Tahun 2020: Impian dan harapan

Tahun 2020 berbeza dengan tahun yang sebelum dan tahun selepasnya.Sebab nombor 2020 cukup cantik dan menarik.

Saya masih ingat pada tahun 2002.Tahun ini pun cantik juga.Lagi menarik pada tahun tersebut saya telah mengakhiri zaman solo untuk memasuki gerbang perkahwinan.

Itu kisah dahulu.Kira-kira dalam 18 tahun yang lepas.Sekarang kita sudah berada dalam tahun 2020.

Tahun ini saya mencuba membuka lembaran baru dalam hidup dengan lebih fokus kepada penulisan blog.

Langkah drastik dengan menukar tagline yang lebih komersial kepada Digital Media Writer.

Tagline yang dulunya Lelaki Kiriman Tuhan kurang kaw dan kurang ump.Saya buat keputusan untuk menukar kepada yang baharu.

WAJIB BACA :   Artikel tentang masa sejak tahun 2015

Benda boleh tukar buat apa mahu simpan.hehehe.

Akibatnya saya kurang menulis dalam blog ini.Biarpun banyak idea yang berlegar di kepala, saya peram begitu sahaja.Tindakan ini agak merugikan kerana manfaat daripada idea tersebut saya tidak kongsikan pembaca yang budiman.

Bukan itu sahaja itu, Facebook personal telah saya abaikan selama 90 hari.Ramai juga kawan media sosial saya tercari-cari kerana ‘kehilangan’ tersebut.

Jujurnya saya amat menghargai keprihatin mereka.

Saya berharap pada tahun 2020 ini saya lebih fokus dan istiqamah dalam melaksanakan segala rancangan yang telah dibuat sejak lama.

Semoga kejayaan demi kejayaan mengiringi pembaca dan saya dalam tahun yang sangat cantik ini.

Jangan membuang masa dan jomlah bersama-sama mengorak langkah dengan gagah dalam menongkah arus masa depan dengan penuh bergaya.

WAJIB BACA :   Apa Yang Awek Nak Daripada Seorang Lelaki ?

Selamat tahun baharu 2020.

Comments 12

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge