5 Jurus Sakti Untuk Skrip Copywriting

Skrip Copywriting merujuk kepada artikel ayat jualan.Mungkin usahawan digital amat memerlukan panduan copywriting yang saya kongsikan ini.In shaa Allah saya kupas dengan ringkas untuk memudahkan pemahaman pembaca yang sama seperti saya.

Kita serupa.Jadi saya menulis guna gaya bahasa yang santai dan bersahaja dalam usaha kita memahami maksud copywriting itu sendiri.

Sebelum ini saya pernah bermain emosi dengan pembaca melalui dua tajuk post blog iaitu :

1.Rahsia Menulis Copywriting Yang Memukau

2.Jurus Sakti Dalam Penulisan Copywriting

Jika dilihat dari tajuknya memang gempak dan merangsang perasaan ingin tahu pembaca untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Itupun kalau saya tak syok sendiri la kot.

Berbalik kepada penulisan blog post kali ini saya kekalkan headline yang skeptikal.Sebab saya anggap keinginan pembaca sudah sedia maklum bahawa saya akan berkongsikan ilmu copywriting.

Sebelum ini dah buat teaser tentang topik yang sama.

Teaser boleh dimaksudkan mengusik keinginan prospek sebelum perkara tersebut diumumkan secara langsung.Mungkin pra-pelancaran dan sebagainya.

Kita teruskan ke topik utama.

Ada 5 jurus sakti dalam menulis copywriting yang hebat dan menghasilkan jualan.

Bukan saya yang declare sebab ilmu ini mahal harganya yang saya perolehi dari kelas 7 hari ilmu Train Of Trainer.

skrip copywrting

1.Jurus Headline 

Harian Metro amat bijak bermain dengan headline.Kepakaran mereka begitu kreatif sehingga mendorong pembeli untuk membuat belian dan sentiasa ketagih untuk membaca.

Headline dalam copywriting bertujuan untuk menarik perhatian.Dalam media sosial tarikan untuk melihat hedline cuma ada 3 saat dan kebawah.Kita pula bukan seorang tetapi terdiri daripada beribu-ribu orang untuk mengiklan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Mungkin dalam bentuk :

✔Soalan

✔Perbandingan

✔Penyertaan

✔Nombor

Untuk menulis headline yang bagus kita harus memilih perkataan yang boleh trigger emosi prospek.

Kawan blogger saya kata, “perkataan menjentik emosi”.

Antaranya:

✔ Baru

✔ Tertarik

✔Selamat

✔Cepat

✔Gerenti

✔Jimat

dan lain lain.

Banyak lagi sebenarnya.Pembaca boleh lihat sendiri bagaimana rupa iklan pesaing sama ada di media massa atau media sosial.

Headline yang gila-gila dan unik pasti mendapat perhatian luarbiasa.Sebab itu penulisan skrip copywriting sangat mementingkan kreativiti.

Headline yang saya buat di FB Ad agak panas juga —>“Mengapa Abang Lama Sangat Nie”

Tak nak ulas panjang.Sendiri la buat tafsirkan.

2.Jurus Deskripsi 

Pernah tak pembaca pergi ke klinik dan farmasi untuk mendapatkan ubat.Selepas kita mendapatkan ubat tersebu,t staff atau pekerja disitu akan menerangkan kepada kita jenis ubat dan cara memakan ubat tersebut.

Dalam skrip copywrting pun sama.Kita harus menerangkan manfaat produk atau perkhidmatan yang kita sediakan.Lagi menarik manfaat tersebut kepada pembaca maka lagi kuat keinginan mereka untuk memiliki.

Prospek tidak kisah kepada ciri-ciri tetapi mereka sangat mengambil perhatian terhadap manfaat yang bakal mereka perolehi.

Tulah realiti manusia.Mereka nak sesuatu untuk diri sendiri dahulu sebelum kepentingan orang lain.

Cuma tinggal dua penghalang sahaja lagi iaitu

✔ Duit cukup atau tidak

✔ Tunggu jawapan dari isteri atau suami kepada mereka yang berkahwin.

Jika prospek memang mampu dan sedar keperluan mereka terhadap produk atau perkhidmatan yang kita sediakan maka tiada alasan untuk mereka berkata ‘tidak’.

3.Jurus Offer 

Istilah mudahnya  seperti diskaun,harga istimewa,tawaran terhad dan sebagainya adalah untuk menaikkan keinginan yang membuak-buak.

Pada waktu ini ramai pembeli sudah tertewas dengan offer yang tak masuk akal.[ sebab kalah dengan nafsu hehehe].Offer yang best akan memacu keinginan prospek untuk tidak fikir panjang.

Mereka juga terpesona dengan Unique Selling Proposition [USP] yang kita tawarkan.

Dengan adanya USP maka kita menonjol berbanding para pesaing.Kita berada selangkah dihadapan .Mungkin terlebih jauh.

Saya ambil contoh USP untuk kedai gunting.

Kedai A

Kami menawarkan servis gunting rambut mengikut fesyen terkini dan gaya semasa.Harga berpatutan dan dibuka 5 hari seminggu.Tukang gunting anak-anak muda yang baru habis sekolah.

Kedai B

Kami ada tawaran istimewa.Para pelanggan yang menunggu giliran untuk bergunting akan dihidangkan minum jus kordial dan aiskrim potong.Selain itu perkhidmatan kami secara mobile dari rumah ke rumah kepada pelanggan yang bertuah.

Sekarang pembaca boleh menilai kedai mana yang nak kita pergi.

“Kedai A atau Kedai B”

Tentu ramai akan memilih kedai B kerana ada offer USP yang jarang-jarang kita jumpa.

Teringat saya dengan kisah kawan sama kerja suatu ketika dahulu.Dia pergi ke pusat urut refleksologi setelah penat bekerja seharian.Saya dengar dari cerita kawan-kawan yang lain kerana saya tak join pun mereka.

Sewaktu berada di tempat tersebut dia cuba menanya suatu yang agak memalukan untuk kaum Adam yang penuh sopan santun.

“Kat sini ada servis bukai ka?”

Maksudnya tempat tersebut ada tak pekhidmatan urut yang lebih advance.Kaum lelaki wajib tahu dan wajib elak juga.

Agak-agak la kan untuk tahu USP di tempat sebegitu.

4.Jurus CTA

CTA merujuk kepada Call To Action.Maaflah ya ada banyak istilah Inggeris yang terpaksa dimasukkan dalam blog post ini.

Skrip copywriting yang lengkap seharusnya ada CTA kepada prospek.Tujuannya untuk menukar prospek menjadi pelanggan.Jika tidak berbuat demikian prospek akan terus menjadi prospek selamanya.

Banyak contoh untuk membuat CTA.Antaranya seperti dapatkan sekarang,daftar dahulu dan bayar kemudian ataupun bertindak sekarang dengan mendail nombor yang tertera.

CTA sangat mempengaruhi dalam urusan close sale atau tutup jualan.Ayat yang digunakan jangan menampaknya proses menjual secara langsung walaupun prospek sudah bersedia untuk menjadi pelanggan.

Pernah sifu bisnes saya berpesan “bagi jalan untuk pelanggan buat keputusan sebelum mereka berubah fikiran”

5.Jurus Urgency

Lihatlah dalam dunia bisnes pada hari terutama dalam dunia digital.Para peniaga semakin kreatif manakala para pelanggan pula semakin bijak.

Informasi sudah berada di hujung jari.Kini segalanya mahu pantas dan cepat.

Sebab itu tidak hairan dalam penulisan copywriting yang standard ada meletakan jurus sakti terakhir iaiti sense of urgency.

Para pembeli diingat untuk membuat pembelian segera,Jika tidak pembeli akan rugi dan menyesal.Antara cara untuk membuat uregency :

>Pembelian istimewa

>Stok terhad

>Promosi hampir tamat.

Semua elemen yang ada sense of urgency mirip kepada paksa rela ke atas bakal pembeli.Teknik yang bermain dengan emosi begini boleh meghilangkan kewarasan fikiran pembeli.

Sungguhpun begitu pembeli sekarang sangat bijak dan penjual pula perlu jauh lebih bijak dalam strategi pemasaran digital dan urusan penjualan.

Sebagai penutupnya.

Alhamdulillah saya telah menyenaraikan 5 jurus sakti dalam post blog berkaitan skrip copywriting.

Sebagai tambahan saya ingin nak menyenaraikan dua ilmu copywriting yang ramai pakar cuba sembunyi dari pengetahuan umum secara percuma.

Macam biasa.Saya tak akan cerita habis.Pembaca akan mengetahui ilmu tersebut dalam post blog yang akan datang.Untuk tidak ketinggalan, pembaca sangat digalakkan untuk menyertai komuniti yang saya cipta khas untuk pembaca semua.

1.Join group Whasapp >>>pembaca blog mrhanafi dot com

2.Like fanpage Facebook rasmi>>>>Storyteller

Sekian.Jumpa lagi dan jangan lupa untuk komen atau share blog post ini.Tiada yang terbaik dari saya melainkan berbilion TERIMA KASIH.

-mrhanafi-

(Visited 215 times, 1 visits today)

46 thoughts on “5 Jurus Sakti Untuk Skrip Copywriting”

  1. Ramai jurujual yang berjaya memang mahir dalam copywriting. Tanpa skill copywriting yang meleleh hidup anda sebagai peniaga akan selalu mendengar bunyi sang cengkerink…

    1. sama -sama tuan Hafiz..saya kongsi apa yang saya tahu..

      kalau boleh satu perkara pun saya tak nak sembunyikan pasal ilmu..

      aib lain cerita la ye…

  2. Kalau dalam ilmu persilatan ada teknik jurus dan bunga. Namun ia tak mudah dilakukan dan terus menjadi melainkan perlu kepada latihan. Dengan latihan akan membawa kepada kemahiran dan pengalaman. Begitu juga dengan perniagaan online, kerajinan dan kesabaran sangat penting. Terima kasih perkongsian lima jurus sakti untuk skrip copywriting mrhanafi.
    Gum Arabic Al-Manna recently posted…Kenali Pengasas Al-Manna AmeerMy Profile

  3. susah juge copywriting ni.. nak membina ayat yang menarik bukan benda senang..kenapa aku takda bakat tu? aku belajar kat bro hanafi la nanti boleh kan

  4. Kene sentiasa asah skill copywriting.

    Yang penting, pastikan fakta yang benar, bukan auta, baru berkat.

    Nanti share banyak lagi pasal copywriting ye. 😊

    1. terima kasih tuan..in shaa Allah saya akan cuba untuk membantu para usahawan yang memerlukan..

      sekadar untuk berkongsi ilmu pengetahuan

    1. baru lepas 1 paper…

      tak tahu lulus ke tak ezam tersebut..

      tahap kesukaran boleh tahan..

      terima kasih kerana mendoakan kebaikan untuk saya..

      aamiin

  5. kekdg headline Harian Metro tu pathetic bagi sy (excl yg berunsur seksual ya) mungkin sebenarnya lebih merujuk kepada cara kita membaca headline tu..hehe. no offence ya

  6. Masih lagi mencari formula untuk menghasilkan headline yang dapat menarik pembaca untuk meneruskan bacaan , dan juga offer / urgency yang dapat membuatkan pembaca mengambil tindakan segera.

    Seboleh-bolehnya , nak mengurangkan menggunakan harga promosi sebagai motivasi untuk menarik prospek menghubungi kita.

    Lebih suka jika prospek menghubungi dengan segera kerana prospek betul2 yakin kita dapat bantu mereka menyelesaikan masalah mereka dengan segera.

  7. Wowww. Terbaik info Mr Hanafi. Keyword yang dikatakan seperti Jimat, Cepat, Baru , Tertarik tu mmg ayat attraction utk org baca. Harian Metro suka wat tajuk berbentuk hiperbola, secara tak langsung attract org utk baca dengan lebih ramai lagi. Semua Jurus tu bukan saja sesuai untul peniaga online, tapi sesuai juga untuk rujukan blogger baru macam GV. hihi. Terbaik Mr Hanafi. 😀
    Galaksi Viral recently posted…GIMIK MELETOP SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 YANG EPIKMy Profile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge