Kerjaya Perunding Takaful Pilihan Terbaik Di Sarawak

Sukacitanya saya bercerita tentang pasaran dan potensi di Sarawak.

Kerjaya perunding takaful pilihan terbaik kepada mereka yang meminati cabaran.Mereka suka membantu orang.

Paling penting cekal.

Cekal luas maksudnya.

Yang paling dekat tidak berputus asa.

Orang cekal berjuang mencipta kejayaan.

Sudah tentu mereka ini bukan jenis hati tisu.

Pantang untuk mereka yang mudah kecewa atau suka menangis dihujung bucu katil.

Berita baik.

Saya ambil keputusan drastik

perunding takaful

Saya akan menulis cerita takaful.

Sebab saya selalu diasak dan digasak soalan oleh kawan-kawan dunia realiti.

“Mrhanafi,awak kerja apa?”

Saya kerja blogger.Saya menulis tentang kehidupan.

“Mrhanafi awak jual barang apa dalam blog ?”

Soalan begini pun bertubi-tubi ditanya.

Saya jawab mudah.

Saya kata saya jual buku,ubat jamu dan sebagainya.

Saya pun terfikir.

“Why not i wrote about takaful”

Saya ambil keputusan untuk menulis takaful.

Saya tulis untuk saya faham.

Dah faham senang la saya terangkan kepada masyarakat diluar sana.

Khas untuk mereka terutamanya orang yang suka bertanya apa yang saya tulis dalam blog.

Beginilah jawapannya apabila ada orang tanya..

“mrhanafi awak tulis apa dalam blog?

Saya menulis kepentingan takaful.Tanpa perlindungan takaful seolah-olah ada sesuatu yang ‘missing’.

Mungkin dalam kehidupan kita pada hari ini.Mungkin masa yang akan datang.

Siapa yang sudah ada ambil takaful baik untuk pakej asas atau medical card boleh dikatakan seorang yang bijak dan ada wawasan dalam hidup.

Boleh ‘peace of mind’

Terima kasih kepada brother and sister yang kini menceburi bidang takaful.

Mereka ada tugas yang murni.

Tugas perunding takaful mendidik dan membina kesedaran.

Malah memberi khidmat jangka panjang kepada para pelanggan.

Tak berlaku bermusibah para pencarum takaful boleh mendapat kembali duit mereka setelah tempoh matang.

Mana ada rugi.

Untung pahala lagi ada sekiranya ada para peserta takaful yang lain menghadapi musibah dan kita menyumbang untuk mereka walaupun peratusan kecil.

Namun dalam ibadah yang ikhlas besar maknanya.

“mrhanafi, takaful dan insuran itu sama tak?’

Tak sama walaupun macam serupa.

Nak tahu lebih boleh baca artikel ini >>Perbezaan Takaful Dengan Takaful Tradisional.

Ramai orang keliru.

Keliru memanjang sehingga 7 keturunan.Kasihan pada anak cucu mereka.

Oleh sebab terlalu konfius,ada yang masih pobia dengan perunding takaful.

Ada yang terpaksa buka langkah seribu apabila terserempak dengan mereka.

Tak semua.

Itu kisah dulu.

Sekarang perunding takaful tak kejar orang yang tak sudi.

Lagipun tugas mereka cuba bagi kesedaran,minat dan keperluan tentang betapa pentingnya takaful.

Malah bonus untuk khidmat runding pengurusan kewangan pun ada.Percuma sahaja yang perunding takaful sediakan.

Kesimpulannya.

Kerjaya perunding takaful bukan kerjaya calang-calang.

Imbuhan dan pendapatan cukup lumayan.

Dah la ada pendapatan pendapatan pasif lagi tu.

Siapa yang berminat nak menceburi kerjaya takaful boleh roger-roger melalui whatsapp.

Dengar khabar orang tersebut mesra dan boleh dipercayai.

Sekian.Jumpa lagi.

-mrhanafi-

 

(Visited 72 times, 1 visits today)

22 thoughts on “Kerjaya Perunding Takaful Pilihan Terbaik Di Sarawak

    • saya rasa terpanggil nak cerita dalam blog..

      reason untuk kefahaman saya sendiri juga..

      benda yang ditulis maka benda tulah yang akan diceritakan dengan orang lain

  1. betul tu. prunding takaful memang kena cekal coz rejction very high dikalangan masyarakat kita.

    Masyarakat kita belum ada kesedaran tentang kepentingan insuran lagi.

    Teruskan sharing ye..semoga dipermudahkan

Leave a Comment

CommentLuv badge