Saya masih bergelar seorang pekerja. Jika panjang umur serta murah rezeki saya masih mampu untuk bekerja lebih 10 tahun lagi. In shaa Allah.
Andainya saya sudah pencen risau juga.
Sebab kegiatan harian jadi kurang seronok kerana tiada sesuatu yang rutin untuk dijalani seharian dengan mencabar.
Pernah juga terdetik dalam hati.
Ya setelah pencen nanti saya merancang untuk pergi ke madrasah atau sekolah pondok.
Tujuan untuk mendalami pengajian agama sebagai nilai tambah amal untuk menemui Sang Pencipta.
Angan-angan juga selain berangan nak jadi orang kaya.
Ada rakan sepejabat saya berkongsi pendapat.
Katanya jika dia kaya dan pencen nanti dia berazam untuk sentiasa berada di masjid.
Insha Allah untuk mengabdikan diri kepada Allah secara berfokus dan tuntas.
Terbaik juga impian dan perancangan begitu.
Kita tinggalkan dulu mukdimah yang tak beberapa kena tersebut.
Pada kali ini saya berkongsi pendapat berkaitan tiga kategori pekerja yang cukup popular di Malaysia.
1.Bekerja 100 peratus makan gaji
Golongan pekerja begini majoriti dan mereka berada dalam kategori berisiko hilang sumber pendapatan jika ekonomi dunia masih tidak menentu seperti sekarang.
Andainya syarikat tempat mereka berpaut mungkin buat ada membuat penstrukturan organisasi, penjimatan kos operasi dan lebih teruk bungkus terus maka mimpi buruk buat mereka semua.
2.Bekerja 70 peratus dan 30 peratus berniaga
Sumber pendapatan mereka tidak terhad kepada gaji semata-mata tetapi pendapatan ditampung pula dengan aktiviti berniaga secara kecil-kecilan.
Dalam satu sudut golongan ini memang sentiasa sibuk dan pasti juga kurang masa untuk bersama keluarga setiap hari.
Tiada hari cuti sebagaimana orang bekerja pada kategori pertama.
3.Bekerja 50 peratus dan 50 peratus lagi berniaga
Dalam banyak kes, sudah tentu golongan ini antara yang sibuk, bijak urus masa dan dalam masa yang diharap banyak duit.
Bayangkan sahaja, bekerja hakiki lapan jam dan ditambah pula dengan berniaga paling kurang empat jam sehari.
Tidak kurang juga yang sanggup mengupah pekerja lain untuk menjalankan pekerjaan mereka.
Senang cerita, ia adalah satu cara atau cabang untuk menjana kejayaan seseorang.
Pendapatan daripada gaji untuk keperluan hidup dan keuntungan daripada perniagaan terus diguna untuk tabungan, pelaburan dan menjana pendapatan yang lain lagi.
Kesimpulan
Tidak kira apa kategori pekerja sekalipun, rezeki kita semua tetap ada kerana kasih sayang Allah SWT itu Maha Luas.
Cuma bahagian kita sebagai pekerja dan hambaNya wajar bersyukur, berusaha dan bersangka baik dengan ketentun Allah SWT.
Akhir kata cuba komen dan kongsikan wahai kawan-kawan dalam kategori yang mana satu ?
Saya surirumah yang tiada sumber pendapatan. Tapi, kerja rumah sentiasa ada, tak habis². Sampai kadang nak update blog pun tak sempat. 😅
takpe..
yang penting dapat pahala
blog itu jadikan aktiviti sampingan saja.
Saya masih tergabung ke kategori 70 30 nih mas hanafi.
Doakan saja ya, moga ekonomi membaik, jadi saya bisa ‘upgrade’ ke golongan 50 50
terbaik la mas…moga terus sukses hendaknya.
saya ni cuma mampu bekerja makan gaji sbg guru. ada 7 thn lg sebelum pencen. x larat lagi nak berniaga. Cukuplah utk meneruskan hidup biar pun x kaya…
abam kie recently posted…Tips Isi UPU
itu pun bersyukur juga Abe Kie
yang penting sudah selesa dan aman
tak kaya tapi tak susah kita terbaik juga
Baru seminggu berhenti kerja setelah 16 tahun dengan majikan sebelum ini.. Mencari peluang lebih baik demi kesihatan mental berpanjangan, inshaa Allah. Doakan saya menjadi pekerja sepenuh masa semula dengan pakej kerjaya yang lebih baik, aaminn yra.
Ujian buat awak..
apa-apapun moga cepat dapat kerja lagi lepas nie.
kerja dan pendapatan yang lebih baik
kalau suami saya 80% income ofkors dari gaji . tapi kami ada passive income dari uang sewa rumah, sewa apartemen, dividen saham, dividen bonds . cuma Krn masuknya tidak tiap bulan melainkan setahun sekali, jadi kami anggab itu uang tabungan sajalah. tak usah dipakai
Alhamdulillah ada sumber income yang lain.
sekurang-kurangnya ada dana untuk simpanan dan penambahan pelaburan
Saya kategori pertama yang selalu berdoa agar dapat rezeki terpijak agar bisa bersara awal hehehhee.
mudah-mudahan ada terpijak rezeki yang demikian.
tidak mustahil dan ada logiknya juga