Misi Utama Hero Borneo Team

Misi Utama Hero Borneo Team…Dah lama juga tidak kemaskini info tentang Hero Borneo Team.Mrhanafi agak sibuk baru-baru ini.Maklum sahaja mrhanafi masih makan gaji dan masa agak terikat dengan rutin harian.Risau juga kalau ada pihak yang sudah mengandaikan kami dah sejuk dalam menghangatkan arus viral di media sosial.Sebenarnya tidak.Aktiviti kami berjalan macam biasa .Cuma belum peringkat agresif dan gila-gila sahaja.

kad bisnes

Hero Borneo Team (HBT) tetap meneruskan misi utama kami iaitu membantu golongan usahawan menaikkan bisnes mereka.Kami membuat promosi untuk memastikan perniagaan mereka berada pada landasan yang betul.Kuasa promosi yang kami sediakan boleh mengangkat jenama syarikat atau bisnes mereka dalam media sosial dan seterusnya pengguasaan enjin carian seperti Google serta Yahoo.

Kami menggunakan platform media sosial dan digabung jalin dengan kuasa penulisan blog masing-masing.Keunikan yang kami sediakan ialah kerjasama 6 orang blogger otai di Sarawak dan Sabah untuk membuat promosi secara viral baik menggunakan Facebook,Whatsapp dan sebagainya.Tentu amat berbaloi menggunakan khidmat Hero Borneo Team kerana kepakaran promosi,penerbitan blog dan pemasaran cara viral.

Peluang begini perlu direbut sebaik mungkin oleh para usahawan untuk aktiviti pemasaran dan pengiklanan.Kami sedia membantu untuk aktiviti promosi melalui pakej-pakej tertentu.Terpulang pakej apa yang dihendaki oleh anda.Namun begitu kami memilih juga jenis perniagaan yang boleh kami bantu promosi.Ada yang kurang sesuai dibuat promosi secara media sosial.Kami perlu berhati-hati untuk menjaga reputasi dan jenama yang kami ketengahkan.

Sebab itu kami perlu bekerja keras untuk membina jenama di kalangan media sosial dan juga entiti perniagaan.Perjalanan Hero Borneo Team masih jauh.Biar apapun cabaran mendatang kami di HBT tetap untuk mendepani dengan semangat waja,gigih dan meluruskan niat untuk membantu golongan usahawan mencapai sasaran mereka.

Kejayaan mereka adalah kepuasan kepada kami.Malah kejayaan mereka itu sebagai penanda aras prestasi dan reputasi kami dalam mengkomersialkan Hero Borneo Team sebagai sumbangan mulia blogger dalam mewarnai dunia bisnes dalam era digital tanpa sempadan.

Mereka yang  berminat untuk mendapat khidmat promosi HBT boleh hubungi kami di heroborneoteam@gmail.com atau terus ke laman Fanpage Hero Borneo Team  ataupun ke minisite Anda Berimpian Kami Laksanakan.

(Visited 25 times, 1 visits today)

10 thoughts on “Misi Utama Hero Borneo Team”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge