Tanda Tanda Isteri Curang Kepada Suami

Tanda Tanda Isteri Curang Kepada Suami…Sejujurnya saya tak suka dengan penulisan entri begini.Apakan daya sebagai blogger yang mahu bersikap adil maka saya menulis juga demi panduan para suami yang masih sayangkan rumahtangga masing-masing.

Curang adalah perbuatan zalim dan menganiaya perasaan orang sekeliling.Bukan sahaja kepada  suami,anak-anak malah kepada orang tua kita.Perbuatan curang yang ringan-ringan ialah menempatkan orang lain selain suami ke dalam hati isteri.

isteri curang kepada suami

Sebaliknya curang tahap maksima ketika mana isteri sudah bersedudukan dengan lelaki lain.Dosa zina memang dosa besar.Namun dosa isteri kepada suami ialah  menzalimi kepercayaan,amanah dan cinta seorang suami.Ingat menzalimi orang lain menyebab doa orang teraniaya terbuka hijab.

Maksudnya doa mudah dimakhbul di dunia ini juga.Biasanya doa orang yang teraniaya jarang-jarang bernada positif.Selebihnya menjurus kepada sumpah seranah dan ingin bala ke atas orang yang menzalimi mereka.Naubizillah min zalik.

Kita tinggalkan perkara ini dulu.Mari kita lihat tanda tanda isteri telah curang dengan suami:

1.Layanan semakin kurang

Para isteri yang mencintai suami akan memberi kasih sayang 100 peratus.Mereka taat dan akur dengan kehendaknya suami baik dari perkara kecil hingga ke perkara besar.Isteri setia akan memberi layanan kelas pertama untuk suami yang mereka cintai.

Sebaliknya isteri yang telah curang sudah tentu meletakkan kepentingan suami dibawah sekali.Mereka akan mencipta alasan munasabah untuk tidak melayan suami.Misalnya anak kecil diutamakan manakala suami dikemudiankan

Jika para suami diluar sana sudah terlihat petanda yang pertama ini maka sediakan duit untuk mengupah penyiasat persendirian la ye.

2.Obses dengan media sosial

Zaman dulu cabaran tak sehebat sekarang.Cinta orang dulu tetap kekal kepada orang yang berada diseliling mereka.Malah isteri yang sering ditinggalkan berbulan-bulan pun masih utuh cinta mereka kepada suami.Pada masa itu media sosial belum wujud.

Apa yang berlaku sekarang sudah berubah.Sebelum tidur pun boleh tengok Whatsapp atau Facebook.Begitu juga  selepas bangun tidur.Muka suami yang handsome tak dihiraukan lagi.Lebih seronok tengok muka avatar kawan-kawan atau kekasih hati dalam media sosial.

Wahai para suami diluar sana jangan biarkan fenomena negatif ini terus menghantui hidup kalian.Para isteri yang baik mesti mengutamakan suami dan bukannya media sosial.

Apa yang lebih parahnya ada para isteri yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari suami perkara yang mereka kongsikan dalam media sosial.Kalau benda yang baik mengapa takut untuk diketahui oleh suami mereka.

3.Tabiat berubah 100 peratus

Sebagai seorang suami tentunya sedikit sebanyak memahami tabiat isteri.Jika dulunya suka merajuk dan kini tabiatnya lebih ‘cool’ maka ada sesuatu yang telah mengubah perasaan dan jiwanya.Mereka telah berada dalam dimensi lain yang lebih bagus dari sebelum ini.

Bukan itu sahaja.Ada juga para isteri yang dulunya suka memerap dekat rumah tetapi kini aktif dengan aktiviti luar rumah seperti bersukan,shopping atau jalan-jalan.Bagi mereka rumah tempat yang tak seronok dan mengongkong hidup mereka.

Saya berharap jika ada suami masih naif tentang perkara ini tolong sedar dari mimpi 60-an.Para isteri yang baik sentiasa mahu berada di samping suami mereka.Tidak akan timbul perasaan bosan kerana sudah lumrah suami isteri mesti bersama sama ada duka atau suka.

4.Tak solat wajib 5 waktu

Ukuran mudah nak menilai bagus atau tidak seseorang  muslim ialah dengan solat.Adakah sesorang itu cukup bagus jika solat yang wajib sengnaja ditinggalkan.Orang yang berani engkar dengan perintah Allah SWT lagi mudah untuk engkar dengan suami.Mereka tak takut berbuat dosa kerana maksiat lebih nikmat berbanding beribadah kepada Allah.

Ciri-ciri ini sangat kukuh.Jika dulunya isteri kalian boleh solat 5 waktu tetapi kini memandang sepi kepentingan solat.Maksudnya hati mereka lebih cenderung berbuat maksiat.Pengaruh jahat lebih kuat.Jadi berhati-hati dengan situasi ini.

Kebiasaannya suami yang tak solat sesuai untuk isteri yang tak solat juga.Jika situasi ini berlaku maka kedua-dua boleh didakwa curang.Opss.gurau sahaja.

5.Membesarkan kelemahan suami

Jika awal perkahwinan semuanya berjalan lancar.Namun setelah sekian lama berkahwin ada sahaja yang tak kena pada isteri.Mereka cuba membesarkan kelemahan suami agar perasaan cinta suami boleh berubah.Tujuannya supaya isteri boleh bebas melakukan apa yang mereka ingini dengan teman baru.

Sekiranya suami mempunyai pendapatan rendah maka inilah masa paling sesuai untuk mengatakan suami kurang bertanggungjawab,tidak mampu dan serba serbi tak negatif buat isteri.

Lebih tragis juga kalau si suami didakwa boleh abaikan isteri.Lupakan perkahwinan yang sedia ada supaya ada kehidupan yang lebih baik selepas itu.Dakwaan begini boleh memberi petanda bahawa isteri sudah curang.Pendek kata sudah ada orang lain sebagai pengganti.

Saranan solusi kepada para suami dalam menghadapi isteri curang dapat saya ringkaskan dalam point-point penting dibawah ini:

1.Bawa bertenang

Masalah akan lebih mudah selesai jika fikiran tenang.Pada masa itu pemikiran mudah untuk diurus dan mencari jalan penyelesaian.

2.Bincang secara baik

Tak guna gaduh-gaduh.Perkara sudah pun berlaku.Bagi nasihat dan pandangan yang positif kepada isteri.Jika pilihan mereka memihak kepada kecurangan maka redha dan maafkan demi kebahagiaan semua pihak

3.Jumpa kaunselor perkahwinan

Langkah terbaik ialah meminta nasihat dari orang pakar.Kaunselor perkahwnian ada pengalaman dan kepakaran dalam merumus penyelesaian dalam kemelut yang dihadapi.Jangan malu kerana malu tak bertempat mengundang padah kepada masa depan perkahwinan itu sendiri.

4.Solat taubat dan hajat

Sebagai orang Islam ini adalah kaedah paling ampuh.Minta tolong kepada Allah SWT kerana Dia sahaja yang Maha Bijaksana untuk membantu kita.Buatlah solat taubat atau hajat setiap malam.Doa banyak-banyak dan menangis serta merintih atas sejadah.Suara suami yang teraniaya amat dirindui oleh Allah SWT.

5.Baca ebook dari Klikjer

Maafkan saya.Sekali imbas macam promosi sahaja kepada orang yang ditimpa masalah.Hakikat sebenarnya tak begitu.Dalam blog tersebut ada banyak panduan dan tips dari pakar dalam bentuk ebook.Dapatkan mana-mana ebook yang berkaitan untuk ilmu pengetahuan kalian dalam menghadapi isteri yang curang.

6.Dapatkan Duit Banyak-banyak

Ada pelbagai cara untuk mendapatkan duit yang banyak,Sebab masalah begini boleh juga diselesaikan dengan adanya duit.Apa kata cari duit menggunakan APLIKASI DUIT

Kesimpulan dari admin,

Sudah pasti kecurangan yang berlaku bukan kerana salah isteri semata-mata.Pihak suami juga penyumbang utama kerana kelemahan kepimpinan suami sebagai ketua keluarga.Kegagalan mendidik isteri mesti diakui oleh para suami.

Dalam proses mendidik isteri ambik konsep tulang rusuk kiri.Jika terlalu lembut maka suami akan kalah dengah isteri.Sebaliknya terlalu keras maka boleh patah iaitu isteri akan memberontak.Mahu atau tidak proses mendidik isteri menggunakan teknik bersederhana.

Jika kecurangan berlaku kepada para isteri yang membaca entri ini maka tolonglah berubah dan kembali kembali ke pangkal jalan.Kasihani suami dan anak-anak yang menjadi mangsa tuntutan nafsu jahat kedua ibu bapanya.

Tolong fikir buat sejenak bahawa kecurangan yang isteri lakukan itu amat terkutuk dan keji dalam tata susila agama dan norma masyarakat timur.Mari berhenti dan pintu taubat serta keampunan masih terbuka luas buat kalian.

p/s : Kecurangan seorang isteri bisa terjadi apabila sumber kewangan suami kurang mantap.Adalah lebih molek si suami belajar untuk membuat pendapatan pasif.Sila daftar secara percuma di https://goo.gl/QrMI0O

(Visited 112 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Tanda Tanda Isteri Curang Kepada Suami

Leave a Comment

CommentLuv badge