Nak baca buku atau layan media sosial ?

Cabaran paling hebat sekarang ialah ramai tidak berminat membaca buku. Minat kebanyakkan orang sudah beralih arah kepada media sosial. Kalau tidak percaya cuba tanya diri sendiri. Beri dua pilihan. Pilih A baca buku dalam masa 30 minit. Pilih B pula layan media sosial 30 minit juga. Yang mana mahu dipilih. Jawablah dengan jujur dan jawapan itu … Read more

Jiwa kacau atau hati tenang

Saya faham istilah jiwa kacau bukan terlalu asing buat kita semua. Apatah lagi istilah hati tenang. Antara hati tenang dan jiwa kacau sudah tentu semua mahu pilihan pertama. Yakni hati tenang. Hati tenang anugerah terhebat dari Allah kepada hambaNya. Bagaimana untuk mendapatkannya? Tidak lain dan tidak bukan dengan mengingati Allah sama ada melalui solat, baca … Read more

Cerita secawan kopi dan cuti 3 hari

secawan kopi

Ketika coretan ini ditaip, saya masih bercuti yakni hari terakhir percutian. Percutian saya tidak jauh. Bercuti dalam rumah sambil menikmati secawan kopi. Ikut rasa mahu mengopi di kedai kopi hipster namun tidak terdaya untuk berbuat demikian. Mungkin saya teringat kata-kata ini, “ ikut rasa binasa dan ikut hati mati ” Saya ambil keputusan untuk bercuti saja … Read more

Kerana tiga kawasan ini akses telefon berada di luar liputan…

Biar saya jelaskan. Tajuk kali ini mengelirukan dan kekeliruan tersebut akan terlerai jika anda baca sampai ke penghujung. Telefon pada masa ini tidak ubah seperti bayang-bayang sendiri. Mana tidaknya, ke mana kita pergi ke situlah telefon tetap dibawa bersama waima jamban sekalipun. Tidak semua tetapi pasti ramai berbuat demikian. Telefon zaman IT sudah hilang fungsi asal. … Read more

Kebaikan dan kelemahan anak ramai

Ini adalah pandangan peribadi. Orang kata sekadar pendapat yang tidak ada kaitan dengan diri sendiri atau orang lain. Saya mempunyai tiga orang anak. Jumlah ini boleh dikatakan ramai juga kerana lebih dari dua orang. Jumlah yang ideal untuk bilangan cahaya mata ialah dua orang yakni sepasang. Ada lelaki dan ada perempuan. Kalau ada begitu maka … Read more

Cerita tentang masa, wang dan kereta

Tidak dinafikan banyak penulisan saya berkaitan dengan masa. Sebab masa itu umpama nyawa. Lebih berharga dari emas dan permata. Saya antara insan yang terkesan dengan pengurusan masa yang kurang efisien. Jika masa terbuang, maka banyak rancangan dan jadual bisa tergendala. Semalam atau lebih tepat 1 September 2023 saya menghantar kereta ke bengkel untuk penyelenggaraan tayar. Masuk ke … Read more