Testimoni Istighfar Oleh Pengamal Tegar

Testimoni istighfar ini adalah luahan saya sendiri.Beberapa hari yang lepas saya telah melakukan bacaan istighfar banyak kali.Alhamdulillah tidak lama selepas itu saya dapat keajaiban yang mengembirakan.Saya akui pengamal tegar membaca istighfar.

Nak tahu tak ?

Testimoni istighfar

testimoni istighfar

Lanjutkan bacaan yang hingga ke perenggan akhir.Konten ini pendek sahaja.

Sejujurnya saya malu nak kongsikan.Sebab sifat saya malu-malu kucing dan jinak-jinak merpati.

Cewah !

Namun demi niat untuk berkongsi kebaikan dan berharap kebaikan tersebut boleh dimanfaat untuk pembaca blog ini saya rela dan saya redha.

Orang kata malu tolak tepi jika untuk kebaikan.Kalau untuk kejahatan lebih baik jangan sekali-kali.

Malulah kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Malulah kepada Malaikat yang mencatat amal keburukan dan kemaksiatan kita telah kerjakan.

Astafirullahallazim.

Testimoni istighfar peribadi 1

Tidak lama lama dulu saya menghadapi satu ujian gentir.Poket kosong giler.Nak shopping di Lazada pun tak sanggup.

Saya hampir hilang arah.Nak buat itu tak kena.Nak buat ini tak tentu.Jiwa kacau kata orang sekarang.

Alhamdulillah.

Allah SWT beri saya ilham untuk melakukan istighfar.Saya buat yang ringkas tetapi banyak kali.Buat tanpa henti siang dan malam.

Saya buat tanpa terfikir pun apa yang saya dapat.Apa yang bakal kecapi.Mungkin ini adalah manfaat istighfar 1000 kali.Semoga testimoni istighfar ini ada manfaatnya.

Saya buka emel.Rutin saya buka emel 3 kali sehari.Pagi,tengahari dan malam.Saya telah menerima nofikasi ada sejumlah duit dah masuk akaun bank.[ Jumlah tak boleh bagitau! ]

Selidik punya selidik memang betul dan ia adalah hasil kerja seorang blogger.

Testimoni istighfar peribadi 2

Rezeki kali ini memang tidak disangka-sangka.Saya menghadiri majlis ramah aidilfitri ajuran Agensi Nur Ikhwan Kota Samarahan.

Dalam majlis tersebut saya mendapat cabutan bertuah wang tunai [jumlah dirahsiakan].Lebih mengembirakan saya memperolehi nilai tertinggi.

Semua orang tahu cabutan bertuah tidak memerlukan usaha yang keras.Hanaya berserah kepada rezeki.Tanpa mengharap dan tanpa terfikir pun apa yang bakal yang saya dapat.

Namun amalan istighfar terus dilakukan dan itulah satu punca rezeki tak disangka.Alhamdulillah kepada Allah SWT yang mengurniakan rezeki.

testimoni istighfar oleh pengamal tegar

Alamak.

Tak saspen sangat pun.Namun saya mensyukuri kerana istighfar adalah pintu rezeki yang diperlukan oleh orang beriman.

Sekarang saya tengah mengkaji kekuatan istighfar yang dahsyat.Pembaca juga nak tahu.Pesan saya senang sahaja.

Kita buat sama-sama.Tak perlu tunggu lama-lama.Tindakan yang bertangguh akan memudaratkan diri sendiri.

Sebagai permulaan boleh baca kisah istighfar 1000 kali.Semoga ia memberi suntikan inspirasi dan motivasi kepada kita semua.

Buat 100x dan rasai sendiri keajaiban istighfar 100x.Jumlah ini paling ringan.Sedikit sangat.Kalau boleh ambil manfaat membaca istighfar setiap hari

Testimoni Istighfar oleh pengikut Imam Hasan al-Basri

Berikut ialah kisah nyata pengamal istighfar yang pernah berlaku pada zaman Imam Hasan al Basri.Kisah dahsyatnya istighfar ini pasti membuka minda kita dan hati untuk mengamalkannya.

Seorang lelaki datang kepada Imam Hasan al-Basri mengadukan Isterinya yang 7 tahun belum juga hamil. Dia minta nasihat dan amalan dari tuan Imam.

Imam Hasan al-Basri menasihatinya untuk memperbanyak Istighfar. Setahun kemudian orang ini datang dan mengkhabarkan bahwa isterinya sudah melahirkan zuriat keturunan.

Dalam kesempatan lain, Seorang yang hidupnya miskin datang ke Imam Hasan mengadukan kemiskinan yang sudah dijalaninya sekian lama. Dia pun meminta nasihat Imam. Imam Hasan al-Basri menasihatinya dengan kalimat pendek

“Beristighfarlah dan perbanyak istighfar.”

Selang beberapa waktu,orang ini datang dengan kabar bahwa kehidupannya sudah jauh lebih baik.

Dalam kesempatan lain pula, sekumpulan petani datang mengadukan cuaca kemarau  sehingga mengkhuatirkan hasil pertanian gagal. Imam Hasan menyuruh mereka,

“Banyak-banyaklah beristighfar.”

kredit : www.kompasiana.com

Penutup untuk konten testimoni istighfar.

Fahami juga manfaat istighfar bagi kesihatan.Logik akal ialah ujian sakit yang Allah titipkan kita sebagai proses kafarah dosa.

Jika nak kekal sihat terus hayati kisah keajaiban istighfar 1000 Kali.Buat dan terus buat.Biar perlahan dan yang penting akan dirasai sendiri kisah nyata keajaiban istighfar dalam konten blog pada masa yang akan datang.

Tak janji tetapi doakan kekuatan untuk saya mengotakan segala harapan dan impian tersebut.

Kita layan dulu lagu nasyid dari kumpulan Unic sebelum pembaca teruskan bacaan.

Tahniah kerana telah berjaya membaca hingga ke perengan ini dan terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.

Sebelum itu saya nak minta tolong rakan pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah sebagai tanda sokongan dan ingatan tulus ikhas daripada saya.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

Sumber rujukan :

1.Panduan Jana Pendapatan Pasif 

2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah

3.Panduan Dapat Duit Cepat

4.Cara Meroketkan Jualan Di Facebook

5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki

6.Software Terbaru Untuk Peniaga Instagram

7.Rasai sendiri betapa mudahnya shopping di Lazada

 

(Visited 521 times, 2 visits today)

16 thoughts on “Testimoni Istighfar Oleh Pengamal Tegar

  1. Memang power istigfar ni. Ada amalan yang saya dapat zikir 300 pagi 300 petang selepas subuh dan asar, buat Tasbih 100 kali selawat 100kali dan istigfar 100 kali.. Kita bertasbih tanya kita sayang Allah, kita selawat tanda kita sayang Nabi dan kita istigfar tanya kita sayang diri kita.. wallahua’lam..

  2. Kita kalau ingat Allah nanti Allah ingat kita. Tapi ustaz saya ada pesan kita ingat Allag bukan time susah sahaja time senang pun kena ingat Dia.

Leave a Comment

CommentLuv badge