Pengalaman House Husband Sepenuh Masa

Pengalaman Jadi House Husband Sepenuh masa…Salam dan selamat sejahtera.Terlebih dahulu bukan niat nak menunjuk.Jauh sekali nak rasa membuka pekung di dada.Lebih lebih lagi perkara yang melibatkan urusan rumahtangga.Namun perkongsian ini nak mendedahkan kepada kaum suami diluar sana bahawa bukan mudah untuk menggantikan peranan kaum isteri mengurus hal rumahtangga.

House husband sepenuh masa ialah gelaran kepada suami yang tidak bekerja.Sebaliknya berada di rumah seperti menjaga anak,memasak,mengemas rumah dan apa jua aktiviti yang ada dalam rumahtangga.

Saya berpeluang merasai sendiri pengalaman jadi house husband sepenuh masa setelah bercuti 4 hari dari rutin kerja.Sebelum itu pun memang membantu isteri mengurus rumahtangga secara separuh masa.Ia sudah saya lakukan sejak hari pertama perkahwinan sehinggalah ke hari ini.

Tidak timbul rasa jangkal atau pelik.Alah tegal alah biasa bak kata-kata orang tua.Namun kali ini agak istimewa kerana tugasan rumahtangga saya lakukan secara penuh masa.Dari terbitnya matahari pagi sehinggalah terbenamnya matahari senja.Dah terkeluar pulak bahasa sastera.

Awal pagi saya sudah menyediakan sarapan untuk anak dan diri sendiri.Kadang kala membeli kuih muih.Rutin saya biasanya memasak sendiri.Kaedah ini lebih puas dan berbaloi untuk duit yang dikeluarkan.Lagipun tahap kebersihan kita yang tentukan.Saya cerewet tentang kebersihan makanan.

house husband

Habis sahaja sarapan, saya akan memandikan anak bongsu yang berumur 4 tahun.Menyediakan pakaian untuknya serta mengemas apa yang patut untuknya.Selepas itu menjadi pengasuh kepada anak sendiri dari pagi hinggalah waktu malam.

Tugas seterusnya ialah membasuh dan menyidai pakaian.Nasib baik ada mesin basuh.Lebih mudah kerja saya.Jarang sekali  membasuh secara manual.Seingat saya ketika zaman bujang memang ada.Dah lama dah.

Setelah siap kesemuanya barulah dapat berehat seketika.Tak boleh lama kerana kerja-kerja menyapu dan mopkan rumah perlu dilakukan segera sebelum waktu tengahari.Rumah memang sentiasa bersepah kerana ada anak kecil dan ia akan berterusan sepanjang masa.Jadi jangan hairan banyak masa digunakan untuk mengemas rumah sebelum ia disepahkan semula.

Selesai mengemas rumah maka masa untuk memasak sudah tiba.Jika banyak lauk tentunya banyak pula masa diperlukan.Nak jimatkan masa, elok sangat memasak secukupnya .Tak banyak dan tak la terlalu sedikit.

Lauk pauk tengahari paling bagus terus dihabiskan.Ini memastikan kesegaran makanan tersebut berada pada tahap maksimum.Makanan yang dah dimasak dan dibiarkan terdedah pada suhu bilik yang melebihi 6 jam boleh menyebabkan  makanan tersebut berpotensi untuk tercemar.Mentang-mentang lah saya nie, kerja dalam industri makanan maka tahap kepekaan terhadap kualiti makanan tidak dapat dinafikan.Tahu tak ape.

Habis sahaja makan tengahari tentunya pinggan mangkuk bertimbun.Alamak kerja membasuhlah pulak.Kerja ini akan saya lakukan sebelum mengerjakan solat zuhur.

Saya bernasib baik kerana hanya ada seorang anak sahaja yang masih kecil.Bayangkan jika ada 3 orang anak yang kecil dan sangat aktif ketika makan.Sudah tentu rumah akan bersepah menggunung tingginya.

Hari pun dah petang.Azan waktu asar sudah berkumandang.Seusai solat asar saya akan mengambil pakaian yang telah dijemur diampaian.Proses lipat melipat pakaian sudah tentu ambik masa juga.Jika dibuat secara santai tak terasa sangat kebosanan melipat pakaian.Elok juga melipat kain baju sambil layan Facebook atau Whatsapp.

Menjelang maghrib si kecil akan diberi mandi semula dan kemudiannya persiapan makan malam perlu dilakukan secepat yang boleh.Ia sangat penting kerana waktu maghrib sangat singkat.Jika terleka maka boleh terlajak waktu untuk solat.Peringatan ini khas untuk kaum wanita muslim diluar sana.

Akhirnya selepas waktu Isyak barulah saya ada masa lapang.Boleh buat apa-apa aktiviti termasuk menulis blog.Paling tidak pun boleh menarik nafas lega setelah seharian mengurus rumahtangga.Hakikatnya tugas ini akan bersambung dan berlangsung tanpa henti dalam 365 hari setahun.Kasihankan wahai surirumah sekalian.

{sekilas pandang}

Bohonglah kalau saya katakan house husband sepenuh masa itu tak letih,bosan,stress dan apa sahaja perasaan yang berunsur negatif.Nasib baik cuma 4 hari.Kalau 4 minggu atau 4 bulan ataupun 4 tahun sudah tentu rambut di kepala saya akan bertambah uban atau gugur satu persatu.

Pada ketika ini saya tabik spring kepada rakan blogger saya iaitu Tuan Hasrul Hassan yang kini sudah menjadi House Husband.Beliau ialah penulis blog terkenal www.hasrulhassan.com

Namun begitu ada tersirat perkara baik iaitu masa bersama anak-anak lebih baik banyak.Kasih sayang kita dan didikan lebih fokus serta sempurna.

Ternyata fitrah dan naluri wanita lebih sesuai untuk menjadi surirumah sepenuh masa.Kaum lelaki pula seafdalnya pencari rezeki sepenuh masa.

Sebagai kaum suami janganlah berat tulang membantu kaum isteri mengurus rumahtangga.Biarpun separuh masa ia amat bermakna untuk mereka.

Jika ada pendapatan lebih, carilah pembantu rumah yang cantik amanah untuk meringankan tugas surirumah.Dapatkan kaum isteri meluang banyak masa untuk layan suami dan anak-anak.

Seandainya kewangan jadi penghalang apa kata Jom Sertai Projek Duit RM50 agar fenomena house husband sepenuh masa bukanlah suatu kenyataan dalam hidup ini.Bukan tak nak tapi tak mampu kaum suami memikul peranan mengurus rumahtangga sebaik kaum isteri.

Projek Duit RM50

(Visited 36 times, 1 visits today)

40 thoughts on “Pengalaman House Husband Sepenuh Masa

  1. saya penat kala anak tambah dua yang kecil susu badan perlukan masa untuk buat kerja dengan awal kena bangun awal dari mereka dahulu.

    tapi kalau saya sakit saya buat mana larat selalu sakit saya akan baring lama atas katil mujur suami sedar sebabitu tabiat saya tak boleh buat kerja tunggu sihat sikit barulah lincah buat kerja rumah. terkadang paksa juga macam sekarang ini tak boleh manja diri sangat sebab 2 anak perlu fokus mana done akan cepat uruskan mana kerja bolehtangguhkan kita biarkan dahulu.

    tak semua orang ringan tulang membantu pasangan kalau dapat cukup mudah kerja isteri. kata orang hanya yang tahu dan alami sahaja akan tahu betapa penat kerjaya suri rumah banding kerja makan gaji .wahualam

  2. Yang penting jangan sampai tangungjawab sebagau suami terabai dengan memberi nafkah kepada isteri dan anak. Jangan sampai Isteri tanggung suami sebab perempuan kan kalo marah comfirm mengungkit.

  3. Mummy ada kawan yang sepenuh masa menjadi Full Time House Husband.. mula2 memang susah kot sebab depress dgn orang kata, nak menguruskan semua kerja umah, jaga baby yg masih kecil .. apa2 pun mental kena kuat. Sekali sekala jadi House husband ni bagus jugak.. baru tau bukan senang nak jadi wanita ni.. hehehe

  4. saya setuju dari segi fitrah lelaki kurang sesuai utk jadi house husband sepenuh masa. lainlah kalau yang bekerja dari rumah (work-at-home-dad). setakat bantu urusan rumahtangga memang takde masalah, cuma kalau hanya isteri saja yang bekerja menyara keluarga untuk jangka panjang, dari sudut psikologinya akan ada efek pada kekeluargaan n juga jiwa suami tersebut.

    • saya tahu inilah yang boleh memberi kesan psikologi kepada insan bernama suami..memang tak best mengharapkan duit isteri..kalau isteri harap duit suami memang ok la tu.

  5. Bila kita sudah alami barulah kita akan rasa bagaimana letihnya isteri dirumah menguruskan rumah tangga dengan pelbagai aktiviti dan kerenah anak-anak..

  6. Perkongsian pengalaman yang baik. Syabas kerana menjadi suami mithali.
    Masing- masing ada kekuatan tersendiri. Dalam fiqh perkahwinan pun menjelaskan bahawa tugasan ketika di rumah sepatutnya menjadi tugas laki-laki. Maka, apabila kita turut membantu, pahala yang sama akan mengalir juga.

  7. Kalau saya jadi surirumah sepenuh masa, saya nak lakukan aktiviti2 lain juga yang boleh mendatangkan income…
    Kadang2 buat juga macam tu, cuti beberapa hari (selalunya masa cuti sekolah), just duduk rumah diam2 and spend masa dengan anak2…best

  8. Memang itu semua kerja dan tanggung jawab suami sebenarnya. Tanggung jawab isteri hanya layan suami saja. Tapi sekarang dah terbalik sebab ramai suami lupa dan buat-buat lupa apa yang di amanahkan. Bagi isteri yang bekerja duit gaji isteri pun di usik sekali. Yang suri rumah sepenuh masa pula patut di beri elaun khas sebab membantu suami melakukan kerja-kerja tersebut. Jangan pula kata kalau macam tu baik tak payah kahwin. Fahami dulu tanggung jawab .Isteri tak berdosa pun tak buat semua tu 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge