Takaful Anugerah Terindah

Takaful Anugerah Terindah..Ya.Begitulah hendaknya.Ternyata tugas mrhanafi sebagai perunding takaful berat.Mrhanafi bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya celik ilmu takaful.Mrhanafi berperanan membuka minda mereka supaya sedar risiko yang bakal dihadapi pada masa hadapan amat mencabar.

IMG-20170121-WA0004

Risiko ini boleh diurus dan ditanggung bersama oleh para peserta takaful yang lain.Kita amat berharap termasuk mrhanafi terus sihat dan terus mampu untuk mencari rezeki demi menyara keluarga.Jika berlaku perkara sebaliknya maka dengan siapa kita meminta bantuan.Memang logiknya kita meminta pertolongan Allah SWT.

Namun sebagai manusia yang diberi akal fikiran maka usaha dan ikhtiar masih perlukan manusia sebagai asbab.Bantuan Allah akan tiba untuk kita setelah kita berusaha sehabis baik.Sekiranya berlaku musibah sudah tentu dana risiko yang ada dalam takaful boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Sebaliknya jika tiada apa-apa berlaku lagi bagus.Mrhanafi pun mahu sangat-sangat supaya tiada perkara buruk berlaku agar kehidupan ini bermakna untuk dinikmati.Sekiranya sudah menyertai pelan takaful maka wang kita dalam dana simpanan boleh digunakan untuk wang persaraan,melancong atau apa sahaja.

Nak beli Aplikasi Duit pun tak pe.Nak buka cawangan baru pun boleh.Cuma fikir-fikirkan kerana usia anda pada masa tu bukan muda lagi.Kalau tahu tak pe.

Misalnya anda menyertai plan takaful selama 30 tahun ketika berusia 30 tahun.Tentulah tempoh matangnya nanti anda sudah berusia 60 tahun.Cucu dah ramai.Rambut dan uban sana dan sini.Namun poket semakin tebal kerana  anda bijak mengurus kewangan.

Sekarang amat wajar la mrhanafi katakan takaful adalah anugerah terindah untuk kita atau untuk waris kita.Tanpa ragu-ragu dan was-was mrhanafi telah melancarkan satu halaman Facebook yakni Takaful Anugerah Terindah. Tolong like untuk bagi sokongan kepada mrhanafi.Terima kasih.

Tujuan halaman ini supaya pengguna media sosial akan sedar dan diberi peringatan selalu bahawa takaful adalah sesuatu sistem kewangan Islam yang terbaik dalam memastikan kualiti hidup kita sendiri atau pewaris kekal sebagaimana sekarang ini biarpun ada musibah yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

Penggunaan halaman Facebook merupakan salah satu media promosi yang mrhanafi gunakan sekarang ini.Ada banyak lagi strategi dan sistem yang akan diimplimentasikan pada masa hadapan.Blog memang asas promosi kerana mrhanafi adalah seorang blogger.

Sedikit masa lagi mrhanafi akan menggunakan teknik panggilan telefon dan membuat temujanji dalam menerangkan kelebihan takaful kepada bakal pelanggan secara bersemuka.In shaa Allah boleh berjaya kerana mrhanafi tahu kelebihan secara offline lebih gempak dan terbaik setakat ini.

Pada masa yang akan datang pula mrhanafi akan menggunakan  kaunter atau booth supaya ada pendekatan langsung kepada prospek.Pendekatan ini agak menakutkan prospek kerana perunding takaful bagaikan ‘alien’ .Sejujurnya mrhanafi cuba mengelak diri untuk didekati oleh mereka yang bergelar agen,wakil,promoter atau sewaktu dengannya.Yalahkan.Tengah sedap shopping atau dating ada pulak yang ‘cross line’.

Malah dalam perancangan jangka panjang dan tindakan aggresif mrhanafi dan team akan mengadakan roadshow dengan taklimat percuma,seminar percuma dan bengkel pengurusan wang secara percuma.In shaa Allah dalam aktiviti ini golongan sasar akan lebih sedar dan tersentap bahawa takaful adalah mekanisma yang hebat dalam membantu ekonomi mereka supaya lebih teratur dan bersistematik.

[nota mrhanafi]

Sebelum program dan perancangan ini dilakukan mrhanafi minta doa para pembaca agar dipermudahkan.Dalam masa yang sama mrhanafi meluruskan niat untuk membantu masyarakat supaya celik takaful dan sedar bahawa pengurusan kewangan yang bijak akan memastikan kehidupan mereka pada masa hadapan lebih tenang dan membahagiakan.

Mrhanafi dan team berusaha menjalankan tugas sebaik mungkin dengan konsep membina ukhuwah dengan prospek dan pelanggan tanpa noktah.Kita tetap bersama dan jalinan ukhuwah tetap terpateri tanpa prejudis dan tanpa dibayangi sebarang balasan melainkan dapat rahmat Illahi agar kita sama-sama bahagia,ceria dan maju jaya.

Kalau dapat komisyen kira rezeki la  ye.In shaa Allah.Sebab nak hidup katakan.

Lubuk untuk mengerudi rahsia kekayaan >>>> RAHSIA BESAR

Sekian.Salam sayang untuk semua.

IMG-20170110-WA0002_thumb2

Mohd Hanafi Abdullah

Perunding Takaful Keluarga

WhatsApp : +6011-3464-6975

Hotline Care: 019-806-8007

Facebook  : Takaful Anugerah Terindah

Tagline : Bina Ukhuwah Tanpa Noktah

(Visited 77 times, 1 visits today)

12 thoughts on “Takaful Anugerah Terindah

  1. Kalo orang macam bro approach sbg perunding takaful, rasanya mereka tak anggap bro alien…mereka anggap inilah orang yang aku cari selama ini utk jadi…. 😛

    Semoga urusan bro akan dipermudahkan nanti…ameen

Leave a Comment

CommentLuv badge