Petua Mudah Untuk Bangun Pagi Dan Mitos Untuk Ramai Orang

Bangun pagi yang dimaksudkan di sini bukan pagi yang dah nampak matahari.Bangun pagi yang sebetulnya sekitar jam 3 pagi sehingga 5 pagi. Dalam erti kata yang lain bangun pagi sebelum subuh.

Saya masih berusaha untuk bangun pagi. Saya harap pembaca lebih baik dari saya.Lebih awal dan lebih mudah.

Diakui bangun pagi punyai cabaran besar.Lebih besar cabaran apabila tidur di tempat yang sangat selesa, sejuk dan ada seseorang di sebelah.Orang solo atau single lain cerita la.

Saya tinggalkan cerita tersebut.Saya hendak kongsikan petua untuk mudah bangun pagi.Petua ini saya perolehi dalam buku The Monk Who Sold The Ferarri.Mari kita cuba dan usahakan.Doakan juga saya berjaya juga untuk mengikuti petua ini dengan sebaik yang mungkin.

Mudah bangun pagi

1.Kurang makan

Bab makan saya boleh lepas walaupun kebiasaan saya makan dengan kerap dalam sehari.Saya makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.Lebihkan sayur-sayur dan buah-buahan.Nasi,daging dan ikan memang sangat minima sekali.

Saya pernah tidur ketika perut lapar namun liat juga nak bangkit pagi.Saya pernah juga tidur ketika perut kekenyangan namun masih liat juga nak bangun pagi.

WAJIB BACA :   Gaji minimum baharu bakal diketahui tahun 2022

Alahai.

Mengikut teori tersebut, orang yang kurang makan akan mudah untuk bangun pagi.Betul tak ?

2.Banyak membaca

Bagi mereka banyak membaca macam saya tidak juga mudah untuk bangun pagi.Membaca banyak menyebabkan otak semakin aktif dan tidak mudah dijinakkan untuk tidur.Akibatnya sukar tidur dan sukar bangun hehehe.

Untuk hal demikian saya perlu banyak lagi membaca.Gandakan usaha supaya dapat membaca lebih banyak bahan bertulis yang baik dan berkualiti supaya mudah untuk bangun pagi jika bersandarkan kepada teori tersebut.

3.Kurangkan perasaan risau

Ini kelemahan saya yang wajib ditamatkan segera.Perasaan risau tidak bertempat boleh menjejas kualiti tidur.Kesannya tidak dapat nikmat deep sleep.Masa untuk bangkit awal pagi jadi masalah.Inilah rasionalnya.

Cuba tidur dalam keadaan tenang dan bangun nanti juga dalam keadaan tenang.

Apa yang berlaku pada hari ini sangat mengganggu aktiviti harian.Lambakan informasi dan hiburan dalam media sosial memenuhkan minda setiap hari.Jadi otak sentiasa berfikir dan berfikir tentang perkara tersebut.

WAJIB BACA :   Keajaiban lepas berbakti dengan ibu....Kisah benar, wajib baca !

Ini tabiat kurang baik termasuk saya suka memikirkan kejadian keesokkan hari.Terlalu asyik berfikir sehingga tidur tidak nyenyak dan akhirnya tidak mudah untuk bangun pagi.

Salah siapa tu?

4.Menjadi lebih sabar

Sukar juga saya nak kaitkan dengan mudah bangun pagi melalui konsep lebih sabar ini.Setahu saya, masa bangun pagi adalah jihad terbesar menentang nafsu tidur.

Mata kata “ tidur lagi dan terus sahaja tidur”

Hati jawap “ bangun dan bangun sahaja untuk menikmati hari yang indah”

Kesabaran hati untuk melawan mata memberi kejayaan untuk bangun pagi.Di sinilah letakkan kesabaran hati untuk memujuk mata agar melupakan nikmat tidur yang telah kita nikmati semalaman.

Will power mesti kuat.Jika lemah pasti kalah.Jika tidak sabar pasti kalah.

Berjaya bangun pagi adalah kejayaan kepada hidup seseorang.Kalau berdasarkan pengalaman sendiri, belum berjaya bangun pagi boleh dikatakan belum berjaya dalam hidup.

Betul tak ?

5.Menjadi lebih penyayang

Saya terfikir juga apa kaitan lebih penyayang dengan mudah bangun pagi.

Saya kaitkan dengan orang yang berjaya bangun pagi ialah orang yang penyayang dengan diri sendiri dan orang lain.Mungkin bangun awal untuk solat malam atau ritual mengikut kepercayaan agama masing-masing.

WAJIB BACA :   Amalan tarik rezeki yang mudah

Itu terpulang.

Menjadi penyayang dengan mencari orang tersayang untuk tujuan tertentu.

Itu juga terpulang.

Saya tidak tahu untuk mengulas lebih lanjut lagi kerana banyak perkara yang tidak dapat diimaginasi pada waktu tersebut terutama kepada orang yang sudah berkahwin.

Petua tambahan

Yang ini paling mudah dan paling susah juga.

Tidur awal.

Adakah dapat bangun awal ?

Secara dasarnya memang dapat dan boleh diyakini kerana tidur awal membolehkan bangun awal juga.Saya pernah mencuba dan percubaan saya belum berjaya sepenuhnya.

Saya pernah tidur pukul 9.30 malam dan bangun pula dekat subuh.Sasaran tidak tepat.Boleh cuba lagi dalam beberapa hari yang akan datang.

Kesimpulan

Marilah berusaha untuk bangun awal seawal mungkin.Jadikan misi bangun awal adalah misi berjaya atau sebaliknya.

In shaa Allah pasti boleh dan semoga berjaya buat saya dan pembaca semua.

Tolong share jika rasa ianya bermanfaat atau follow saya di Facebook  atau Channel Telegram 

Comments 12

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge