Apa Yang Ada Dengan Telefon Nubia M2 Lite ?

Nubia M2 Lite adalah telefon pintar kelas pertengahan. Alhamdulillah admin berpeluang untuk membeli telefon pintar ini. Harga yang ditawarkan cukup menarik dan spefikasi yang cukup mengujakan.

Sejujurnya admin bukan peminat dengan jenama terkenal. Kalau terbeli kira beruntung juga.

Admin sudah merancang lama untuk membeli telefon baru. Kali terakhir admin membeli telefon jenama Alcatel pada bulan Jun 2015 dahulu.

Telefon masih tip top. Cuma baterinya baru sahaja ditukar. Kini tetap digunakan sebagai telefon kedua.

Atas keperluan kerja yang  cukup ‘heavy’ dengan kelajuan internet maka admin pejam mata sahaja untuk sembat Nubia  M2 Lite  yang berharga RM499.

Pernah terdengar tak jenama ZTE.Itulah syarikat pengeluarnya. Telefon ini adalah buatan China yang sebaris dengan jenama Oppo dan Vivo.

Memandangkan ada promosi 50 peratus telah menggerakkan admin membeli dengan segera. Jika setahun yang lalu harga Nubia M2 Lite RM999. Biasalah kalau sudah setahun memang wajar juga harga diturunkan.

Apa yang best sangat dengan dengan Nubia M2 Lite ?

Admin tidak kisah apa apapun spefikasinya.Maklumlah orang tua.

Lain la orang muda seperti Nik Khazami yang terer dalam bab mereview teknologi telefon.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Pengurusan Masa Paling Baik

Reka bentuk

Orang tua  seperti admin agak terkejut juga dengan rekabentuk luaran yang sangat kemas. Nipis namun kukuh. Warna hitam salutan emas yang menampilkan gaya kemewahan.

Dengan saiz paparan skrin 5’5 inci memang sedap mata memandang. Sekiranya skrin terlalu besar tak best juga. Terlalu kecik tak puas pula.Jadi skrin 5’5 inci kira cun dan ngam la kata orang sekarang.

Teknologi kamera

Nubia M2 Lite dilengkapi dua kamera depan dan belakang dengan resolusi yang tinggi. Kamera depannya mempunyai 16 Megapiksel manakala kamera belakang pula ada 13 Megapiksel. Bagi admin yang sudah tua tidaklah teruja sangat dengan teknologi kamera telefon. Buat masa sekarang jarang pulak nak pakai.Apatah lagi nak berselfie.Mungkin ada awek barulah rajin nak selffie kot.

Saiz storan

Yang ini admin ambik pusing sedikit.Nubia M2 Lite memberi internal 3GB RAM dan 64 GB ROM. Malah boleh support sehingga 128 GB memori ekternal.Telefon admin yang terdahulu ada 8GB belum guna habis lagi.Ada lebih kurang 10 ribu gambar dalam tu. Bayangkan kalau guna 128GB ?

WAJIB BACA :   Apakah ketakutan terbesar dalam hidup ini ?

Jenis prossesor

Sekali lagi admin yang tua ini tidak kisah pun jenis prossor berikut:

MTK MT6750

Quad Core ARM Cortex A53 1.5GHz

Quad Core ARM Cortex A53 1.0GHz

28nm HPM Process

64-bit

Network coverage

Admin memilih Nubia  M2 Lite kerana boleh support 4G.Lihat spekasi berikut :

GSM 850/900/1800/1900

CDMA 1x&EVDO 800

TD-SCDMA B34/B39

TD-LTE B38/39/40/41

WCDMA 850/900/1900/2100

Entah apa-apa yang mereka bagi.Setakat ini admin ada rasa peningkatan kelajuan internet.Sekejap sahaja loading dah sampai tempat yang nak tuju,

Begitu juga dengan penggunaan Hotspot Wifi. Maaf ya . Admin tidak guna Unifi kerana admin tinggal di bilik sewa murah.

Sistem Operasi

Niat dihati nak guna Android 7.Rupanya Nubia M2 Lite guna seperti berikut :

nubia UI 4.0(based on Android M)

NeoVision 6.0

Bolehlah.Janji boleh pakai.Lagipun dah beli.Tak akan menyesal kot.Cuma admin tak pasti boleh upgrade ke tidak,Kalau boleh kira bagus sangat.

Jenis bateri

Memandangkan telefon ini  sangat nipis memang sesuai  juga guna Non-removable  bateri Lithium-ion polymer berkuasa 3000mAh(typ).Kira bagus juga tu.

WAJIB BACA :   Transfomasi Blog Bulan Mac 2016

Admin masih cuak nak guna telefon yang ada bateri melekat seumpama ini. Kalau bateri sudah luput terpaksa buka habis dan hantar ke kedai.

Jenis yang boleh cabut lebih mudah.Jika nak tukar boleh buat DIY.

Kelebihan lain

1.Pengimbas jari

Setakat ini admin belum cuba lagi.Masih geli geli nak cuba barang baru sebegitu.

2.Sensor

Sangat sensitif.Untuk kegunaan gambar selfie sangat best. Dengan gerakan senyuman pada muka sudah cukup untuk shoot gambar kita. Senyum dan tangkap gambar.

Penutup

Setakat artikel ini ditaip, itu sahaja pemerhatian admin kepada Nubia M2 Lite.Sekiranya sudah menggunakan selama sebulan barulah boleh review secara tepat dan lengkap.

Jika ada pembaca nak membeli Nubia M2 Lite atau yang sekeluarga dengannya suruh pekerja kedai pasang siap-siap sim kad.

Sebab admin pada mulanya memang terkial-kial nak pasang kerana tempat kadsim sangat kecil dan kurang mesra pengguna.

Kalau dah beli online boleh cuba sendiri kerana admin tahu pembelinya nanti bukan orang tua seperti admin. Sebaliknya orang muda yang sudah semestinya lebih pakar dalam mengendali gajet yang berteknologi tinggi.

Jika beli kat kedai boleh ‘ramas-ramas’ dan ‘pegang-pegang’ dulu sebelum membayar.

  • Kemas kini 13/6/23

Comments 8

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge