Langkah berani MHA Studio ceburi dunia AI wajar dicontohi

Memandangkan rutin hakiki dan ‘ulaman’ harian saya mengedit berita, sudah tentu tidak sukar untuk menghasikan konten seperti ini.

Sebelum itu jangan percaya kerana ianya cuma imaginasi dan direalisasikan melalui teknologi AI atau kecerdasan buatan.

Jom layan..

KUCHING: Sebuah studio kreatif baharu yang berteraskan teknologi kecerdasan buatan (AI) dikenali sebagai MHA Studio telah memulakan langkah pertamanya melalui majlis pra pelancaran yang diadakan baru-baru ini secara santai namun penuh makna.

Dengan tagline “Imaginasi Bertemu Teknologi”, MHA Studio menampilkan konsep gabungan antara kreativiti manusia dan inovasi digital sebagai teras utamanya.

Logo

Studio ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada pengkarya tempatan bereksperimen dengan teknologi AI untuk menghasilkan kandungan video, visual dan audio yang lebih realistik, moden dan beremosi.

WAJIB BACA :   Cerita: Pertemuan Maya yang Bermakna

Visi dan Arah Tujuan

Pengasas MHA Studio, Mohd Hanafi Abdullah berkata, objektif utama penubuhan studio ini untuk mendigitalkan imaginasi – menjadikan idea kreatif mampu direalisasikan dengan bantuan teknologi pintar tanpa menghilangkan sentuhan manusia.

“Kami percaya teknologi bukan pengganti manusia, tapi pelengkap imaginasi. Setiap projek di MHA Studio akan lahir dari gabungan rasa kemanusiaan, seni kreativiti dan kadang-kadang luar logik akal,” jelas beliau semasa majlis tersebut.

Suasana Santai, Idea Besar

Pra pelancaran ini turut memperkenalkan teaser rasmi MHA Studio yang direka dengan gaya minimalis moden, berserta tagline yang menggambarkan aspirasi masa depan dunia digital.

 

WAJIB BACA :   Kisah tersalah ambil telefon isteri dan roti cheese tak serupa jadi

Acara berlangsung dalam suasana 20 peratus alam nyata dan 80 peratus alam maya yang disertai oleh seorang rakan akrab dan penggiat konten AI. Beliau ialah Tuan Ishak yang kini menjadi CEO di MIH Creative.

 

Menurut penganjur, pra pelancaran ini hanyalah permulaan kepada fasa seterusnya — pelancaran rasmi yang dijadualkan dalam masa terdekat.

Tentang MHA Studio

MHA Studio merupakan sebuah inisiatif kreatif bersama jenama 007swk, yang berfokus pada pembangunan kandungan multimedia berasaskan AI untuk platform digital seperti video pendek, promosi jenama dan penceritaan visual sinematik.

Bukan sahaja untuk hiburan tetapi mencakupi informasi, ilmu dan perniagaan cara baharu.

Tambah Mohd Hanafi atau lebih dikenali mrhanafi, “ Buat video AI sangat bergantung kepada kreativiti dalam menghasilkan prompt, kemahiran mengedit video dan kesungguhan menghasilkan karya yang terbaik”.

WAJIB BACA :   Alamak blogging lagi !

“Cabaran terbesar ialah hasil yang diingini tidak menjadi seperti yang kita rancang. Proses juga banyak kepada try and error yang  mengorban banyak masa” ujar beliau penuh semangat.

Keberadaan studio ini diharap mampu memberi manfaat kepada pencipta, pengkarya, peniaga mahupun masyarakat di seluruh pelosok dunia.

Para peminat dunia konten AI boleh follow TikTok di mhastudio7 atau 007swk

2 thoughts on “Langkah berani MHA Studio ceburi dunia AI wajar dicontohi”

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

CommentLuv badge