Pengalaman guna blog WordPress AMP

Pengalaman guna blog WordPress AMP

Ini pengalaman guna blog AMP tempohari.Baru-baru ini saya beralih dari blog responsif ke blog AMP.Saya buat semata-mata untuk tambah kelajuan yang sedia ada.

Saya korbankan beberapa hari untuk mengkaji perubahan tersebut.Alhamdulillah saya sudah merasai sendiri kesan baik dan kesan buruk.

Kesan baik:

Pexels / Pixabay

1.Blog laju berserta ringan loading

Boleh rujuk hasilnya dalam artikel cara lajukan blog sepantas kilat.

Kelajuan boleh berada bawah satu saat.Bila difikir balik buat apa laju sangat.Sekitar 4 saat dan bawah 8 saat kira memadai juga.

Blog sahaja laju tetapi akses internet perlahan tak boleh juga jalan.Berpada-pada sahaja untuk kita yang berapa di kawasan 4G.

2.Belajar banyak perkara baru

Oleh sebab saya telah telah merosakkan blog sendiri, mahu atau tidak saya mesti bertanggungjawab.

Untuk perbetulkan balik saya belajar tentang kod-kod CSS, AMP dan Java script.Pasti sangat berbeza dengan bahasa html yang ada dalam Blogspot.

Saya banyak terokai  Plug in dalam WordPress.

Saya juga belajar tentang selok belok teknikal Google seperti Google Analytic, Kod Adsemse dan sudah semestinya bahasa Inggeris.Susah untuk jumpa rujukan dalam bahasa kita.hehehehe

Kesan buruk :

377053 / Pixabay

1.Kod Adsense terjejas teruk

Dahlah saya baharu sahaja dapat akaun Adsense.Running beberapa hari dan mula membiak.Nasib baiklah dapat settle semula.Itupun ambil masa juga

Dengan penukaran blog kepada AMP, iklan Adsense tidak dapat dipaparkan seperti biasa.

Nasib baik masih peringkat permulaan sahaja  dan saya juga menemui cara pemasangan akaun Adsense menggunakan plug in.Ianya lebih mudah.

Cuma blog Obses Buku ada pasang jaring Adsense setakat ini.

2.Google Analytics tidak berfungsi

Penukaran dari blog yang biasa ke AMP menyebabkan kod Google Analytics tidak dapat dibaca.

Saya hanya membaca pergerakan trafik blog ini dari Jetpack.Boleh la daripada tiada.

Memang ada option dalam AMP namun saya tidak mampu memasang dengan baik.

Saya cuba beberapa kali dan hasilnya belum berjaya.

Kesimpulan

Kini blog saya kembali ke keadaan asal.Belum bersedia untuk berubah buat seketika.

Dari scenario ini saya boleh ambik iktibar bahawa jangan terburu-buru untuk mengubah sesuatu yang sudah stabil.Lainlah kalau sudah ada masalah.

Banyak perkara yang telah saya hadapi dan alami.Bukan setakat aspek teknikal semata-mata, sebaliknya pengurusan emosi dan minda itu sangat penting.

Ternyata juga saya belum berjaya untuk mengawal ketenangan fikiran dan kedamaian emosi setelah tidak dapat apa yang kita ingini.

Tahun 2020 saya cuba yang terbaik tentang perkara ini.IN shaa Allah,

Semoga ada manfaaat dan terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca.Jangan lupa share atau subscribe channel Youtube saya.

2 thoughts on “Pengalaman guna blog WordPress AMP”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: