Fahami Proses MNP Dalam Bestmobile

Fahami Proses MNP Dalam Bestmobile…Mobile Network Portability atau MNP merupakan isu yang hangat sekarang dalam satu group Whatsapp yang saya sertai.Cuma dalam Facebook jarang pulak kedengaran,Mereka mulai bising kerana proses pemohonan MNP tidak mendapat apa-apa respon dari HQ.Saya tidak pasti di mana silapnya kerana dalam proses MNP ia melibatkan 3 pihak utama iaitu pemohon,syarikat telco yang baru dan syarikat telco sebelumnya.

Berikut ialah beberapa kod yang memberitahu kita bahawa permohonan MNP ada masalah.Jika berlaku masalah tersebut maka proses MNP akan menjadi lambat kerana perlu dibuat permohonan semula.

mnp reject kode

Penjelasan tentang kod yang diberikan:

SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah.

Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah.

Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP12 – Nombor ID polis/tentera salah.

Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP13 – Nombor Passport salah.

Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP51 – Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal.

Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal) samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya kontrak sudah di batalkan, Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP52 – Mempunyai akaun tertunggak.

Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP.

SP54 – Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar.

Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada (donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP55 – Nombor telah tiada perkhidmatan.

Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan untuk MNP. Sekiranya nombor telah tiada dalam perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

SP56 – Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line).

Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) untuk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula untuk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP untuk nombor tadi boleh di re-submit semula

SP57 – Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan

Remark/Resolution Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP58 – sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama.

Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama ( Principal subscriber) atau sebagai Pengguna individu. Sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut

SP59 – Melebihi had Kredit.

Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.

SP61 – nombor pelanggan dicabut sementara ( Disconnected) – samada secara tidak sukarela dan sukarela.

Remark/Resolution : Tanya pelanggan untuk menyemak status talian / Nombor mereka dengan penyedia perkhidmatan semasa. Memastikan nombor masih aktif / dihubungkan dengan pembekal rangkaian semasa sebelum permintaan untuk mengalihkan nombor tersebut.

Saya faham proses MNP amat penting kerana pengguna syarikat telco yang lama sayang dengan nombor yang mereka ada.Lebih-lebih lagi nombor yang sudah digunakan bertahun lamanya.Sebagai pengguna bijak,proses MNP merupakan pilihan sahaja.Cara yang bagus guna sahaja nombor baru atau talian kedua anda.

JIka anda ada hasrat untuk menjadi pengguna bijak dan bersedia untuk memilliki nombor Bestmobile jomlah daftar di [SINI].

 

*kredit kepada sumber info : best-mobile.biz

(Visited 32 times, 1 visits today)

10 thoughts on “Fahami Proses MNP Dalam Bestmobile

Leave a Comment

CommentLuv badge