Persoalan Metafizik Dalam Islam Sudah Terjawap Dengan Pasti

Metafizik satu ilmu yang baru buat admin.Melalui ilmu metafizik kita boleh mengenalpasti potensi diri berdasarkan pola-pola nombor tertentu.Dengan pola nombor yang dikenali sebagai asas nombor, kita boleh nilai bidang dan kecenderungan yang boleh diceburi untuk berjaya.

Menurut sumber Wikipedia,

Metafizik merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek μετά (metá) (bermaksud “selepas”) dan φυσικά (physiká) (bermaksud “yang mengenai alam”), “yang mengenai alam” merujuk kepada karya purba mengenai alam oleh Aristotle.

Pening tak nak memahami maksud Metafizik.Begitulah keadaannya dengan admin baru-baru ini.Admin sebenarnya memang teruja untuk belajar dengan lebih mendalam.

WAJIB BACA :   7 artikel yang tidak disukai pembaca seluruh pelosok dunia

Cuma keinginan terus terbantut setelah meneliti satu video dalam Facebook tentang kewajaran ilmu Metafizik dalam Islam.Belajar tak salah tetapi taksub dengan ilmu tersebut yang akan menjadi persoalannya.

Jika sudah rasa was-was lebih baik tinggalkan sahaja.Kita tidak mahu ilmu yang tidak pasti boleh merosakkan akidah dan iktikad kepada Allah SWT.Langkah ini sebagai langkah selamat sahaja.Bukan suatu keputusan muktamad.Boleh juga dikatakan langkah berjaga-jaga sahaja.

Sebelum kita menonton video tersebut admin kongsikan beberapa pengalaman admin selepas mengetahui ilmu metafizik.

Berdasarkan pengiraan tarikh lahir, admin mendapat nombor asas 5 dan kod jutawan enam.Selain itu memiliki 8 jenis pola nombor yang sangat menarik.Nombor-nombor ini ada jadual dan ciri-ciri yang telah dikenalpasti.

Antara yang mencuit hati ialah admin dalam kategori golongan elit atau VIP.Berdarah bangsawan dan orang kenamaan.Jika tidakpun paling mudah untuk rapat  dengan golongan masyarakat atasan.

WAJIB BACA :   Nak bina rumah bersama tangga

Persoalannya mengapa admin hidup susah dan masih belum berjaya biarpun lahir dalam kategori elitis dan VIP.

Menurut ilmu dalam Metafizik kehidupan admin menjadi begini kerana admin zalim.Admin meletakkan taraf admin sebagai golongan marhean.Kebetulan pula admin masih berjuang untuk melepaskan diri kesusahan hidup menuju kehidupan yang kaya raya.

In shaa Allah.

Sebagai tambahan pendedahan tersebut, aura elit dan VIP admin masih kalah dan terus merosot kerana dilingkungi golongan masyarakat bawahan.Misalnya sekarang admin tinggal di bilik sewa murah.Masyarakat sekeliling pula golongan kurang berada dan biasa-biasa sahaja.

Lama-kelamaan admin dikatakan akan terus berada dalam situasi sukar dan semakin sukar.

Senario ini akan berubah sekiranya admin sanggup berubah.Ubah cara berfikir,pakaian,sikap,makanan dan serba serbi perlu ditukar  supaya boleh berada dalam golongan elit.

WAJIB BACA :   Tiga Hari Berjaya Bangun Pagi

Aamiin.

Sungguhpun begitu admin masih sangsi pulak bagaimana dengan penilaian tarikh lahir boleh tahu baik dan buruk nasib seseorang.Mungkin penilaian ini agak dangkal kerana admin belum arif lagi berkaitan ilmu Metafizik.

Menurut ilmu dalam metafizik, admin dikatakan memilliki kuasa deria ke-6.Deria ini boleh detect perkara negatif atau positif yang bakal berlaku.Admin rasa bersyukur kerana dikategorikan dalam golongan seperti itu.

Namun dalam masa yang sama hati admin terdetik juga, betulkah ilmu metafizik ini boleh menilai potensi seseorang.Jangan-jangan kena ‘kencing’ lagi.

Admin mencari di Google dan terjumpa satu video yang menjawab persoalan metafizik menurut pandangan Islam.

Jom kita sama-sama mencari jawapannya dalam  video tersebut.

*kemaskini 9 Mei 2020

Comments 11

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge