Sembang kahwin bersama mak tersayang

Menelefon emak di kampung adalah rutin buat saya. Seminggu ada beberapa kali.

Pernah juga setiap hari.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini emak saya suka sangat cerita pasal orang kahwin dengan saya tiap kali saya bersembang dengannya.

Ada kisah jiran kahwinlah. Kisah sanak saudara dan kisah orang kampung pun tidak terkecuali terutama tentang kenduri-kendara.

Isunya emak suka cerita kahwin dan pasal jodoh.

Saya tidak pula kata nak kahwin secara tersurat. Banyak yang tersirat sebalik kata-kata yang menjurus ke tujuan tersebut.

Emak saya seakan-akan sudah ‘rasa’ anaknya yang hensem ini akan kahwin tidak lama lagi.

Kalau emak sudah rasa mesej tersebut maka ia adalah telepati anak dengan emak.

WAJIB BACA :   Pengalaman sendiri seolah-olah jadi insan gelandangan

Telepati satu ilmu yang hebat. Dengan telepati kita boleh menghantar mesej menggunakan gelombang minda sahaja. Tanpa telefon atau apa sahaja wacana yang canggih dalam dunia ini.

Ia berkait rapat deria keenam atau six sense.

Semua orang memiliki deria ini.

Apa yang berbeza antara kuat atau lemah sahaja.

Mungkin ada juga yang langsung tidak perasan atau tidak menyedari perkara tersebut.

Mungkin emak dapat menangkap mesej minda saya yang akan berkahwin.

Cuma bila dan dengan siapa belum dapat dipastikan.

Soal kahwin perkara serius. Bukan boleh dibuat sesuka hati dan main-main.

Kahwin adalah proses mengabungkan dua belah keluarga.

Keluarga sebelah suami dan isteri. Malah kahwin itu sendiri adalah tuntutan syariat berasaskan keperluan dan kemampuan.

WAJIB BACA :   Perjuangan Untuk Lawan Perasaan Bosan

Keperluan untuk salurkan fitrah biologi manusia yang semulajadinya begitu untuk kesinambungan kehidupan.

Kemampuan fizikal pula untuk mencari nafkah zahir dan keupayaan timbang tara pemikiran dalam menangani liku-liku alam berumah tangga.

Rumah tangga tidak selalunya tenang dan damai. Ada masa boleh berkocak dan bergoncang.

Sesiapa yang sanggup dan sabar menghadapi kocakan dan goncangan boleh berjaya ke peringkat yang lebih jauh.

Akhir kata, sesiapa yang bakal mengakhiri zaman bujang dan dara, saya ucapkan selamat melayari dunia rumah tangga. Moga-moga mendapat sakinah, mauwadah walrahmah. Yang mana itulah tujuan besar perkahwinan yang semua orang impikan dalam hidup ini.

Semoga bermanfaat.

Comments 6

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge