Menjadi orang kaya banyak kelebihannya. Yang pasti orang kaya mudah untuk memiliki apa saja keinginan, impian atau keperluan berbanding orang kurang kaya.
Kalaulah saya ditakdirkan menjadi orang kaya, saya fokus kepada lima perkara utama iaitu iman, akhlak, kewangan, rumah dan kenderaan.
1.Iman
Kaya iman satu nikmat besar dan itu tertingginya darjatnya kekayaan bagi orang Islam yang beriman.
Orang kaya ada kemudahan untuk pergi haji, umrah ataupun sentiasa berada di masjid tanpa risau hal dunia lagi.
Kekayaan tersebut membawa kepada syurga dan terhindar daripada azab api neraka.
Naubillah min zalik
Sebab itu jangan lupa atau tinggalkan doa untuk kaya di dunia dan kaya juga di akhirat.
2.Akhlak
Apa kaitan kaya dengan akhlak?
Akhlak terpuji adalah cerminan peribadi seseorang yang kaya dengan iman.
Biarpun tidak kaya material tetapi akhlak yang terpuji, mulia dan berbudi bahasa umpama kekayaan asli kepada individu tersebut.
Sebab itu ada yang berpendapat, kaya bukan sahaja pada material tetapi kaya hati itu jauh lebih mulia dan disukai ramai.
3.Kewangan
Kaya dalam bentuk kewangan adalah sinonim.
Jumlah kekayaan bersifat subjektif bergantung dengan gaya hidup, cara fikir dan kemampuan bertindak seseoarang.
Saya akan pastikan sumber kewangan cukup untuk menampung kehidupan tanpa terlalu bersusah payah bekerja seperti orang kebanyakan atau orang miskin.
Jadikan wang bekerja untuk mendapatkan wang.
Gunakan sistem compound fund agar pendapatan terus utuh dan stabil.
Penuhkan Tabung Haji, akaun ASB, KWSP dan tabung-tabung pelaburan yang patuh syariah yang lain.
4.Rumah
Tidak perlu rumah terlalu gah, mewah dan besar sehingga membazir ruang tanpa digunakan.
Cukuplah sekadar selesa, selamat dan seronok untuk didiami.
Ada empat bilik tidur, ruang tamu yang luas dan minimalis serta dapur yang selesa.
Jiran tetangga pula seharusnya orang baik-baik dan wujud suasana harmoni.
5.Kenderaan
Sebagai orang kaya dalam ukuran saya, tentulah memilliki dua kereta sudah memadai.
Sebuah kereta Toyota GR86 dan e.MAS5 Premium warna green jade
Jika ada peluang boleh ambil .
Kereta bukan setakat kemahuan tetapi mencakupi kepada kemampuan untuk bergerak dari satu titik ke titik yang lain.
Kesimpulan
Kaya menjadi perkara subjektif bagi individu dengan individu yang lain.
Namun sebaik-baiknya kaya apabila boleh manfaat kepada orang lain dan permudahkan jalan kita ke syurga.
Bolehlah saya minta duit pada Encik Hanafi. Hehe.
Sebenarnya susah apabila kaya kita ingat Allah. Ini yang takut itu.
Apapun semoga Encik Hanafi dapat realisasikan perkara yang dinyatakan. Amin.
boleh saja untuk infak..kan orang kaya.
Aamiin dan terima kasih atas doanya
Sukanya saya baca perkongsian ini sebab saya selalu berharap dan berangan hendak menjadi orang kaya yang bisa membeli buku tanpa melihat harganya. In sya Allah semoga ada rezeki kita menjadi kaya satu hari nanti ye
Bidasari recently posted…Marvelous May
Mudahan puan pun jadi orang kaya suatu hari nanti..aamiin.
Memang pengemar buku boleh saja beli buku tanpa melihat harganya
Tapi peruntukkan bajet terlebih dahulu.
Andai saya ditakdirkan kaya, saya ingin banyak membantu sesama, mas Hanafi.
Sudah begitu, saya pun ingin cari guru terbaik tuk bisa memperdalam agama dengan baik dan benar.
wah…hebat sungguh nawaitu mas.
Moga Allah perkenankan untuk jadi sultan ( orang kaya ) suatu hari nanti
pernah dgr satu ceramah perlunya menjadi org kaya.. sebab dgn kaya mudah utk membantu umat islam di masa skrg ini.. sebab doa itu pasti ada tapi usaha membantu tak banyak.. ust tu kata kena cuba jadi kaya kalau mampu..
Semuanya bergantung dengan takdir juga tuan.
Usaha + doa tapi belum juga kaya mungkin ada hikmah yang jauh lebih baik.
cuma ramai antara kita berdoa dan berimpian tetapi belum cukup usaha untuk jadi kaya..
Semoga tercapai impian Encik Hanafi untuk jadi kaya. Tiada yang mustahil, rezeki Allah, tiada siapa tahu.
Tot recently posted…Cerita jalan di Taiping dan Kuala Kangsar
Aamiin dan terima kasih doanya
seharusnya memang kalau kaya, setidaknya akhlak hrs diutamakan dulu. supaya tak terpikir untuk menjadi orang kaya yg rakus dan serakah.
tp kalau berandai2 begini, seandainya saya kaya, saya teringin keliling dunia, semua negara di dunia ini 😂😂. itu impian sangat lah . itu saja yg saya nak
Memang orang normal ada impian untuk menjadi orang kaya.
Lebih-lebih lagi kalau orang kaya yang berakhlak dan baik budi pekerti