Rahsia menjemput rezeki guna minda separa sedar [edisi kemas kini]

Webinar bersama Tuan Zuhairi Nopiah sudah berakhir.

Webinar kali ke ketiga sebagai pelengkap untuk pakej ebook 55 Rezeki Mengalir Tanpa Henti.

Jujurnya memang berbaloi membeli pakej ilmu begini.

Kini kami ada group tertutup di 55RR POSITIVE CIRCLE!.

Kita teruskan..

Dalam webinar terakhir ini Tuan Zuhairi berkongsi dengan kami tentang minda separa sedar.

Yang paling menariknya bagaimana kita boleh memasuki pintu minda separa sedar dalam ikhtiar menjemput rezeki.

Ada apa dengan minda separa sedar ?

Minda kita ini ada dua bahagian.

Ada minda sedar dan minda separa sedar.

Menurut kajian, minda sedar cuma 12 peratus manakala minda separa sedar adalah 88 peratus.

Minda sedar merupakan minda yang kawal aktiviti secara sedar.

Contohnya bercakap, jogging dan memasak.

Minda separa sedar pula kawal aktiviti badan tanpa kita sedar seperti bernafas, tidur, denyutan jantung dan sebagainya.

Kalau nak tulis di sini sampai esok pun tak habis hehehe.

Kehebatan minda separa sedar manusia tiada sesiapa pun boleh nafikan.

Minda ini berkapasiti sangat besar, sangat berkuasa dan sangat berpengaruh kepada manusia itu sendiri.

Boleh bayang tak keadaan iceberg.

Bahagian yang timbul cuma sedikit sahaja tetapi bahagian tenggelam sangat besar.

Minda separa sedar

Yang sangat besar itu boleh diibaratkan minda separa sedar

Sebab itulah manusia dipertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

WAJIB BACA :   Kuatnya Getaran Positif

Maha Suci Allah yang mencipta keajaiban manusia berbanding makhluk yang lainnya.

Sepertimana kata Tuan Zuhairi, jika ada dua orang berlawan dengan lapan orang sudah tentu mereka yang ramai akan menang berbanding mereka yang sedikit.

Sekarang minda apa yang perlu kita fokus?

Jawapan saya minda separa sedar.

Rata-rata menjawap sama macam saya.

Jawapan terbaik fokus keduanya sebagaimana menurut tuan sifu kami.

Bayangkan minda sedar ada 12 peratus dan ditambah pula minda separa sedar yang jumlah 88 peratus maka dapat kapasiti penuh.

Jika sudah tahu ilmu ini mengapa kita sia-siakan dalam usaha mengubah hidup dengan kuasa minda ( pastinya izin Allah SWT).

Kita teruskan perjalanan perkongsian ilmu hebat ini.

Sebelum ini Tuan Zuhairi pesan berkali-kali kepada kami.

Pilihan ada dua:

“ Life by default or design our life”

Sudah tentu saya pilih yang kedua.

Saya pilih untuk cipta jalan kehidupan saya sendiri.

Saya mahu hidup senang, mudah, bahagia dan ceria sepanjang masa.

Kalaulah begitu pilihannya, jom masuk pintu ke minda separa sedar dengan cara berikut dalam mencapai impian dan cita-cita.

1.Pengulangan

Sifat manusia mudah lupa. Ada sebab dan ada tujuan juga.

Untuk sentiasa ingat, kita wajar tulis dan ulang semula apa yang kita tulis. Perkara ini sangat penting untuk para pelajar.

Mereka belajar dengan baik tetapi ketika dalam peperiksaan boleh lupa pulak segala fakta, maklumat dan konsep yang diperlukan untuk menjawap soalan peperiksaan.

WAJIB BACA :   Pembaziran tenaga minda yang sia-sia

Atas sebab demikian, perlu ulangkaji.

Sama juga ketika kita ada azam dan impian. Ianya perlu diulang-ulang agar terus terpasak dalam minda separa sedar.

Teknik mudah untuk proses pengulangan guna LUA Dreamboard.

2.Ketenangan

Beruntung orang yang tenang. Hati yang damai dan fikiran yang lapang. Minda separa sedarnya boleh berfungsi dengan baik.

Cara dapat ketenangan untuk orang beriman tidak susah.

Hanya dengan mengingati Alllah hati jadi tenang.

Untuk mengingati Allah ada pelbagai cara.

Boleh dengan berzikir, membaca Al-quran, solat, istighfar dan selawat. Tepuk dada tanya iman.

Apa kaitan minda separa sedar dengan ketenangan?

Soalan yang bagus.

Apabila seseorang dalam keadaan yang tenang, dia dapat berfikir dan berimaginasi perkara yang elok-elok.

Tiada sangkaan buruk.

Tiada prejudis dan tiada khayalan yang bukan-bukan.

Apa yang kita rasa dan apa yang kita fikir setiap masa maka itulah akan terjadi.

Hanya orang yang berjiwa tenang dan fikiran damai boleh menarik rezeki yang baik-baik dalam hidup mereka.

3.Emosi

Emosi dengan ketenangan hampir sama.

Cuma dalam perkongsian ini dipisahkan agar kita lebih faham bagaimana minda separa sedar berfungsi dengan sempurna.

Pernah tak semasa zaman kanak-kanak dahulu kita mengalami satu peristiwa.

Ya, peristiwa ini sampai sekarang masih terkenang-kenang.

Tidak pernah luput dalam ingatan. Sentiasa segar dalam fikiran.

WAJIB BACA :   Perjalanan menuju kejayaan perlu motivasi dalaman

Pasti pernah kan?

Sebab apa.

Sebab kita menggunakan emosi ketika melalui saat tersebut.

Mungkin emosi yang sangat lucu, terlampau gembira atau teramat sedih.

Alasan disebalik ini semua kerana minda separa sedar telah merakam dengan baik.

Sekarang kita gunakan emosi yang positif pula untuk mencapai impian atau hajat ( sudah tentu dengan izin Allah).

Cuba atau buat sahaja.

Percaya nombor dua. Buat dulu baru tahu.

4.Persekitaran

Persekitaran yang baik akan membawa perkembangan minda yang baik juga.

Rakan-rakan yang baik dan ‘supportive’ juga termasuk persekitaran,

Jika ingin menjemput rezeki dengan mudah dan berterusan persekitaran perlu dijaga.

Mungkin tahap kebersihan di rumah atau pejabat.

Pastikan dalam keadaan kemas dan teratur agar minda berfungsi dengan lebih baik.

Persekitaran yang baik dan bagus merangsang minda untuk lebih baik.

Kesimpulan

Ada teknik berkesan untuk mencapai impian atau menjemput rezeki mengguna minda separa minda ini.

Tidak lain dan tidak bukan tentulah menggunakan LUA Dream Board. 

Teknik ini mengaplikasi empat pintu minda separa sedar yang kita bincangkan tadi

LUA atau Law of Universal Attraction adalah konsep yang paling tepat menggantikan LOA ( Law of Attraction) yang dipopularkan di barat.

Dengan LUA dan digabungkan dream board maka terhasil satu papan impian yang mesra minda dan menarik untuk dihayati setiap hari.

Jika ingin belajar lebih lanjut atau lebih mendalam bagaimana LUA Dream Board berfungsi sila layari LUA Dream Board  

  • Kemas kini 19/9/22

Comments 8

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge