metrocity”

  1. Hahaha…mula2 baca tadi tkejut juga – bila Mr Hanafi nikah…? kalau sdh ada calon, jgn tunggu lama2…hihihi.
    Saya doakan semoga Mr Hanafi bertemu pujaan hati, sooooon! 😉

    Reply

Leave a Reply to Zumal Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: